Mungkin terlalu awal, tetapi memandangkan esok aku akan berangkat pulang ke kampung halaman, jadi aku nak post siap-siap dah. Nanti kalau dah balik kampung, walaupun dapat wifi free hasil daripada gigih mencuri wifi jiran sebelah rumah, aura-aura malas nak online tu dah terasa. Leceh tau nak bukak laptop kat kampung ni! Nanti kalau bukak je laptop, mula lah sepupu-sepupu kenit ni mengadap sekeliling pastu request macam-macam...
"kak pua..nak nengok video oh oh oh!"
"kak pua..nak tinkel tinkel ite staaa!"
"kak pua..nak insyaawoh!"
"kak pua..nak hantu kimah!"
Haaa..macam-macam kan! Ada yang nak tengok video 'OH' SNSD tu la, ada yang nak tengok video Twinkle Twinkle Little Star la, ada yang nak tengok video InsyaAllah Maher Zain la, ada yang nak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah la walaupun dah lapan belas kali tengok. Tetaplah kan! Pantang sangat lah kalau nampak kita ni bukak laptop. Abes tu, cemane nak update blog? Haha.
Itu cerita dia kalau time bukak laptop. Tapi, kalau balik untuk raya, ada masa ke nak bukak laptop ni? Macam tak sempat je. Nanti nak bergosip dengan makcik-makcik lagi, nak main kejar-kejar dengan sepupu lagi, nak bergayut dengan laki lagi, nak termenung ingat laki lagi...kannnn. Sangat padat! Tak sempat tak sempat. Jadinya, kena update siap-siap harini jugak sebelum balik kampung. Hihi!
Maka dengan ini, aku amatlah berbesar hati ingin mengucapkan...
kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog ini. Terima kasih untuk itu. Kata maaf juga dihulurkan ikhlas dari hati andai ada tersilap kata terkasar bicara. Maaf zahir batin. Semoga kalian semua dirahmati Allah selalu. =)
Sekian, selamat beraya sume! Jumpa lagi lepas raya. (Ok, habis dah part korang, sila berhenti di sini.)
Buat suami tercinta....yang berada jauh di perantauan,
"Ini raya pertama kita sebagai suami isteri tapi sayangnya, kita tak dapat nak celebrate sama-sama. It's ok syg. Tipu lah kalau sy cakap sy tak sedih. Pertama kali sy puasa dengan status isteri, tapi sehari pun sy tak dapat nak berbuka dengan suami sy. Sekali pun sy tak sempat nak masakkan juadah berbuka untuk suami sy. Sekali pun sy tak sempat nak siapkan makanan sahur untuk suami sy =(
Pertama kali sy raya dengan status isteri. Tapi tak dapat pun nak cium tangan suami sy pagi raya nanti. Tak dapat pun nak ambil gambar pakai baju raya sedondon. Tak dapat pun nak pergi jalan-jalan raya rumah sedara dengan suami sy =(.
Sedih. Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana kan syg, redha je la. Sy tau, syg lagi la sorang-sorang kat sana. Raya pun kena kerja. Takpe lah syg, sy akan sentiasa ada untuk syg. Call je bila-bila. You are my priority =). Heeee! Selamat hari raya syg. Sy mintak maaf banyak-banyak dengan syg tau..kalau selama sy jadi isteri syg ni, sy ada degil-degil, argue-argue syg, marah-marah syg, terkasar bahasa..sy mintak maaf sangat-sangat. Zahir dan batin. Eh..batin macam takde salah je! Wekkkk =P hakhakkkkk. Mungkin sy bukan isteri yang baik, tapi sy akan berusaha untuk jadi isteri yang lebih baik lagi lepas ni. InsyaAllah. Love you honey. Mmuahh..mmuahhh! Wahhh..rindu ni nak peyuk-peyuk syium syg sy niyyyyy. Haha!"
