Wednesday, 23 May 2012

Haru Di Sekitar Kumagaya

Hari ahad lepas aku jalan jalan amek angin pagi di sekitar Kumagaya. Aku jalan sorang sorang je sebab abam J kena kerja. Tsk tsk T_T

Sambil jalan jalan amek angin segar, aku sempat snap beberapa gambar bunga yang ada di sekitar tepi jalan. Seronok sangat bila berjalan dalam kawasan yang dikelilingi bunga bunga. Rasa macam princess. Mwahaha over tau verangan sorang sorang! :p

Bunga purple.

Bunga kuning.

Bunga pink. Ini bukan sakura tau :p

Ok, lepas tu terus rasa cramp perut sebab dah jalan agak jauh. Pastu terus rasa nak call abam J suruh hantarkan balik rumah. LOL manja! Pergi pandai jalan kaki, bila balik nak naik kereta pulak! :p Tapi tak sampai hati pulak nak kacau dia kerja. So, jalan je la slow slow balik rumah. Tsk tsk T_T

Yang kat bawah ni pulak gambar aku dan abam J jalan jalan tengok sakura di petang hari. Sebenarnya, ni gambar awal bulan lepas waktu sakura tengah berkembang. Sekarang dah habis musim sakura pun, tapi aku baru nak upload. Hampunnnnn! :p

Sakura lebat merimbun.

 Gambar ni nampak sangat penjepunan. Ada bunga sakura dan ada bangunan design Jepun. Ececeh tiba tiba aku jadi artistik pengkaji gambar :p

Terowong sakura.

Bila teruja terus tak boleh kawal diri jadi sopan! :p

Bila teruja terus amek gambar pejam pejam mata :p

Time ni weekdays. Abam J gigih balik kerja pukul 5 pm sebab nak bawak aku jalan jalan petang tengok sakura sementara sakura belum gugur katanya. Sebenarnya susah sangat kalau kerja dengan Jepun nak balik sharp pukul 5 pm. Kat sini, kalau balik pukul 5 pm, nampak macam pemalas la konsepnya. Tapi sebab abam J memang dah berniat nak bawak aku jalan jalan tengok sakura petang tu, dia siapkan kerja cepat cepat dan balik je pukul 5 pm sharp.

Sebagai reward, aku buatkan mee rebus untuk dia. Sebab sebelum tu dia cakap macam teringin nak makan mee yang ada kuah. Maka pagi tu ku gigih call mama mintak resipi buat mee rebus. LOL suami nak makan baru terhegeh hegeh belajar nak buat :p

 Mee rebus pertama kali buat. Abam J makan sampai licin. Alhamdulillah :p

Dan ku buat jugak cekodok pisang my favourite ever :p

Mula mula ingat nak picnic makan kat luar, tapi sebab hari macam dah nak gelap, so kitorang balik makan kat rumah je.

Ok, sekian saja cerita haru (musim bunga) di sekitar Kumagaya. Jumpa lagi. Daaaa~


Monday, 21 May 2012

Cinta Pertama Part 2

Sambungan drama muzikal Cinta Pertama The Series :p Entri terdahulu:
Cinta Pertama (Intro)
Cinta Pertama Part 1


27 May 2009
Aku log in Friendster. Hoi, zaman tu Friendster tengah up lagi ok! Haha. Aku dapat satu message dari seseorang yang aku tak kenal. Waktu tu sebenarnya aku masih lagi bersedih. Rasa macam kosong. Rasa macam suram je hari hari yang dilalui. Message yang aku dapat tu berbunyi 'Mohd Khairul sent you a smile to brighten your day'. Agagagaga. Tiba-tiba aku tersenyum bila baca tu. Dalam hati aku, macam tau tau je hari aku tengah suram. Tapi siapa Mohd Khairul? Dah la ada sorang je mutual friend kitorang. Kalau sebelum sebelum tu, memang tak kuasa la aku nak reply private message dari orang orang yang aku tak kenal. Tapi kali ni rasa 'lain'. Rasa macam terharu gitu ada orang sudi nak 'cerahkan' hari aku yang suram tu. Ecececeh. Aku reply cakap thank you. Aku approve friend request daripada dia. Dan itu lah titik permulaan perkenalan aku dengan abam J. Hak hak hak :p

Najwa latipppp, sila buat lagu Cinta Friendster sekarang! :p

30 May 2009
Dari message dekat Friendster, kitorang move ke YM pulak. Pada tarikh ni, untuk pertama kalinya kitorang chat dekat YM. Malam tu abam J start tegur aku. Dia kat Jepun time tu. Aku layan gitu gitu je. Bagi aku, abam J time tu macam somebody untuk aku hilangkan bosan je sementara cuti semester waktu tu. Aku macam tak peduli sangat pun pasal dia. Kitorang kenal muka masing masing pun melalui gambar kat Friendster je.

