Monday 17 October 2011

Ada Apa Dalam Handbag Wanita?

Ada apa dalam handbag wanita yang sering diusung ke hulu ke hilir tu? Jeng jeng jeng...
Rasanya isi kandungan dalam handbag antara seorang wanita dengan wanita yang lain tak banyak beza kot. Balik-balik menda tu jugaklah yang diorang usung sana sini.

Tapi, barang barang dalam handbag aku ada beza sebelum kahwin dan selepas kahwin. Wahh..gituew kan. Sebelum kahwin, barang dalam handbag macam sempoi sempoi je. Lepas kahwin ni macam complicated sikit la. Haha.

Dulu..barang barang dalam handbag sebelum kahwin :

#1 Wallet dan handphone
Ini memang wajib la diusung ke sana sini. Nak nak handphone tu. Wallet takde takpe janji handphone ada. Pakwe jauh kat Jepun kan, kena lah berkepit dengan handphone selalu. Mwahaha. Gitu kan penangan orang bercinta jarak jauh. Sawan dengan telefon.

#2 Lip Ice
Sebelum kahwin aku pakai Lip Ice je. Memang takde la lipstick lipstick ni. Kalau pergi kelas atau pergi jalan jalan cari pasal tu, cukup lah sekadar tepek bedak johnson yang tuang tuang tu je, pastu sapu lip ice. Pergh..tu pun dah rasa cun giler time tu. Sila muntah sekarang. Mwahaha.

#3 Sony MP4
Ini pun macam nyawa aku jugak dulu. Senang nak dengar lagu kat mana mana. Sambil tunggu member ke, dalam public transport ke, dalam lecture hall bila boring dah dengar lecturer tu mengajar ke..dengar lagu sambil feeling feeling ingat pakwe yang jauh di perantauan. Keh keh. Jadi, MP4 ni memang peneman setia aku di mana saja.

Itu saje barang wajib aku dalam handbag sebelum kahwin. Ok, jom tengok barang dalam handbag aku sekarang, lepas kahwin pulak.

#1 Wallet dan handphone


Ini memang barang wajib untuk semua orang la.

#2 Barang make-up


Ececeh..dah jadi isteri orang ni, penampilan diri pun kena la jaga. Tak boleh la nak tepek bedak johnson je lagi kat muka. Haha. So, barang barang make-up aku letak dalam beg pink bunga bunga tu. Beg pink tu la aku letak dalam handbag aku dan usung ke sana sini. Dalam beg pink tu pulak wajib ada compact powder, lipstick, lip gloss, eyeshadow, blusher dan mascara. Euwww...

#3 Perfume

Perfume pun kena ada jugak dalam handbag sekarang. Nanti senang nak sembur sembur kasi wangi. Takde lah bau kelat je.

#4 Cermin 



Cermin haruslah cermin yang besar gabak macam ni baru puas nak tengok. Kalau cermin yang kecik cenonet tu memang tak puas langsung tengok sebab nampak lubang hidung je. Jadi, cermin lipat ni memang wajib ada dalam handbag kalau aku keluar. Senang nak touch up touch up. Gituewww. Fomfuan sangats kannn?!

#5 Pure


Pure pun kena sentiasa ada dalam handbag. Untuk neutralkan rasa loya loya kat tekak lepas makan. Pack dia kecik je dan ada penutup kedap udara. Jadi, sangat convenient untuk di simpan dalam handbag. Tak perlu risau takut tumpah, berbau and watsoeberrr.

#6 Pen

Pen juga perlu sentiasa ada dalam handbag. Pen melambangkan tahap profesionalism kita. Contohnya, kalau kita pergi interview, kemudian kena isi form tapi kita takde pen. Dengan tebal mukanya kita mintak pen. So, kat situ nampak macam kita tak profesional. Kesimpulannya, orang dewasa kena ada pen dalam handbag. Tak kira lah pen murah atau mahal, yang penting ada dan make sure ada dakwat. Ok, kalau dalam handbag korang masih takde pen, cepat pergi amek sebatang pen dan letak dalam handbag sekarang! Hehe.

#7 Pad

Last but not least. Pad juga mesti ada dalam handbag seorang wanita. Sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau kita tak guna pun, maybe ada orang lain yang tiba-tiba nak guna. At least, boleh la kita tolong orang kan. I love Whisper! Eh..tetibe promote~

Ok, itu je barang yang ada dalam handbag aku setakat ni. Nampak tak perbezaan isi kandungan handbag sebelum kahwin dan selepas kahwin? Lepas kahwin barang barang dalam handbag nampak macam lebih feminin dan lebih matang sikit kan. Pada aku, lepas kahwin la lagi penting kita nak jaga penampilan diri.


Kepada gadis-gadis, tak payah la susah susah nak make-up lima enam lapis. Korang nak make-up beria beria untuk siapa? Bukan ada suami pun nak tengok. Yang penting lepas kahwin nanti, make-up la cantik cantik untuk suami. Dapat pahala lagi. Ececehhh~



5 comments:

kew_chop said...

salam safwa, terjumpa blog safwa.. suka baca (^o^) akak masukkan dlm bloglist akak ek >> murni

Unknown said...

はじめましてwife Jawe!

safwa_khairul said...

@kew_chop and Wani
Thanx kak murni dan kak wani link kan blog safwa yg tak seberapa ni. Hihi. Terharu. Follow you back =)

Ayu said...

salam
nak tanya, pure boleh makan ye?
kalau boleh,teringin juga nak try sebab susah nak jumpa gumi yang halal kat jepun ni

safwa_khairul said...

@Ayu
Wassalam..
sebelum ni suami sy dah check ingredients pure, dia ckp xde yang meragukan

tapi kitorang akan recheck after this, thank you =)