"Syg..doakan sy cepat sembuh tau. Sekarang macam dah 40% nampak effect dia. Yay! Everything i did, i did it for you. Remember that honey" =)
Thursday, 25 August 2011
Monday, 22 August 2011
Aishiteru
Semalam, waktu kereta terperangkap dalam jammed, aku termenung jauh pandang luar tingkap. Aku rasa jasad aku je ada kat Malaysia. Tapi hati dan fikiran aku dah sampai Jepun. Best la hati dan fikiran, dapat masuk Jepun tanpa perlu COE visa bagai. Tapi jasad aku tak boleh macam tu, kena tunggu COE siap dulu baru boleh masuk Jepun. Aku tunggu dan terus menunggu dari sehari ke sehari. Tetibe, DJ radio tu pasang ini lagu...
"Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saatku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Lalalalalalalalaala (taknak nyanyi lirik part ni)
Saat kau jauh di sana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru..."
Aku syak DJ tu saje nak perli aku. Macam dia tau je aku tengah rindukan seseorang kat Jepun. Aku syak mesti sebab dia nampak aku termenung je dalam kereta. Aku syak lagi mesti DJ tu tertawa gembira bila tengok aku sentap dengar lagu tu. Ibarat macam Lin Dan sentap bila dapat bola smash daripada Chong Wei haritu. Tettt~
Bila dah ada lagu backgraound tu, rasa macam dah lengkap sangat pakej untuk berkhayal tu. Tetibe teringat perbualan telefon aku dengan abam J malam sebelum tu. Waktu tu emosi aku tak stabil. Kalau emosi tak stabil tu, mula lah nak rasa down tak memasal, pastu mula lah nak touching-touching memalam buta. Mula lah rasa nak ada suami kat sebelah pujuk-pujuk ke, peluk ke. Ngengade sangat kan? Haha. Cepat-cepat aku hantar SMS kat abam J, siap dengan emoticon muka tengah nangis lagi. Nak bagi nampak effect sedih sikit. Kih Kih.
Sesaat kemudian, terus abam J call aku. Wahhh..macam doremon pantas suami nihh! Waktu tu pukul 1.10 pagi waktu Malaysia, 2.10 pagi waktu Jepun. Itu jam, abam J tengah sahur. Bila dengar suara suami memalam camtu, mula lah nak nangis kan. Dah la aku lepas kawen ni pesen nangisnya lain sikit. Kalau dulu nangis sikit-sikit je, keluar air mata lap, keluar air mata lap. Nangis sorang-sorang je. Takde orang pujuk pun takde hal. Tapi sekarang takde dah nak nangis sopan-sopan gitu. Kalau sedih tu, memang nangis ikut perasaan betul. Pesen nangis meraung macam budak-budak tu. Siap pakej dengan sedu-sedan lagi. Cuma tak hentak-hentak kaki je. Memang nak kena suami pujuk, suami peluk dulu la baru senyap meraung tu. Haa..rumit sangat kan? Sudah lah jauh yang amat. Gelabah je abam J pujuk bini nangis-nangis dalam telefon memalam buta tu. Keh keh keh.
Itu cerita dia bila emosi tak stabil waktu berjauhan. Tapi kalau depan mata lain pulak cerita dia. Kalau depan mata, setiap kali emosi tak stabil je, kesalahan abam J yang sekecil-kecil kuman pun aku nak amarah. Abam J silap susun ayat sikit je cakap ngan aku, kemaen lagi la tarik muncung tu! Haha. Pendek kata, kalau time emosi aku tak stabil tu, abam J kena sentiasa berpada-pada lah. Daripada struktur ayat sampai lah kepada perbuatan, kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau silap sikit, memang mengundang padah. Merasa lah berjam-jam pujuk bini. Hak hak. Macam tu lah kalau depan mata. Dah jauh-jauh ni, mula la kannnn! Ok, insaf jap. Lepas ni ai taknak marah-marah yu dah kalau emosi tak stabil. Ngeeee ;p Muehehehe!