31 May 2009
Walaupun aku macam kerek je layan dia tapi dia macam semangat je nak borak borak dengan aku. Bila aku online je, mesti dia tegur. Aku reply je. Dia kan tempat aku hilangkan bosan waktu tu. Mwahaha. Tapi yang pasti aku takkan tegur dia dulu la. Ish ish tak kuasa la nak tegur tegur orang laki dulu! :p

Awal Jun 2009
Kitorang mula rapat sikit. Aku dah rasa selesa nak cerita pasal aku dekat dia. Ada satu malam tu kitorang chat dari malam sampai pagi. Huh! Tak tau kenapa, tapi malam tu kitorang macam be honest to each other. Dia cerita pasal dia dengan jujurnya, dan aku pun cerita pasal diri aku dengan jujurnya. Aku bagitau dia yang aku tak pernah couple pun, crush dengan someone tu ada la tapi orang tu pun dah ada girlfriend. Tsk tsk T_T. Abam J pun cerita pasal past dia. Sebelum stop chatting, aku bagitau abam J lepas ni aku tak online 3 hari sebab balik kampung. Pastu, dia mintak nombor phone aku. Tapi aku macam diam tak tau nak kasi ke tak. Bila tengok aku diam, dia kasi nombor phone dia kat Jepun. Kalau aku dah rasa ready nak kasi nombor phone, dia suruh contact je nombor dia. Sebab dia nampak macam jujur ikhlas je, aku pun kasi je nombor phone aku. Esoknya pagi pagi lagi dia dah hantar SMS suruh aku bangun dan wish good morning. Hahaha semangat gila dia hantar SMS dari Jepun. Dah la mahal. Tapi aku tak reply pun sebab aku miskin takde credit malas nak topup handphone LOL.

3 hari aku balik kampung. Aku tak online langsung. Dan setiap hari tu la dia hantar SMS kat aku. Satu pun aku tak reply. Tapi dia hantar je tanpa putus asa LOL tak malu betul dia, orang tak reply tapi masih gigih nak hantar jugak! At last aku macam kesian, aku pun reply satu SMS je curi curi pakai handphone mama aku. Lepas tu bila bil sampai mama pelik gila apesal ada International SMS ke Jepun. Omaigod nak ngaku ke taknak aku punya angkara tu?? Hahaha :p

Bila aku balik rumah dan online, aku tengok banyaknya private message kat inbox Friendster. Semua dari Mohd Khairul. LOL. Dia cakap dia boring la bila aku tak online. Siap cakap 'miss you' lagi. Omaigod omaigod kenapa dengan mamat ni? Aku dah cuak cuak tapi macam suka je sikit sikit. :p

Pertengahan Jun 2009
Aku masih lagi tengah cuti semester. Satu malam tu, abam J mintak izin nak call. Penat asyik chat katanya. Omaigod aku cuak! Dah la tak pernah jumpa, tiba tiba nak kena cakap dalam phone! Omaigod omaigod what should i do? Hahaha. Aku cakap nak call boleh tapi tunggu aku mandi dulu dalam setengah jam. Ngeh ngeh ngeh aku kecuakan sebenarnya. Bila aku dah siap mandi tu, dia call betul betul. Aaaaaaaaaaaaaaaa segannnnnnnnnn..nak jawab ke taknakkkkkkkkkkkkkkkkk? Aku tarik nafas dalam dalam dan jawab dengan sehabis cool. Dia call dari Jepun. Nombor pelik je. Itu lah first time kitorang dengar suara masing masing. Kitorang banyak gelak gelak je sebab mungkin masing masing pun nak cover nervous. Kitorang sembang sembang hampir sejam kot. Fuhh..first time aku cakap telefon lama macam tu dengan seorang lelaki. Haha :p

