Thursday, 13 November 2014

Spring 2014: Gunma Flower Park

Sambung cerita spring haritu. Banyaknya cerita jalan-jalan spring 2014 yang tengah beratur ni. Moga-moga sempat habiskan semua sebelum 30 November ni. Sebab lepas tu aku nak bercuti balik Malaysia. Yay! :p

Bulan April adalah bulan untuk tulips berbunga. Pada 20 April 2014 yang lalu, kami berkesempatan ke Tulips Festival yang di adakan di Gunma Flower Park. Gunma Flower Park yang terletak di Maebashi, Gunma Prefecture, memang terkenal dengan Tulips Festival dan Rose Festival nya yang di adakan setiap tahun.


Lautan tulips dengan pelbagai warna di Gunma Flower Park. Tapi waktu kami pergi ni, ada tulips yang masih belum berkembang sepenuhnya. Cuaca pun agak mendung dan sejuk. Too bad.


Macam biasa, bila sejuk je Emil langsung taknak jalan sendiri T_T


Bersih dan cantik taman ni. Ok, jom tengok gambar-gambar lain di sekitar Gunma Flower Park ni.







View from the observation deck.


Boleh tahan besar taman ni. Playground untuk kanak-kanak pun ada. Tapi Emil taknak main sebab sejuk lol :p


Bila bawak masuk dalam bangunan baru happy, sebab dah tak sejuk. Dalam bangunan ni ada few shops yang jual makanan dan omiyage.


Bila bawak keluar, terus moyok semula. Emil kesejukan dan boring ye tengok bunga. Okay, jom kita balik.


Wahhhh terus happy! :p

Actually, park ni agak besar. Tapi kami tak sempat nak round habis pun. Cuma pusing-pusing dekat area tulips je. Park ni dibuka sepanjang tahun, dan bunga-bunga yang ditanam pun sentiasa berubah mengikut musim.

Kalau nak tengok tulips, bolehlah datang dari pertengahan April sampai awal May. Entrance fee adalah sebanyak 600 yen (kalau tak silap) dan free parking.

Monday, 10 November 2014

Autumn 2014: Konaka Waterfall

Ini cerita minggu lepas. Disebabkan hari isnin minggu lepas cuti dan tenki pun okay, kami decide untuk jalan-jalan tengok koyo di Konaka Waterfall (Konaka Otaki). Konaka waterfall terletak di Midori-shi, di dalam Gunma Prefecture. Lebih kurang satu jam 20 minit perjalanan dari Kumagaya.

Konaka Waterfall terletak di atas bukit di kawasan pergunungan. Jadi, kami dapat menikmati view yang sangat cantik di sepanjang perjalanan menyusuri gunung-gunung tersebut.


Saujana mata memandang.


Gunung-gunung yang dipenuhi dengan pokok pine. Pokok-pokok lain juga sudah mula bertukar warna.


Perjalanan kami menyusuri kaki bukit. Terdapat anak sungai yang mengalir jernih di kaki bukit ini. Subhanallah, what a beautiful nature!

Selepas mendaki bukit dengan melalui jalan sempit yang agak thrill, akhirnya kami sampai ke destinasi.


Anak sungai yang mengalir dari Konaka Waterfall.


Emil dah mula excited nampak air. Nampak macam panas, tapi sebenarnya suhu kat atas bukit ni sangat sejuk.


Small stream yang mengalir indah di atas bukit.


Menyeberangi jambatan untuk menuju ke Konaka Waterfall.


Stop kejap. Emil tak puas lagi tengok sungai yang mengalir tu. Hihi.

 
Selepas menyeberangi anak sungai tu, kena hiking pulak dalam lima minit mengikut hiking trails yang disediakan.


Di penghujung hiking trails tu, akan jumpa tunnel ni.

Lepas tu, yang paling mencabar adalah...


kena melalui suspension bridge yang sangat curam ni! Ini adalah Kasakake Bridge, a suspension bridge of 44 percent maximum slopes. Fuhhhh..memang thrill perjalanan nak sampai ke Konaka Waterfall ni.


Dari suspension bridge ni dah boleh nampak Konaka Waterfall sikit-sikit. Selepas melalui suspension bridge tu, jalan sikit lagi dan akan jumpa observation deck untuk tengok view Konaka Waterfall ni.


FINALLY! Ini lah view Konaka Waterfall dari observation deck tu. Subhanallah, view waterfall yang sangat cantik dengan pokok-pokok berdaun kuning, merah dan orange. Serius macam dalam lukisan dekat kalendar yang aku selalu tengok kecik-kecik dulu. Sobs! Cantik sangat. Segala susah payah dan kegigihan along the journey akhirnya paid off :p


Nak balik dah ni. Amboi, mendiva sangat kau kan hiking pun nak pakai high heels :p

Untuk nature lover, boleh lah datang sini kalau nak tengok view waterfall yang cantik waktu autumn. Tapi pastikan pakai tebal-tebal sikit dan proper shoes :p

Kalau berkesempatan datang ke Jepun waktu autumn, selain tengok koyo dekat koen, cubalah pergi tengok koyo dekat kawasan-kawasan bukit atau tanah tinggi. Viewnya pasti lebih superb! Pasti kagum dengan keindahan ciptaanNya ;)

Wednesday, 5 November 2014

Autumn 2014: Sakurayama Park

Harini nak update pasal aktiviti jalan-jalan tengok koyo weekend haritu. Pada hari Ahad, 2hb November yang lalu, kitorang berjalan-jalan ke Sakurayama Koen yang terletak di Fujioka, di dalam Gunma Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa selama satu jam 15 minit.