Tapi bukan aku sorang je yang rasa macam tu. Abam J pun sama. Pernah jugak nangis malam-malam sebab rindu kat aku. Ekekeke! Pernah jugak rasa menyesal sebab buat aku amarah, buat aku merajuk. Haaa..yu dah duduk sengsorang tu baru lah tau betapa pentingnya ai kan..? kan? Mwahahaha. Betul la tu. Kadang-kadang manusia jarang nak hargai apa yang ada depan mata. Bila dah takde depan mata, baru lah nak sentap (tuju kat diri sendiri). Haha.
Tengah menggelamun jauh tu, tetibe aku terbayang abam J nyanyi part ni...
"Kimi ga tooku ni itemo
Kono omoi ga tsunagaru kara
Shiniteruyo..shiniteruyo..."
Terus aku tersenyum kecil dan ketawa kih kih kih dalam hati.

Thursday, 18 August 2011
Firdaus Kamsani Juga Menangis Part 2
Sambungan dari Part 1
Sebaik melangkah masuk melepasi Departure Gate, Siti Jamilah tidak lagi menoleh ke belakang melihat Firdaus Kamsani. Siti Jamilah mempercepatkan langkah ke arah Kaunter Imigresen. Pasportnya dihulur sambil air mata bergenangan. Setelah pasportnya diperiksa dan dicop oleh Pegawai Imegresen berbangsa Jepun, Siti Jamilah menarik laju bagasinya menuruni eskalator.
Setibanya di aras bawah, kedai-kedai bebas cukai mula kelihatan. SKII, Shiseido, Coach, Gucci dan sebagainya mula melambai lembut ke arah Siti Jamilah. Namun, Siti Jamilah tidak mempedulikan semua itu. Mata Siti Jamilah melilau mencari kerusi untuk duduk.
Tidak jauh dari tempat Siti Jamilah berdiri, terdapat satu ruang yang disediakan untuk penumpang-penumpang menunggu. Terdapat banyak kerusi disediakan. Beberapa individu sedang duduk menunggu di situ sambil asyik menonton paparan TV LCD yang disediakan. Siti Jamilah berjalan menuju ke arah kerusi yang paling hujung dan paling lengang. Port baik punya. Cantekkk!
Siti Jamilah segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk bewarna hitam itu. Kedua-dua tangannya ditekapkan ke mukanya. Air matanya bercucuran laju. Dia ingin melepaskan kesedihannya. Siti Jamilah terus menangis sendirian tanpa menghiraukan sekelilingnya.
'Ahhh..persetankan mata-mata yang memandang', bisik hati kecilnya.
Seketika kemudian, aiponfor miliknya bebunyi. Terdapat panggilan masuk daripada Firdaus Kamsani. Siti Jamilah menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab panggilan tersebut. Suaranya harus di'tune'kan kepada nada normal.
"Ehemmm..hellooooo", jawab Siti Jamilah dengan gaya-gaya ceria. Cuba menyembunyikan nada sebaknya.
"Milah kat mana dah tu? Mesti tengah jalan-jalan kat kedai kat bawah tu kan?", tanya Firdaus Kamsani
"Ohhh..Milah tengah duduk-duduk je ni. Rest kejap",
"Kenapa tak jalan-jalan?", tanya Firdaus Kamsani lagi.
"Kejap lagi la. Saje nak duduk-duduk dulu. Kaki Milah sakit sikit ni", Siti Jamilah cuba memberi alasan.
"Ohh..Milah jaga diri elok-elok tau. Nanti dah masuk dalam flight bagitau abang ye", suara Firdaus Kamsani kedengaran sebak. Ada getar di hujung suaranya.
"I miss you sayang..love you", ucap Firdaus Kamsani perlahan. Kedengaran bunyi hingus di hela nafasnya.
"Ok sayang..love you too. Bye", Siti Jamilah menjawab ringkas sambil menyeka air matanya.
*****
Khamis, 18 Ogos 2011, 12.45 AM, Malaysia
"Tik tik tik", bunyi jam berdetik di bilik Siti Jamilah memecah keheningan malam. 17 hari telah berlalu. Waktu yang bergerak terasa begitu perlahan.