Akhir Jun 2009 
Walaupun tak pernah jumpa, kitorang macam semakin rapat. Abam J boleh cakap hari-hari akan call aku dari Jepun. Dia macam 'teruja' je nak tau pasal aku. Aku pun rasa selesa je kawan dengan dia. Dia buat aku happy semula :)

Awal Julai 2009
Berakhir sudah cuti semester. Kuliah untuk tahun akhir pun bermula. Aku fikir, bila berakhir cuti semester, maka berakhir lah persahabatan aku dengan abam J. Sebab dia kan cuma kawan chatting penghilang bosan waktu cuti semester je :p Tapi sangkaan ku meleset, bila aku dah masuk hostel, dia tetap call hari-hari. Dia sangat concern pasal aku waktu tu. Semua kawan kawan aku pelik sebab sebelum tu aku macam budak perempuan innocent yang takde boyfriend dan takde gayut gayut telefon ni. Tapi bila masuk semester baru tu, aku hari-hari akan gayut telefon bila malam.

Pertengahan Julai 2009
Abam J makin lama obvious nampak macam nak approach aku. Haha. Setiap pagi semangat SMS wish good morning kat aku walaupun mahal sebenarnya satu SMS dari Jepun ke Malaysia. Ececeh, nak mengorat apa pun sanggup kekdahnya :p

Aku doa banyak banyak, mintak Allah bukakkan hati aku kalau orang tu betul betul jodoh aku. Tapi kalau bukan jodoh, aku mintak Allah jauh kan dia daripada aku.

Kitorang semakin hari jadi semakin rapat. Walaupun tak pernah jumpa, tapi masing masing rasa sangat kenal hati budi masing masing. Masing masing rasa senang antara satu sama lain. Kitorang sama sama happy :) Gerak hati aku waktu tu 'kuat' untuk abam J. Aku percaya 'gerak hati' aku tu Allah yang bagi. Sebab aku selalu doa macam tu. Aku rasa macam dah jumpa orang yang aku cari. Sejak ada dia, hari hari aku dah jadi ceria. Dah tak alone lagi :)

Lagu ni menceritakan apa yang aku rasa waktu tu. *Every moment has its music*

 

"Cukup sudah
Ku berlari mencari mau ku
Kini saatnya ku berhenti
Cintaku telah hadir di sini...
Ku yakin semua kan berlalu...
      SEUMPAMA KAU ADA
      HATI DAN JIWAKU TERHIBUR
      Mekar lamun akan berakhir
      Keyakinanku belum pasti
Biarlah ku temukan
Kepingan hatiku yang hilang
SEMUA BISA MERASAKANNYA
BAHWA DIA MENCINTAKU..."


6 Ogos 2009
Tanpa diduga, pada tarikh ni abam J.........jeng jeng jeng

To be continued :p



Friday, 18 May 2012

Karipap Selekeh

This is my first attempt at making karipap LOL sumpah selekeh gila dari segi paras rupa! :p

Tiba-tiba rasa teringin nak makan karipap, jadi harus bergigihan buat sendiri walaupun sepanjang hidup tak pernah pun tolong mama buat karipap. Ku tau makan je. Sekarang bila dah duduk dekat negara orang, terpaksalah independent buat sendiri. BELAJAR SAFWA BELAJAR! Jangan tau nak makan je. *motivate diri sendiri sebelum masuk dapur*

Bahan-bahan untuk inti. Dada ayam, bawang dan kentang yang dipotong dadu.

Doh untuk kulit karipap. Dapat lah 10 biji karipap dengan doh sebanyak ini.

Bila dah siap buat doh, aku masak inti atas dapur cepat cepat. Lepas tu, tibalah masa untuk membentuk karipap.

LOL tak pandai kelim! Aku main kelepek kelepek je sesuka hati asalkan melekat tertutup.

Inilah rupanya bila dah digoreng. LOL sumpah buruk gila! Ada budak laki comment gambar ni dekat facebook cakap macam bom tangan je. Mwahaha. Huh..AKU PASRAH! :p

Esoknya aku sambung buat lagi. Untuk breakfast abam J sebelum masuk kerja. Siap google tutorial lagi cara cara nak kelim karipap. Semangat nih! Dan hasilnya...

