Melalui hari hari biasa sebagai seorang isteri pastinya membahagiakan. Namun, ada saat saat tertentu yang dilakukan oleh sang suami yang membuatkan seseorang isteri itu terasa begitu bahagia dan disayangi. Jika melalui saat itu, bukan sahaja bibir menguntum senyum, hati juga mengukir senyuman yang paling indah. Seringkali kebahagiaan seseorang wanita itu dikaitkan dengan wang. Ok, abaikan pemberian bunga mawar segar dan coklat yang terlalu klise itu. Mari kita lihat dari sudut lain, tanpa perlu mengeluarkan apa apa modal. Point-point yang aku beri adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri. Sememangnya perkahwinan itu membahagiakan, cuma aku highlightkan beberapa perkara yang si suami mungkin rasa remeh, tapi cukup membahagiakan buat si isteri.
#1 Ciuman di pagi hari
Adalah sangat membahagiakan bagi seorang isteri apabila mendapat ciuman di pipi sejurus selepas membuka mata di pagi hari. Hanya senyuman yang mampu menceritakan betapa indahnya saat itu. Mulakan hari dengan kasih sayang!
Ini memang dah jadi rutin abam J. Macam mana lambat sekali pun dia bangun, mesti dia nak cari kepala aku dulu (oh nakal sangat kan tidur, tak tau kadang kadang kepala aku terselit kat mana..haha). Memang best! Terus je semangat aku nak bangun, hilang sudah segala mengantuk ituewww.
#2 SMS dan Call
Tatkala suaminya keluar bekerja, sudah menjadi lumrah bagi seorang wanita untuk dia merindui suaminya. Namun, dirinya terasa begitu bahagia apabila si suami sempat menghantar SMS 'i love you' atau 'i miss you' walaupun dalam kesibukan bekerja. Hanya dengan sebaris ayat, cukup untuk membuatkan si isteri tersenyum bahagia sepanjang hari.
Abam J part SMS tu jarang jarang la dia nak hantar, aku tak kisah sangat sebab aku tau dia memang pesen tak suka SMS SMS ni, tapi kalau call tu, almost everyday dia akan call waktu lunch break. Bukan ada benda penting sangat pun nak cakap, tapi dia tetap akan call. Dan itu semestinya buat aku rasa sangat bahagia! Heee!
#3 Peluk isteri sebagai tanda penghargaan
Bukan waktu tidur sahaja masa untuk si suami memeluk isteri. Si isteri akan terasa sangat bahagia apabila di peluk ketika beliau sedang membuat kerja rumah seperti memasak atau membasuh pinggan. Terasa hilang penatnya seketika. Sambil itu, ucapkan terima kasih kepadanya.
Abam J selalu jugak peluk aku waktu aku tengah basuh pinggan lepas makan. Berlari-lari dia datang dapur, pastu peluk dan cakap terima kasih sebab masakkan untuk dia. Memang terasa sangat best waktu tu. Hilang terus penat. Ececeh over! Kadang-kadang, kalau dia dah terbungkang kekenyangan, dia jerit je daripada depan tibi "sayammm..time kasih masakkan sedap sedap..ailebiuuu". Hihi. Macam tu pun takpelah. Baru lah terasa apa yang kita buat dihargai.
#4 Cium isteri ketika dia tidur
Walaupun nampak seperti terlalu remeh, tetapi percayalah, isteri akan terasa sangat bahagia jika dicium ketika dia tidur.
Setiap kali kena cium waktu tidur, mesti hati aku terasa berbunga bunga bahagia. Walaupun tidur aku terganggu tapi rasa bahagia tu mengatasi segalanya. Abam J selalu la betulkan kepala aku waktu aku tidur. Kadang kadang kepala aku dah terjatuh daripada bantal, pastu tengah tengah malam atau sebelum dia tidur, mesti dia akan letakkan kepala aku kat atas bantal semula. Takpun kalau aku tidur terselak sana sini, mesti dia akan tutup semula apa yang patut. Lepas dah betulkan semua tu, mesti dia akan cium pipi aku. Ohh..sangat bahagia tau rasanya!. Tapi aku suka feeling feeling comel macam baby, so aku buat buat la tak sedar kononnya. Haha.
#5 Solat jemaah
Last but not least, isteri akan terasa sangat bahagia apabila melakukan solat jemaah berimamkan suami sendiri. Jangan dikejar bahagia dunia sahaja, bahagia di akhirat itu yang hakiki.
Seriously, ini memang sangat sangat bahagia. Rasa bahagia yang sangat deep! Nak nak lepas solat tu kita salam dan cium tangan suami kita..perghh..i feel deep! Tak tau macam mana nak explain 'rasa' itu. Sila kahwin dan cuba sendiri. Hik hik!
Ok, itu sahaja yang terlintas di minda aku setakat ini. Semoga jejanz jejanz kat luar sana boleh la praktikkan serba sedikit tips di atas untuk menjadikan isteri anda insan yang paling bahagia melalui hari harinya sebagai seorang isteri. Sesungguhnya, wang BUKAN lah satu satunya cara untuk membahagiakan seorang wanita.
6 comments:
safwa.... wah.... aah la... sangat2 peeling la lagu ni.. tibe2 sentap... terasa kene batang idung lak.. mekasih2... saya suke!!!
@UnDeFiNeD gUrLz
Kamu ngarti kan maksudnya? Lagu buat kamu dan juga 'insan yang di sana'
heee~
ahahahahha gelak pn ada akak baca..tapi percaya laaa (sila nyanyi mcm siti) mmg semua jawapan di atas adalah betul... kebahagian bukan terletak pada wang ringgit... kadang2 byk duit pn hati tarak senang maaaa... duit bleh carik kebahagiaan kekal abadi. Luv both of u...
@doublena_2901
hihi betul betul. kalau duit banyak pun tapi die tak layan kite..sedih je rase kan. We love you too kak nana :)
May happiness always belong to us~
Suka sangat baca entry ni..
Memang semua kata2 diatas diakui memang betul..
Suka penulisan u yang bersahaja..
@Diari Kita
Thank you so much :)
Post a Comment