Siti Jamilah resah tidak dapat melelapkan mata. Perasaan rindu semakin kuat mencengkam tatkala hening malam melebarkan sayapnya. Siti Jamilah memusingkan badannya ke arah kanan. Dinding kosong rumahnya ditatap. Kemudian muncul wajah Firdaus Kamsani sedang senyum ke arahnya di dinding itu. Sejurus kemudian, Siti Jamilah memusingkan pula badannya ke arah kiri. Muncul pula wajah Firdaus Kamsani sedang tidur lena di dinding sebelah kiri. Resah. Siti Jamilah kemudian baring menelentang menghadap syiling. Dia masih gagal melelapkan matanya. Di syiling itu, kelihatan wajah Firdaus Kamsani sedang menjelir lidah kepadanya, sambil tersengih-sengih nakal.
"Huhhh...", Siti Jamilah mengeluh perlahan.
Lantas, ditarik selimut menyelubungi mukanya. Muncul pula bayangan dia dan Firdaus Kamsani bergurau-senda di bawah satu selimut seketika dulu. Arghhh! Gertak hatinya.
"Ya Allah..permudahkan lah segala urusan kami", Siti Jamilah berdoa di dalam hatinya. Mudah-mudahan urusannya mendapatkan Certificate Of Eligibility daripada kerajaan Jepun dipermudah dan dipercepatkan. Tidak sanggup lagi dia berjauhan terlalu lama dengan suaminya.
Siti Jamilah pejam mata rapat-rapat. Saat matanya terpejam, kelihatan Firdaus Kamsani sedang mengenyit-ngenyitkan matanya ke arah Siti Jamilah. Siti Jamilah senyum sinis dengan diri sendiri.
Dalam keresahan itu, Siti Jamilah akhirnya tertidur sambil ditemani bayang Firdaus Kamsani dalam pejaman matanya.
Wednesday, 17 August 2011
Lapan Soalan Huru-hara
Harini genap 16 hari aku berjauhan dengan sang suami. Meski pun begitu, hubungan suami isteri masih berjalan dengan lancar. Masih ada senda tawa dalam perbualan telefon sehari-harian. Masih mengecap bahagia walau tidak bertentang mata. Cecehhhh!
Sepanjang ketiadaan aku, keadaan abam J sangat huru-hara. Itu keadaan abam J, kalau keadaan rumah tu tak payah cakap la. Aku pasti sangat yang tongkang pecah pun lagi sedap mata memandang.
Dua hari lepas, abam J tanya aku lapan soalan. Tersenyum pahit je aku dengar soalan-soalan dia tu...huru-hara sungguh la yu ni. Hahaa!
Soalan intro dia sedap je lagi...
1. Harini yu keluar pergi mana-mana ke?
Soalan ni aku jawab sambil senyum-senyum je lagi.
2. Tadi berbuka yu makan apa?
Ececehhh. Concernnya diaaaaa..ingatkan time kapel je nak tanya
makan-makan ni. Senyum lagi nihhhh! Haha
3. Sayam..sos cili kat mana ek? Ke dah habis?
Erkkk..kening aku dah setat berkerut-kerut bila masuk soalan
ketiga. Bukannya sulit pun tempat aku letak sos cili tu. Haa..ni
mesti sos cili dah kene timbus ngan kain-kain baju ni...aku syak
la.
4. Sayam..hanger kat mana? Tak jumpa la..
Hanger semua ai letak dalam almari tu. Kat tepi drawer tu je
sayam.
Kalau bukak almari tu mesti nampaknya. Ni mesti baju-baju
dalam almari tu bersepah-sepah. Sebab tu dah tak nampak hanger
tu. Aku tau dah pesen abam J kalau amek baju mesti berterabur
je. Contohnya, kalau ada enam t-shirt berlipat. Pastu, dia nak
amek t-shirt yang bawah sekali. Habis lah lima t-shirt yang kat
atas tu senget-benget berterabur bagai. Eii...kalau aku ada,
memang aku dah cubit-cubit dah pinggang dia time tu suruh susun
balik elok-elok. Hahahaaa~
6. Sayam..bra nak basuh macam mana? Nak kena masuk dalam
'mende putih' tu ke?