Masih tetap selekeh! Ya ampunnnn kelim macam orang tak cukup jari je :p
Tapi kalini goreng pakai api slow je, mamaku pesan. Nampak smooth la sikit kulit dia kan. *cepat angguk kepala sekarang tanda setuju!*
:p

Yang selebihnya aku buat karipap frozen. Boleh buat minum petang di hujung minggu ni. Ngeh ngeh ngeh.

Walaupun rupa tak semenggah tapi rasa dia not bad la. Sedap je kata abam J. Hahaha ye ke yu ni? Ke takut ai amarah tiga hari tiga malam?? :p Tapi kulit dia memang sangat crunchy yummy yummy~

Alhamdulillah, lepas satu keinginan tekak. Lepas ni ada lagi beberapa senarai makanan menanti, yang aku tak pernah buat tapi teringin nak makan *fengsan la abam J kena makan makanan percubaan aku nanti* mwahahaha :p

Ok, jumpa lagi. Daaaaa~


P/s: Esok nak pergi check up untuk week 20. Hopefully semua ok. Sekejap je dah 5 bulan. Yayyy :)

Tuesday, 15 May 2012

Cinta Pertama Part 1

Sambungan dari Cinta Pertama (Intro)....

Pada entry intro yang lalu, aku dah jelaskan tentang prinsip aku waktu zaman zaman gadis dulu dan juga kriteria-kriteria lelaki yang aku perlukan sebagai suami.

Cerita cinta pertama aku segala-galanya bermula di sini....

(FLASHBACK)

2008
Aku pernah crush dengan somebody. Tapi cinta dalam hati sahaja. Jatuh maruah dan ego aku sebagai perempuan kalau aku menunjukkan hint yang aku admirer dia. Maka, aku buat cool je. Kitorang kawan baik. Selalu chat dekat YM. Kitorang jadi rapat sebab share minat yang sama, iaitu suka layan lagu indon. Bukan lagu indon mainstream yang selalu putar kat radio Malaysia tu, tapi lagu lagu indon yang kategori underdog, yang tak pernah main pun kat radio Malaysia. Kalau aku jumpa lagu indon yang best, nanti aku bagitau dia. Kalau dia jumpa lagu indon yang best, dia pun gedik gedik bagitau aku jugak. Dia pun sempoi macam aku, tak pernah couple dengan siapa siapa. Sebelum tu, aku tak pernah crush dengan mana mana lelaki. Aku crush dengan artis je. LOL tak matang langsung. Tapi sejajar dengan peningkatan usia, aku mula admirer lelaki biasa, bukan artis ye. Haha. Dah matang sikit kekdahnya. Out of four, dia ada tiga kriteria yang aku perlukan tu. So, dalam diam diam aku macam ter'admirer' la dengan dia. Bukan sayang, bukan cinta. Cuma rasa tertarik je macam "Omaigod dia ni macam ada husband character yang ku cari je!". Haha gatal. Malu ai :p

21 May 2009
Pukul 2.00 pagi. Dia tiba tiba buzz aku dekat YM. Waktu tu zaman student, zaman jadi burung hantu. Dia tulis...

"weh, aku nak share ngan ko berita gembira ni! Sebab ko kawan yang aku percaya, ko orang pertama yang aku bagitau..tapi ko jangan bagitau orang lain tau".

"Ok. Pat pat bagitau, tak sabar nih", aku reply sambil excited.

"Harini aku dah declare dengan seseorang..first time nih aku couple! Hahahaha", dia macam happy sangat.

Gurlppp! Aku tersentap kejap. Tiba tiba air mata aku macam bergenang. Jari aku nak taip pun dah macam terketar ketar. Aku reply 'smiley face' tu banyak banyak, pretending yang aku pun happy dengan 'good news' itu. Dia pulak excited gila cerita pasal girlfriend baru dia time tu. Aku layan kan je, sambil kesat kesat air mata yang mengalir. Dia tak tau, walaupun aku reply 'hahahahahaa' tapi sebenarnya air mata aku tengah mengalir. Sedih kot. Aku rasa macam dah 'hilang' seseorang time tu.

Sila play lagu ini, untuk fefeling perasan aku time tu. Ececeh. Bak kata Sony, every moment has its music.

