Dengan penuh rasa sebak di hati, dengan mata yang masih tersisa dek air jernih yang mengalir laju sebentar tadi, aku gagahi jua jari jemari untuk menaip dan berkongsi maklumat ini. Menangisnya aku bukan kerana hilangnya sesuatu yang digemari, tetapi kerana akur dengan kekhilafan diri sendiri.
Saudari Ayu telah mengemukakan satu soalan di entri ini,
Jika dilihat pada ingredients luarannya, tiada bahan yang meragukan. Tetapi hati aku tergerak untuk mengetahui secara terperinci apakah bahan mentah yang digunakan. Lalu, aku melayari website rasmi pengeluar Pure, iaitu Kanro. Pada mulanya, memang terasa hampa kerana website tersebut seratus peratus di tulis dalam bahasa Jepun. Namun, teknologi mengatasi segalanya. Berpegang pada pepatah melayu 'hendak seribu daya, taknak seribu dalih', aku tekad untuk mencari juga jawapan yang bermain di minda. Dan ini adalah fakta yang aku temui (sila refer anak panah).
(sila abaikan ayat lintang pukang pakcik google tersebut)
Lutut terasa longlai, mata terasa gelap dan tekak terasa kembang. Air mata mula bergenang bila mengenang kekhilafan diri. Dengan penuh rasa rendah diri, aku terus mengajukan beberapa soalan kepada seseorang yang arif mengenai agama.
Soalan pertama : Apa yang perlu dibuat untuk menebus kesilapan itu? Kalau bersentuh dengan kulit boleh la samak, tapi kalau dah jadi darah daging macam mana?
Soalan kedua : Macam mana pula dengan solat? Masih di terimakah?
Dan ini penjelasannya,
"Ini adalah soalan lazim bagi pelajar-pelajar yang berada di luar negara. Tidak perlu risau. Apa-apa yang di makan sebelum ini tanpa mengetahui isi kandungannya adalah dimaafkan syarak. Tetapi, anda perlulah bertaubat. Bertaubat yang di maksudkan di sini mudah sahaja.
Pertama, minta maaf kepada Allah.
Kedua, jangan makan lagi selepas ini.
Ketiga, anda perlulah lebih berhati-hati selepas ini. Pastikan betul-betul kandungannya terlebih dahulu.
Bab solat di terima atau tidak, tidak perlu dibimbangkan kerana Allah itu al-Ghaffar, Maha Pengampun"
Aku sekadar berkongsi maklumat untuk mereka mereka yang merantau di bumi sakura ini, dan juga untuk mereka mereka yang bakal mengunjungi Jepun, sila ingat, Pure adalah HARAM.
Terima kasih kepada cik Ayu yang mengajukan soalan tersebut. Dan dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi, aku nak minta maaf atas kekhilafan diri ini.
Tiada lagi Pure dalam hidupku. Apatah lagi dalam handbagku. Ohh..lepas ni kalu loya loya tekak nak makan apa eh? Satu je option yang paling selamat, bawak stock gummy halal (cop JAKIM semestinya) dari Malaysia. Yay!
4 comments:
yes.. maybe u need it... len kali balik Malaysia make sure satu beg untuk stok asam je k... hehe.. tak pe safwa.. insyaALLAH.. kasih syg ALLAH mendahului kemurkaanNYA...
@UnDeFiNeD gUrLz
Thanx Erny. Mula mula tadi memang terasa down. Lepas ni memang haruslah beli asam berkilo kilo kat Malaysia untuk bekalan.
Salam
Thanks sangat2 for sharing.Check kat website, tak terpikir pulak:(
Anyway, thanks again.
Moga Allah lindungi kita semua.
@Ayu
Wassalam. I'm the one who should say thanks to you. Kalau awak tak tanya memang tak terfikir nak cek raw materials dia.
Semoga Allah lindungi kita semua. Amin~
Post a Comment