Cepat kira dah berapa hari aku balik Malaysia? Dah dua minggu
kan? Tapi baru dua hari lepas dia nak basuh baju last yang aku
pakai sebelum bertolak pergi airport aritu. Malas ni sayang saye
niyyy...! Haishhh..
Pastu boleh lak dia sambung..."ai dah basuh aritu, lepas angkat tu
ai campak-campak je..baju kotor pun ai campak-campak je..
pastu dah tercampur baju kotor ngan baju bersih..tak tau
dah mana kotor mana bersih..tu yang ai basuh semula tu".
'Aaaaaaaaaaaa.....', rasa nak jerit kuat-kuat sampai Jepun! Boleh
bayangkan tak bersepah tu macam mana. Patut la sampai sos cili
pun tak jumpa. Kan betul aku syak, mesti dah tertimbus celah-
celah kain baju.
Ohhh..'mende putih' yang abam J maksudkan tu adalah washing
net. Abam J biasa lah..aku dah faham sangat english dia macam
mana. Dia tak tau letteuwwww nak sebut washing net. Keh keh!
Haritu pernah tengah shopping-shopping barang dapur, tetibe
abam J cakap...
"sayam..tak nak beli comforter ke?"
Aku pun kemaen la girang hati ni. Yelaa..seronok kan nak beli
comforter baru! Nak beli comforter kaler pink pulak lah. Aku
cakap dalam hati.
"Nahhh..amek yang ni", abam J cakap sambil hulur
softener kat aku.
"SOFTENER laaa...", aku cakap dengan nada perlahan.
Kecewa tau tak! Hahahaha...
Maklumat terbaru yang aku terima malam tadi, baju-baju aku dah pun selamat di basuh. Pastu kan..ada orang tu cakap..menyesal lak basuh baju aku, kalau tak boleh cium-cium amek bau...
Hahahahaha...gatal yu niyyyy! Hahaha wekk ;p
Ok, aku dah merapu jauh. Pastu, mula la aku dah malas nak sambung soalan-soalan dia yang lain tu. Takpe kan? Hihi.

Friday, 12 August 2011
Kenangan Ramadhan di SHAH Pekan
Assalamualaikum. Ececehhh! Entry pertama yang bermula dengan salam. Haha. Malam tadi aku pergi solat terawikh. Itu pasal la ada sifat-sifat mulia sikit. Tettt~
Masjid tu pulak pesen takde tirai. Jadinya, pemandangan kepada jemaah-jemaah lelaki tu luas terbentang. Pemandangan tu macam mengingatkan aku pada sesuatu. Ya, zaman-zaman di surau SHAH Pekan dulu. Kalau time ustaz suhaimi kasi ceramah, itu jam mesti dia suruh bukak tirai. Dan mata aku mula lah laju je melilau mencari senior-senior hensem pujaan hati tatkala itu. Mwahahaha! Keji bukan?
Ok, itu belum cukup keji. Ada lagi perangai keji yang aku buat waktu berpuasa kat SHAH dulu. Al-kisahnya, tahun 2003, kami pelajar-pelajar SHAH sempatlah berpuasa kat asrama sebelum pulang cuti akhir tahun. Periksa akhir tahun dah tamat, cuma tinggal menghitung hari nak balik cuti je. Heaven bukan? Itu jam aku form 4. Waktu form 4 adalah zaman kemuncak kenakalan aku. Ponteng prep, ponteng riadah, nyorok dalam locker, nyorok bawah katil, bawak handphone, fly, ponteng pergi surau, semuanya aku pernah buat. Dan semuanya kantoi. Cisss la! Nyaris-nyaris je nak kena gantung sekolah. Haha.
Cerita-cerita tu aku simpan dulu. Ini cerita bulan Ramadhan tahun 2003 ketika di SHAH Pekan yang permai...