 

"Even though going on
with you gone still upsets me,
There are days every now and again
I pretend I'm ok,
but that's not what gets me...
What hurts the most
was being so close
and having so much to say
and watching you walk away
And never knowing
what could have been
AND NOT SEEING THAT LOVING YOU
IS WHAT I WAS TRYING TO DO......"

Bila dah habis sembang, aku off komputer dan masuk tidur. Tapi aku tak boleh tidur! Hati aku sebak sangat waktu tu, air mata pun asyik mengalir je. Time tu dah dalam pukul 3.00 pagi. Aku bangun, ambil wudhuk, dan buat solat hajat. Itu je cara terbaik untuk tenangkan hati. Dalam solat tu aku mintak dengan Allah jauhkan hati aku daripada perasaan sedih dan aku mintak supaya Allah hanya bukakan hati aku untuk jodoh aku sahaja. Andai kata satu hari nanti hati aku terbuka untuk seseorang, biarlah orang tu betul betul jodoh aku. Aku dah taknak terbuka hati pada orang yang salah. Bersungguh sungguh aku mengadu kat Allah malam tu, sambil tersedu-sedu gituewww. Lepas solat tu, barulah aku rasa tenang dan boleh tidur.

Walaupun dia bukan orang yang aku cinta, tapi dia tetap seseorang yang pernah singgah kat hati aku. Aku redha. Aku percaya, Allah nak kasi aku seseorang yang lebih baik.

27 May 2009
Aku log in Frienster. Hoi, zaman tu Frienster tengah up lagi ok! Haha. Aku dapat satu message....jeng jeng jeng...

To be continued....

Monday, 14 May 2012

Cinta Pertama (Intro)

Sejak dari zaman sekolah, aku berpegang pada satu prinsip. Aku nak cinta pertama aku jadi cinta pertama, terakhir dan selama-lamanya. Atau dalam erti kata lain, aku taknak buang masa bercinta dengan ramai lelaki, tapi at last kahwin dengan orang lain. Aku taknak panggil lelaki itu sayang lelaki ini sayang tapi at last kahwin dengan orang lain. Aku cuma nak beri cinta dan kasih sayang kepada seorang lelaki sahaja dalam hidup ini iaitu SUAMI. Aku nak diri aku suci bersih, tanpa pernah disentuh mana mana lelaki. Aku nak satu-satunya lelaki yang pernah pegang tangan aku adalah SUAMI aku sahaja. Titik.

Disebabkan prinsip itu, sampai lah ke usia 22 tahun, tak pernah sekali pun aku bercinta. Walaupun waktu sekolah dulu muka aku hitam berkerak tudung senget benget badan kurus sekeping, tetap ada je budak lelaki ajak couple. (Gila ikhlas la budak laki tu, memang tak pentingkan kecantikan fizikal langsung haha!). Bila masuk matrik pun, kulit dah tak berkerak sangat, pakai tudung pun dah sempurna, mula lah ada orang nak ngorat. Ecececeh. Bila masuk universiti pulak, dah pandai bergaya sikit sikit pergi kelas pun pakai high heels bajet hot kononnya, maka bertambah lagi senarai peminat. Mwahaha sila muntah hijau sekarang! Tapi itu lah realiti kehidupan yang semua gadis gadis lalui. Zaman zaman tu memang zaman kena mengorat. Cun ke tak cun, mesti ada jugak orang yang minat kita. Betul tak? Tapi semua terletak pada diri kita, sama ada nak layan atau pun tak. Macam aku, memang aku dah sediakan skema jawapan siap siap. Kalau ada budak laki ajak couple, aku bagi je skema jawapanku "rilex la weh, kawan-kawan sudahhh..kalau ada jodoh ada lah nanti, tak payah couple couple ni". Keh keh keh.

Itulah skema jawapan yang aku guna selagi aku belum jumpa lelaki yang memenuhi kriteria untuk aku jadikan suami. Waktu tu, aku tak pandang seorang lelaki tu untuk dijadikan boyfriend, tapi untuk dijadikan suami. S-U-A-M-I. SUAMI. Sebab kalau aku dah decide untuk terima seseorang tu, bermakna aku memang nak kahwin dan hidup dengan dia selama-lamanya. Aku bukan jenis yang senang senang je terima someone, bercinta dengan dia sekadar nak try, kalau rasa ok kahwin, kalau rasa tak ok, break up. Oh no no no! Itu dah melanggar prinsip aku.

