Wednesday, 2 November 2011

Hari Yang Indah, Untuk Jiwa Yang Sepi

Cuaca sangat baik sejak akhir akhir ini. Panas tak panas, sejuk tak sejuk. Tapi kalau keluar rumah, tetaplah kena pakai dua lapis, sebab angin sejuk sentiasa bertiup sepoi sepoi bahasa. Kalau dalam rumah pulak, ikut kesesuaian masing masing. Kalau tulang temulang macam aku ni haruslah malam malam nak tido pakai tight pakai stokin bagai. Tapi, kalau lemak lima enam kilometer tu, pakai nipis nipis pun takpe. InsyaAllah sejuk tu tak sampai ke tulang. Jauh sangat perjalanan nak sampai ke tulang tu :p

Disebabkan cuaca yang baik, pagi tadi aku keluar bersiar siar ditemani bayang bayang sendiri T_T. Takde lah alone sangat kan. Aku jalan dia jalan, aku duduk dia pun duduk. 'Ok letteuwww', bak kata Saida yang baru bercerai talak satu. Bekas suaminya mengatakan wujud kehadiran pihak ketiga dalam rumahtangga mereka. Ok, merepek. Sambung semula. Kat mana tadi? Ohh ok. Aku keluar jalan jalan sekitar kawasan rumah je. Jom tengok apa yang ada kat sekitar rumah aku.


Teruja ok tengok buah limau masuk ranum! Tapi aku snap dari jauh je. Kang tuan rumah tu tuduh aku nak curi buah limau dia pulak.


Ini adalah laluan basikal dan jalan kaki. Tengok tu, dah banyak daun daun berguguran. Aku suka pijak pijak daun tu, nanti ada bunyi 'krek krek'. Haha!


Ini kat kouen (taman) area rumah aku. Cantik sangat, sebab ada banyak pokok pokok rendang berdaun merah seperti di atas.

Kat tepi tu ada tempat duduk disediakan. So, aku duduk situ sorang sorang. Sekali angin bertiup, daun daun pun berguguran atas kita. Sejuk. Tapi serius cantik bila tengok daun tu gugur banyak banyak, dengan perlahan lahan ikut rentak angin. Sangat menenangkan jiwa!


Daun merah dan langit biru. Very nice.


Portraiture dengan diri sendiri untuk kenang kenangan. Tak boleh amek gambar sendiri banyak banyak. Malu orang tengok T_T

Hari yang indah, untuk jiwa yang sepi.
Sekian, jumpa lagi.






2 comments:

doublena_2901 said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... watashiwa rindu nippon........terkenang saat manis berchenta dengan Mr. Rockaholic waktu Autumn dan Winter... berduaan dok bwh selimut tgk tv mkn tv mkn tv mkn ahahahahha

Kirim salam abam J awak ek

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Yeke kak nana berduaan dok bwh selimut tgk tv mkn tv mkn tv mkn je..ade satu lg aktiviti kannnnn..hak2..best la autumn kak nana! suke sgt~