Pada malam minggu yang lalu, aku dan abam J keluar berjalan-jalan untuk melihat Christmas Illumination di bandar Ota yang terletak di Gunma. Illumination ini dibuka pada 5.30 pm sehingga 9.00 pm. Masuk adalah percuma, hanya bayaran parking dikenakan sebanyak gohyaku yen. Kami tiba seawal 5.40 pm.
Pemandangan sekitar pintu masuk Ota Illumination
Kami berdua turut masuk ke dalam 'terowong' di atas. Sangat teruja kerana...
Setiap petak yang kita pijak akan bertukar warna automatically. Kih kih kih batak! Nihonjin (Japanese people) pun sama batak. Semua seronok je main pijak pijak.
Disney Castle pun ada.
Juga kereta kuda Cinderella. (Nak naik nak naik!)
Sangat cantik dan juga...
sangat sejuk ~_~
Seriously sangat sejuk bila malam.
Ini adalah stairway to heaven. Ok, tipu. Tapi tangga ni menarik kan?
Jom naik atas. Kita tengok ada apa kat atas tu.
Ohhh ada bidadara ini kah?
Errr..bukan bukan
Ada pemandangan seluruh kawasan illumination. Waaa..sugoi~
Untuk pengetahuan, tulisan Jepun terbahagi kepada tiga jenis iaitu katakana, hiragana dan kanji.
Katakana is generally used for foreign names, places and words of foreign origin. Dan kebiasaanya juga, menu makanan dan papan iklan di Jepun ditulis menggunakan katakana. Secara asasnya, katakana mempunyai 46 karakter.
Ok, dah nampak kan apa itu katakana?
Alhamdulillah. Berkat usaha, aku dah berjaya mambaca dan menulis katakana. Aku belajar sendiri je without attend any classes, guided by my husband.
Di awal pembelajaran, ada campur tangan abam J. Sebab tu senget benget jadinya. Lepas tu, aku decide untuk tulis sendiri 100%.
Supaya tampak lebih kemas dan teratur =)
Gambar di atas adalah latihan untuk contracted katakana. Contracted katakana merupakan gabungan dua karakter asas katakana untuk membentuk satu sukukata baru.
Setelah menguasai kesemua karakter katakana, maka ujian bertulis pun dijalankan.
Erkkk..aku salah dua. Cuai!
And finally, here is it.
Aku telah berjaya menulis katakana sepenuhnya. Yang kat bawah tu, aku tulis nama aku dan nama abam J. Yang first tu nama aku dalam sebutan Jepun iaitu Safuwa Binti Rosuri, dan yang bawah tu nama abam J, Mohamado Kairuru. Ok, sila jangan gelak kan nama Jepun kami yang tak semenggah ittewww :p
Hari minggu yang lalu, menu kami kaw kaw makanan Malaysia.
Dimulakan dengan breakfast...
Roti paratha + kuah kari + sambal serbaguna
Roti paratha tersebut adalah buatan Malaysia yang dibeli di sini. Kuah kari dan sambal serbaguna a.k.a sambal makcik kantin adalah buatan sendiri. Emmm dapnyeeee! :p
Amboi amboi meriah kan? Makan sambil pejam pejam mata. Lupa sekejap diri tu ada kat Jepun. Keh keh keh.
Bila dah duduk kat perantauan ni, baru sedar betapa sedapnya makanan Malaysia. Seriously. Jadi, tak hairan lah makanan Malaysia menduduki tangga pertama dalam World Food Festival yang lalu, (dan Malaysia juga ranking pertama di Asia Tenggara rakyat obesiti paling ramai!) T_T
Lagi 34 hari kami nak balik Malaysia, tapi aku dan abam J dah siap siap list senarai makanan dan restoran yang kami nak tuju. Setakat ni, Sate Kajang Haji Samuri menduduki tempat pertama!
Abam J: Ai nak makan sate daging, sate perut, bla bla bla..sedapnye bla bla bla...
Isteri yang mithali: Ai nak makan sate ayam 20 batang sorang sorang. Jangan kacau!