To be honest, waktu tu aku nak seorang lelaki yang ada empat kriteria ini (selain empat ciri yang Islam tetapkan). First, lagi tua dari aku. Supaya dia lagi matang dari aku dan senang aku nak hormat. Kalau lelaki sebaya ni, aku kureng sikit rasa hormat. Second, boleh jaga aku macam mana abah aku jaga aku. Aku satu-satunya anak perempuan dalam family. Abah aku memang jaga aku dengan sempurna. Jadi, aku nak suami aku pun boleh jaga aku macam yang abah aku buat atau lebih lagi. Kurang tak boleh. Heh. Third, mesti pandai dari segi akademik. Aku nak lelaki yang pandai. Supaya anak anak aku nanti pun pandai jugak. LOL. Kena lebih pandai dari aku atau sekurang-kurangnya sama level akademik dengan aku supaya aku boleh hormat pendapat dia. Dan yang terakhir, kena bijak@smart. Bukan smart dari segi pakaian tu, tapi macam smart thinking gitu. Bijak dari segi perlakuan dan pertuturan. Aku tak suka lelaki yang cakap merapu merepek yang nampak bodoh tu. Kalau aku tanya sesuatu dan nak tau pasal sesuatu, dia mesti boleh jawab dengan bijaknya.

Itu sahaja. Hehehh. Bukan demand. Tapi sebab aku kenal diri aku sendiri, jadi aku tau diri aku perlukan seorang lelaki yang ada kriteria macam tu. Aku jenis perempuan yang degil dan ego tinggi. Jadi, aku memang perlukan seorang lelaki yang lebih tua dan lebih pandai untuk dijadikan suami supaya aku boleh hormat dia. HORMAT. First thing first, seorang perempuan kena ada rasa hormat pada suami dia. InsyaAllah, baru rumahtangga smooth. Kalau kita takde rasa hormat pada suami kita, nanti kucar kacir jadinya. Mula lah kita tinggi suara dengan suami kita dan marah dia sesuka hati. It's not good ok. Sebagai perempuan degil, aku memang perlukan suami yang lebih tua dan lebih pandai, supaya aku boleh dengar cakap dia dan terima pendapat dia. Girls, you should know yourself first. Kita kena tahu diri kita ni jenis macam mana, baru kita decide lelaki jenis begini dan begini yang kita perlukan. Jangan asyik list nak yang hensem macam korea, badan tough macam aaron aziz bla bla bla. Kena ingat, kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada kecantikan fizikal semata-mata, but it's all about 'chemistry' antara dua individu.

To be continued.....

Jadi, berjayakah aku bertemu dengan lelaki yang punya kriteria yang aku ingin kan tu? Berjayakah aku berpegang dengan prinsip aku ittuewww? Nanti ku sambung lagi ye. Daaa~

Friday, 11 May 2012

Bunga Bunga Cinta

Minggu lepas waktu Golden Week, aku dan abam J sempat buat beberapa aktiviti berfaedah bersama sama. Pada 30hb April yang lalu, kitorang menyambut anniversary yang pertama. Waaa..clap clap clap! :p

Sepanjang hari tersebut, abam J bawa aku keluar jalan jalan tengok bunga, shopping dan makan makan.

 Travel berdua dalam kereta sambil menikmati pemandangan musim bunga. Memang cantik sangat, sepanjang jalan boleh tengok munga munga cinta.

Bila lapar, kitorang lunch dekat AEON Sano. Aku makan dengan gembiranya sampai sendat perut.

Shopping time at Sano Premium Outlets.

Bila perut dah kenyang, kitorang jalan jalan shopping pula. Dengan perut sendat kekenyangan, aku heret abam J pusing satu premium outlets tu. Suasana kat sana sangatlah meriah. Nihonjin semua keluar dengan family masing masing untuk shopping. Kebanyakan outlet buat Golden Week Sale. Jadi, semua orang pun gila. Hahaha :p Yang penting, Sano Premium Outlets 10 kali lagi best daripada Johor Premium Outlets. No offence~

Jalan jalan shopping sambil pegang tangan sambil tengok bunga. Fefeeling happily ever after kekdahnya :p

Lepas menghabiskan masa dekat outlet sampai petang, masa untuk candle light dinner pulak. Ececeh. Tapi abam J sengaja nak tunggu pukul 9 malam untuk dinner sebab dia kata setahun yang lalu, itu lah time dia terketar ketar lafaz akad nikah. Mwahaha! Kitorang dinner makan western food malam tu sebab aku kureng sikit dengan japanese food. Nanti tak boleh makan macam monster. LOL.