Sakurayama Koen terkenal dengan bunga fuyuzakura (winter cherry blossoms), iaitu bunga sakura yang berbunga ketika fuyu (winter). Waktu kitorang pergi haritu, fuyuzakura baru nak berputik. Koen ni terletak di atas bukit, ala-ala macam kat Cameron Highlands gituw.


Cuaca pada haritu agak mendung, dengan suhu 20 deg C. Tapi takde la rasa sejuk sangat sebab tak berangin, just nice. Pokok-pokok pun kebanyakannya dah bertukar ke warna kuning, orange dan merah.


Japanese Garden with small waterfall. Ok, jom layan gambar-gambar lain sekitar koen ni ;)












Overall, pada aku koen ni memang cantik kalau pergi waktu peak autumn. Boleh tengok beautiful landscape of Japanese Garden dengan pokok-pokok berdaun kuning, orange dan merah. Very nice view :)

View sepanjang jalan waktu nak naik ke tempat ni jugak sangat cantik. Boleh nampak kebun epal dan kebun limau dekat tepi-tepi jalan. Selain tengok koyo dekat Sakurayama Koen, boleh jugak buat aktiviti fruits picking bila dah sampai sini. Sebab kebun-kebun tu semua dibuka waktu musim luruh ni untuk aktiviti ringo gari (petik buah epal) dan mikan gari (petik buah limau).

Untuk sesiapa yang nak tengok koyo dekat Sakurayama Koen ni, boleh la datang sini waktu awal November sampai pertengahan November. Koen ni jugak ada buat night koyo illumination. Jadi, koen ni dibuka sampai malam sepanjang musim luruh ni. Entrance fee adalah percuma, cuma kena bayar parking sahaja 500 yen.

Tuesday, 4 November 2014

Spring 2014: Hanami di Hanno

Sambung cerita sakura lagi. Pada musim sakura yang lalu, kitorang bertiga pergi ke Hanno untuk ber-hanami. Hanno terletak di dalam Saitama Prefecture. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Kumagaya.


Cuaca haritu agak mendung dan sejuk. Emil biasanya kalau kat luar, dia akan happy jalan-jalan sendiri. Tapi disebabkan cuaca haritu agak sejuk, Emil nak dukung je. Mungkin dia rasa lagi selesa kena dukung macam tu.


Emil, smile pleaseeeee~

Ok, tak berjaya. Moody sangat anak teruna haritu.


Walaupun cuaca mendung, suasana kat sini tetap meriah dengan nihonjin yang beramai-ramai buat hanami party kat bawah pokok-pokok sakura tu. Siap ada stalls jual macam-macam makanan.


Disebabkan Emil kesejukan, lepas pusing-pusing ambik gambar, kitorang terus bergerak pulang.

Sekian saje cerita sakura untuk spring 2014. Lepas ni update pasal bunga lain pulak. Wohaaaa! ;)




Thursday, 30 October 2014

Spring 2014: Sakura di Kumagaya

Ok, kita masuk cerita spring 2014. Dari cerita autumn terus ke cerita spring 2014, mana cerita winter 2013? Yay, sebenarnya dah dua tahun berturut-turut aku bawak Emil lari ke Malaysia setiap kali winter. Kesian daddy kena tinggal kesejukan sengsorang. Mwahaha :p

Biasanya dalam bulan March atau April baru kitorang berdua balik semula ke Jepun. Jadinya, Emil memang tak pernah lagi tengok snow. Aku pun baru sekali je merasa winter kat sini. Lepas tu terus serik. Lol :p

Tahun lepas aku ter-over stay kat Malaysia sampai missed musim sakura. Sobs! Untuk tahun 2014 ni, aku dan Emil balik semula ke Jepun pada pertengahan March, dengan harapan taknak missed sakura lagi. Dua minggu lepas tu, sakura pun berbunga. Alhamdulillah, perfect timing :p


1st April 2014. Pagi-pagi dah bawak Emil keluar tengok sakura. Ni dekat tepi rumah kitorang je. Sepanjang jalan tu penuh dengan pokok sakura.


Happy as usual kalau dapat keluar jalan-jalan. Waktu ni Emil dah setahun enam bulan.


Muka pelik je tengok atas, maklumlah first time Emil tengok sakura penuh je kat pokok.


Lepak-lepak kejap kat sini. Cuaca pun cantik. Berangin je. Nyaman sangat. Jemput tengok gambar Emil dengan pokok sakura :)




Waktu ni bunga dia masih belum berkembang sepenuhnya. Kena tunggu esok baru betul-betul kembang.

Keesokan harinya, kitorang jalan-jalan kat situ lagi. Gigih sangat demi sakura yang cuma berbunga tujuh hari sahaja dalam setahun :p


2nd April 2014. Sakura in full bloom. Lagi cantik kan berbanding yang semalam!


Ii tenki ne~


Lebat sangat bunganya. Jemput tengok gambar-gambar lain model cilik tak berbayar ni :p




Jalan-jalan bawah pokok sakura. Bestnya buat sesi photoshoot kat sini sebab takde orang. Bukan senang nak snap gambar dengan pokok sakura yang tengah full bloom, tanpa ada orang ber-hanami bawah pokok tu. Hihi. Biasanya, kalau musim sakura, mesti nihonjin akan penuh ber-picnic bawah pokok sakura buat hanami party. So, kalau nak dapat gambar cantik, kena la pergi weekdays time orang kerja :p

Terima kasih Emil sebab jadi model mama! Nanti mama upah susu :p