Selepas kekenyangan berbuka puasa, aku, Munirah, Najibah, Anggraeni dan Daisy (memang semuanya nama sebenar) berpandangan antara satu sama lain. Melalui pandangan mata sahaja, kami mencapai satu keputusan sepakat. Ponteng semayang terawikh. Itu jam, kakak-kakak form 5 dah berpindah ke aras lain. Jadi, gadis-gadis form 4 lah yang menerajui dorm. Dorm aku, semestinya aku lah yang menerajui. Menerajui ke jalan yang salah. Semua aktiviti keji berpusat di dorm aku, Astana 10. Sejurus solat terawikh bermula, pintu dorm Astana 10 aku kunci rapat-rapat. Radio mula dihidupkan. Cepat-cepat aku tune pada frekuensi 98.8, ERA Rentak Muzik Terkini. Dah sekolah pesen terperosok jauh, kalau dapat ERA tu kira heaven gile dah. Dia punya seronok tu macam dapat outing pergi bandar Kuantan je kekdahnya. Haha. Volume radio sengaja dikuatkan lagi. Sedang pelajar-pelajar lain khusyuk bersolat terawikh, kami berlima terkinja-kinja berjoget lagu Erra Fazira. Tak ingat tajuk lagu tu, tapi lagu tu yang ada bunyi cenggini...
'Na na nera na na na nera..na na nera na na na nera..pertemuan yang tak di duga...kau ku lihat merenung manja..'
Wakakakaka! Lagu Erra Fazira je kot! Tapi berjoget bukan main lagi. Itu jam Erra Fazira gah dia macam Lady Gaga sekarang. Nak-nak pulak dia dapat kawen dengan Yusry KRU. Memang menimbulkan kedengkian di hati aku. Tapi dalam dengki-dengki pun, bila dengar lagu Erra Fazira tetaplah aku nak joget-joget jugak! Kalau tengok gaya joget, ibaratnya aku ni peminat fanatik Erra Fazira, walhal aku 'haters' dia waktu tu. Taksub kat Yusry punya pasal, sanggup aku jadi golongan 'haters' Erra Fazira. Nasib baik fesbuk takde lagi zaman tu, kalau tak mesti aku dah create account 'Saya Tak Suka Erra Fazira', pastu pakat-pakat invite satu sekolah like. Haaa..gitu la kekdahnya..kedengki sangat kan! Keh keh keh. Ok, dah jauh melalut..sekarang aku dah lupa kat mana aku berenti tadi. Haha!
Sambung balik. Lagi bertambah keji, bila aku main tutup bukak lampu dalam dorm nak kasi effect macam dalam disko. Perghhhh...apalah haram jadah sangat perangai masa tu! Dah la ponteng semayang terawikh, boleh pulak joget-joget macam dalam disko. Apa ke sesat sangat aku waktu tu? Ini semua angkara terpengaruh dengan rakan sebaya. Haha. Tengah syok-syok joget tu, tetibe dengar ada orang jerit..
"Astanaaa sepuluhhhhhhh....boleh diam sikit takkkkk??!!".
Hahahaha kena sound beb! Ciss..terbantut jap nak joget lagu Erra Fazira. Kui kui.
Lepas diorang habis semayang terawikh tu, aku kena panggil dengan Badan Agama Islam Dan Dakwah SHAH (BAIAH). Aku sorang lak tu yang kena panggil. Aku syak, dalam kami berlima tu, aku yang paling baik. Jadi, sebab tu BAIAH panggil aku je. Ahakz!
"Kenapa tak pergi semayang terawikh?", tanya si BAIAH dengan muka serius.
"Saya period la wak", aku jawab membohong sambil buat muka baik nak bagi effect nampak lebih solehah.
"Lepas ni jangan lah buat bising lagi ye time orang semayang terawikh", si BAIAH memberi nasihat.
"Ok..sorry".
Aku syak si BAIAH tu tak tau yang kitorang berdisko sakan. Dah la menipu pulak tu. Kalau dia tau cerita sebenar, mesti kitorang dah kena tawaf aspuri (asrama puteri) lapan kali. Ishh..jatuh lah saham muka cun-cun cenggini kena tawaf aspuri pulak! Hua hua.