Abam J: Zzzzzzzz *terkejut*
Eh, boleh tak aku nak propose kat Haji Samuri suruh dia bukak satu branch kat Tokyo? Hahaha~
Semalam aku puasa. Bila perut lapar, mula lah macam macam jenis makanan terbayang dalam kepala. Tapi lagi hell bila aku terbayang keenakan nasi goreng makcik kantin SHAH Pekan. Nasi goreng + sosej + sambal. Perghhh walla walla sedapnya! Hoi mana nak cari makcik kantin SHAH Pekan tahun 2003 dulu?
Masakan kat kantin SHAH dulu memang power. Kalau tak, tak mungkin contract makcik kantin tu disambung dari tahun ke tahun. Tapi, ada gosip gosip nakal mengatakan yang makcik kantin mempunyai hubungan sulit dengan pengetua sekolah. Sebab tu la contract dia disambung dari tahun ke tahun. Haha! Budak SHAH memang suka bergosip. Selain tidur, bergosip merupakan antara aktiviti utama di asrama putera mahupun puteri. Dan biasanya, gosip gosip yang tersebar memang jauh terpesong dari cerita sebenar. Contohnya, aku dengan kawan aku, Nyanyu (memang nama panggilan sebenar) pernah kena kejar dengan seorang lelaki gila seks ketika lawatan sambil berhibur kami ke Kuala Lumpur. Tapi, cerita yang tersebar kat sekolah selepas kejadian tu adalah 'aku dan nyanyu telah dirogol'. Amboi amboi melampau! Lagi satu contoh, Cikgu A (lelaki) di katakan suka kepada cikgu B (perempuan). Pernah satu ketika, Cikgu A kelihatan sangat serabai tidak terurus. Gosip gosip budak SHAH mengatakan cinta cikgu A ditolak oleh cikgu B. Tapi realitinya, tak lama lepas tu cikgu A dan cikgu B pun berkahwin. Keh keh keh. Nampak tak betapa hebatnya budak SHAH bergosip? Gosip nak lebat je. Salah pulak tu. Jadi kesimpulannya, kalau ada gosip mengatakan makcik kantin mempunyai hubungan sulit dengan pengetua sekolah, cerita yang sebenarnya mungkin makcik kantin tu cuma saudara mara atau pun jiran pengetua je. Kan? Sebab tu la dia je dapat tender tu (Oh kantoi pulak pengetua main kroni)
Ok, sambung balik cerita asal tadi. Harini, aku pun gigih la cari resipi sambal serbaguna yang ala ala makcik kantin tu buat. Sambal makcik kantin tu aku panggil sambal serbaguna sebab, itu lah sambal makan dengan nasi lemak, itu lah sambal makan dengan nasi goreng, itu lah sambal makan dengan keropok lekor, nugget, gorang pisang, sosej dan sebagainya la. Dan pencarian berakhir di My Resipi. Empunya resipi tu cakap sambal tersebut sesuai di makan dengan apa jua jenis makanan.
Tanpa membuang masa...
Taraaa! Siap sudah sambal serbaguna aku.
Dimakan dengan nasi goreng dan juga sosej!
Memang teruja dapat makan nasi goreng + sosej + sambal ala ala makcik kantin SHAH Pekan. Aku makan sambil pejam pejam mata. Nyum nyum.
Ii tenki deshita kara watashi to otto wa sanpo ni ikimashita. Watashitachi wa Higoku Kouen ni ikimasu. Demo, Higoku Kouen no kouyou mochimasen deshita. Ie no chikaku ni kouen ga arimasu. Dakara, watashitachi wa kouen ni ikimashita.
Ok, tak faham kan?
Macam ni...
Petang semalam, aku dan abam J keluar nak pergi Higoku Park tengok kouyou (autumn leaves). Tapi malangnya, kouyou belum berapa nak jadi lagi kat situ. Keseluruhan daun daun pokok masih hijau lagi. Jadi, kami berpatah balik dan decide untuk pergi dua tiga minggu lagi. Mungkin dua tiga minggu lagi baru cantik. Kata abam J.