Anniversary cake. Chocolate cake yang padat dan sedap. Nyum nyum~

Hari yang sangat bahagia tapi kusangkakan bahagia berpanjangan, rupa rupanya derita di malam hari. Akibat makan terlalu banyak, pastu jalan jalan kaki pusing satu outlets pakai seluar jeans dengan kasut bertumit, dengan perut sendatnya, buat buat macam tak hamil, akibatnya malam tu aku cramp perut sampai tak boleh tidur. Tsk tsk T_T. Perut jadi keras tegang macam apa je seram gile tengok. Terus SMS mama ku dekat Malaysia tanya nak buat camne. Tsk tsk T_T. Abam J pun kecuakan tapi tak tahu nak buat apa. Dia nak bawak pergi hospital tapi aku taknak, konon konon boleh tahan. Sudahnya, pukul 5 pagi baru sakit reda dan baru boleh tidur lena. Tsk tsk T_T. Insaf insaf. Lepas ni taknak makan macam monster dah. Ececehh~

Ok, kat bawah ni aku share gambar gambar bunga yang sempat aku snap sepanjang musim bunga ni. Sumpah aku tak tau sangat nama nama bunga tersebut. Korang tengok je la ok? Hihi :p

Cantik bunga pink ni kalau selit selit kat telinga. Haha.

Macam orkid tapi bukan orkid.

Bunga ros merah.

Bunga bungaan. LOL :p

Bunga ni selalu orang keringkan dan buat potpouri.

Bunga soft pink yang sweet sangat.

Bunga bunga renek kat rumah kak ita.

Si jakun bunga. Kak ita cakap bunga ni tumbuh sendiri bila musim bunga.

Daisy. Kalau tak silap :p

Ni bunga dekat tepi rumah je. Cantik!


Cantik kan musim bunga? Ok, sekian saja untuk kalini. Jumpa lagi next entry! Daaaa~



Monday, 7 May 2012

BBQ Time!

Berakhir sudah Golden Week. Harini semua orang back to normal routine. Abam J pun macam malas malas je nak pergi kerja pagi tadi. Hihi.

Walaupun dah plan beberapa aktiviti untuk Golden Week tapi ada yang terpaksa cancel due to tenki (cuaca) yang tak best. Unfortunately, Golden Week kalini hujan. Dekat Saitama, 3 hari berturut turut hujan sepanjang hari iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis. Hari jumaat hujan sikit sikit je tapi masih sempat berBBQ kat rumah kak ita. Hari sabtu tenki ok tapi semalam, hari ahad, penutup Golden Week, hujan lebat gila siap guruh taufan bagai. Kalau hujan, memang kohser sangat nak keluar jenjalan bersejuk sejuk kat luar sana. Lebih baik ku baring dalam comforter peluk laki saje. Mwahahaha :p

Hari jumaat haritu, kitorang sempat join BBQ kat rumah kak ita di Gyoda. Walaupun pagi tu hujan rintik rintik air bergelora, tapi tengah hari tu time nak bakar ayam hujan dah stop. Alhamdulillah. Memang meriah! Tuan rumah siap pasang khemah. Paling seronok sebab dapat makan. Dapat MAKAN MAKANAN MALAYSIA ok! :p

 Acara bermula dengan sesi suai kenal bersama Malaysians yang lain.

Jom tengok menu...

Ada BBQ ayam.

Ada satay daging tanpa lidi. Malas nak mencucuk katanya.

Ada mee goreng, kuah satay, nasi minyak, ayam masak merah, acar timun, puding jagung, kek & bihun. Sambal petai udang kering pun ada!

Ada bubur kacang durian. OMG, makanan sangat sangat macam kat Malaysia. Lupa sekejap diri kat perantauan.

Juga ada pizza & fruits cocktail.