Keesokan harinya, kami berlima pergi solat terawikh bersama-sama. Duduk di saf paling belakang. Senang nak cabut. Senang nak cabut satu hal, senang nak tengok kalau-kalau ada budak laki rembat seliper budak pompuan. Haa..itu memang tabiat budak laki la, suka sangat rembat seliper budak pompuan kat surau. Itu pasal la aku malas pergi surau. Ececehh alasan letteuuuwwww...haha! Tapi serius, aku pernah hilang seliper bunga-bunga kaler pink kat surau. Aku musykil sampai sekarang kenapa la seliper bunga-bunga kaler pink aku budak laki nak kebas. Macam bapuk tau tak kalau korang pakai! Hak hak.
Tapi tu kisah dulu. Kalau sekarang ni, memang tak tergamak dah nak buat macam tu. Bila ingat-ingat balik, sumpah rasa keji gile. Keji tau tak..keji! Hahaha.

Thursday, 11 August 2011
Otto No Tegami
Konnichiwa, Kairuru-san.
Anata wa o-genki desu ka? Watashi wa totemo genki desu. Kumagaya dou desu ka? Atsui desu ka? Mareshia ni atsui to ame ga arimasu. Nihon ni jishin ga arimasu ka? Koko ni jishin ga arimasen. Hikhik! Kinou, watashi to mama wa Carrefour ni ikimashita. Mama wa yasai to ringo o kaimashita. Sorekara, watashi mo nemaki o kaimashita. Kawaii desu ne...heee!
Ano...ashita mo watashi no tomodachi wa Saujana Impian Golf & Country Club ni ikimasu. Asoko ni Iftar Ramadhan ga arimasu. Demo, watashi wa ikimasen. Daijoubu desu =)
Watashi wa, Kairuru-san hontouni hontouni suki desu. Genki da ne...onegaishimasu ;) Shitsurei shimasu. Matta ne~
Anata no fujin,
Safwa-chan ;p
p/s: Macam karangan budak tadika kot! hahahaha

Wednesday, 10 August 2011
Sepuluh Hari Berlalu
Sepuluh hari dah aku kat Malaysia
Sepuluh hari dah aku berpisah dengan abam J
Sepuluh hari dah aku tidur takde orang peluk
Sepuluh hari dah kitorang tak main cuit-cuit
Sepuluh hari dah kitorang tak makan aiskem sesame
Sepuluh hari dah aku tak merajuk dengan abam J
Sepuluh hari dah aku tak marah-marah tarik muka
Sepuluh hari dah aku tak marah-marah hentak kaki
Hahaha..itu bagus! Dah la jauh. Takkan nak merajuk marah-marah pulak kan. Nanti dalam tepon nak cite macam-macam kat abam J, nak cite makan itu ini, nak gosip-gosip lagi, nak ngumpat sana sini, nak cakap ai miss yu ai lebiu bagai...mana sempat kan nak marah-marah..leceh tau kalau nak gaduh-gaduh dalam tepon ni! Keh keh keh
Abam J pun kemaen lagi tak terurus. Perut masuk angin la, muntah-muntah la, tak bangun sahur la, tak bangun pergi keje la, wallet tercicir merata-rata bagai...ishhh..macam-macam la yu ni...risau nih risau nih! Hehe
Tak best la dah kawen tapi duduk jauh-jauh ni. Rasa tak lengkap je hidup =(
Sayammm..dengar ni ai nak nyanyi nihhh..dengar tau..tak sedap pun yu kena dengar jugak...mwahahahaha
"Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disamping mu
Peluk tubuhku
Bila kau rindu aku
Panggil namaku
Ku datang menemui mu
Peluk erat jasadku, jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini, harungi malam
Karna hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia...."
Ecececehhh..wekkkk ;p
p/s: "Sayang...rinduuuu...nak balik jepun...nak syg nak syg nak syg!!"
Sobsobsssss ='(

Subscribe to:
Posts (Atom)