Kalau tengok pokok pokok kat tepi jalan ni, daun daun dah kuning dan dah gugur bersepah sepah pun. Ada yang tinggal ranting je.
Kesudahannya, kami bersiar-siar jalan kaki di sekitar rumah je.
Bersiar-siar kat kouen dekat rumah ni. Bersiar-siar sambil snap gambar.
Waktu ni pukul 4.15 petang, tapi dah nak malam. Lampu kouen pun dah pasang. Ok, jom kita balik.
Kecewa. Kecewa dengan berita berita pagi ni. Bukan berita kat Jepun, tapi kecewa dengan berita kat Malaysia. I'm so disappointed!
Dan ini lagi...
Dalam akhbar yang sama, kita dihidang kan dengan DUA kes buang bayi. Dan sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan selang sehari ada je kes buang bayi yang dilaporkan di akhbar. Itu yang dilaporkan media. Yang tak dilaporkan media pulak macam mana? Huh... (mengeluh jap)
Kalau perasan, sejak bulan Oktober lepas sehingga lah ke hari ini, kes buang bayi semakin menjadi jadi. Kenapa mesti bulan Oktober dan November kes macam ni berleluasa? Kenapa waktu pertengahan tahun dulu jarang ada kes macam ni? Kenapa kenapa kenapa kenapa?
Cuba kita fikir sekejap ye. Secara normal, bayi dikandung selama sembilan bulan 10 hari di dalam rahim. Kalau kita pusingkan waktu secara rawak, apa yang ada dengan sembilan bulan 10 hari yang lepas? Jadikan bulan Oktober dan November sebagai titik tolak.
Sembilan bulan yang lepas -----> Bulan Januari dan Februari
Yes. Ada dua event besar yang akan disambut oleh para muda mudi pada bulan bulan tersebut. Pertama, Sambutan Tahun Baru. Kedua, Sambutan Hari Kekasih.
Nampak tak? Tak perlu buat huraian untuk jelaskan. Sila fikir sendiri.
Sedih sebenarnya. Sedih tengok rakyat negara sendiri macam tu. Bila duduk negara orang ni, mata kita lagi luas terbukak. Dapat compare dengan jelas. Ok, contohnya bila tengok berita pagi pagi...
Kat Jepun, berita berita memaparkan kehebatan golongan belia diorang mencipta robot peringkat Universiti, golongan remaja mencipta robot peringkat sekolah, cipta teknologi itu ini, cari idea macam mana nak atasi krisis nuklear, dan sebagainya yang menunjukkan semangat kamikaze diorang untuk majukan negara diorang (yang sememangnya jauh maju dari Malaysia).
Kat Malaysia, kita disajikan dengan berita berita buang bayi dalam tong sampah, bunuh bayi sampai terburai isi perut, bayi dicampak dari bangunan, remaja lari ikut kekasih, remaja dirogol kekasih, pelajar IPT ditangkap berkhalwat bla bla bla bla...
Nampak tak? Bukan sengaja nak compare, tapi itu lah realiti yang ada depan mata.
Mungkin akan datang situasi kat Malaysia akan jadi macam ni...
Situasi 1 Januari 2018, Kelas 1 Amanah
Danish : Haikal, awak asal mana?
Haikal : Kite asal kat tong sampah. Awak?
Danish : Kite kat dalam longkang.
Dania : Hahaha patut la busuk korang ni!
Haikal : Eleh, habis tu awak tu wangi sangat asal mana?
Dania : Kite asal dalam kotak kat tangga surauuuuuuu....
Situasi 2 Januari 2018, Kelas 1 Amanah. Cikgu Alia sedang memeriksa kedatangan anak muridnya.
Cikgu Alia : Danish Bin Abdullah
Danish : Saya cikgu
Cikgu Alia : Haikal Bin Abdullah
Haikal : Saya cikgu
Cikgu Alia : Dania Binti Abdullah
Dania : Saya cikgu
Cikgu Alia : *geleng kepala lapan kali*
Salah siapa?
"Salah siapa sering ditanya
Salah mereka atau kau saja
Salah siapa apa terjadi?
KAU PENENTUNYA JALAN HIDUP SENDIRI"