Sebenarnya, aku pun bawak makanan jugak tapi bila sampai, tengok makanan makanan supermom ini terhidang, terus rasa rendah diri nak hidang makanan sendiri. Sudah la aku dan abam J pasangan paling muda. Yang lain semua dah supermom & superdad. Segan pula nak jamu makanan sendiri sebaris dengan masakan supermom supermom di atas. Maka, ku tinggal saje dalam kereta. Haha :p

Round pertama. Aku jamah mee goreng. Nak rasa je. Ok tipu tipu. Kalau nak jamah, mesti amek sikit je tapi aku amek penuh pinggan. Memang niat nak melantak. Tengok tu muka happy gila mengadap makanan.

Round kedua, aku makan nasi minyak, puding, kek, ayam daging sosej BBQ segala bagai aku sumbat.

Lepas tu, aku pura pura round round sekeliling, kacau kacau abam J bakar ayam kejap. Supaya orang lain nampak macam aku dah habis makan.

 Tapi diam diam lepas tu, aku sambung makan lagi. Round ketiga, aku makan nasi minyak lagi sekali. Makan bubur kacang durian, puding jagung & fruits cocktail. Tengok tu, pinggan aku dah penuh semula padahal orang lain semua dah stop makan. Ahh, ku tak peduli orang nak bergambar ke apa, aku datang ikhlas nak makan. Mwahaha! Yang tudung purple tu kak ita (tuan rumah), dan sorang lagi tu kak umie, pembuat nasi minyak yang sedang ku lantak tanpa segan silu ittewww.

Abam J gigih membakar ayam. Dia tak makan banyak haritu sebab nak makan makanan yang aku masak (yang aku tinggal dalam kereta tu). Jadi, kerja dia membakar ayam je sepanjang hari. Balik rumah baru dia makan puas puas makanan yang aku masak tadi. Terharu ='). Aip aipp jangan tuduh aku buat nasi kangkang pulak! Abam J memang macam tu. Rasanya ramai je suami suami yang macam tu. Tetap lah nak yang wife sendiri masak. Walaupun masakan isteri tu tak semenggah mana.

Bila tengok gambar ni, rindu pulak kat abam J. Tsk tsk T_T. Sepanjang minggu lepas seronok je dia ada 24 jam kat sebelah. Harini dia dah pergi kerja, rasa boring pulak dia takde. Tsk tsk T_T. Dah la sejak pregnant ni, makin manja pulak jadinya. Malam tadi pun dah nangis nangis bawah ketiak dia sebab sedih dia dah nak pergi kerja harini. Menggigih abam J pujuk. Nanti kalau dia tak kerja macam mana dia nak dapat duit nak bagi aku makan katanya. Tsk tsk T_T. Mengada ngada sangat kan sekarang, walhal dulu aku tak kisah pun kalau aku kat Malaysia, dia kat Jepun. Aku ok je. Tapi sekarang ni memang cengeng, macam nak dia ada je selalu, kalau dia berak pun rasa nak ikut. Ok yang tu tipu :p Alamak alamak dah off topic! Sambung semula cerita BBQ. Kat mana dah tadi? :p

Ok, meriah sangat rumah kak ita dengan kanak kanak. Majlis bersurai pada pukul 7.00 petang.

Terima kasih kepada tuan rumah, kak ita & husband. Husband dia nihonjin (orang jepun). Yang kat belakang tu anak bongsu dia, Tatsuki Edy. Muka pun sangat japanese look.

Actually, rumah kak ita ni sangat dekat dengan Samejima Bonding Clinic (tempat aku check up & bakal deliver nanti). Kak ita sangat baik orangnya. Dia pun cakap, in case ada emergency, contact je dia. Even kalau aku deliver awal before mama aku sampai, dia boleh tolong jagakan. Terharu T_T. Walaupun rasa diri ini tercampak jauh di negara orang, tapi Allah itu Maha Mengasihani, Dia tetap kurniakan orang orang yang baik di sekeliling kita. Jadi, aku dan abam J boleh la rasa lega sikit. Takde la kitorang berdua terkontang kanting je nanti. At least ada la someone yang pangkat mak mak untuk guide kitorang. Syukur, Alhamdulillah :)

Ok, sekian saja cerita BBQ di rumah kak ita. Daaa~

*Credit gambar to Facebook kak ita*