Monday 30 July 2012

Ramadhan Di Perantauan

Hi. Salam Ramadhan buat semua :)


Tahun ni merupakan Ramadhan pertama aku di perantauan. Dan Ramadhan pertama juga aku dapat berpuasa dengan suami sendiri. Tahun lepas, waktu bulan puasa aku balik Malaysia untuk uruskan COE. Sehari pun tak sempat nak berpuasa dengan abam J. Ramadhan tahun lepas, walaupun dah kahwin, tapi disebabkan aku puasa dekat Malaysia dengan family, aku masih lagi bersenang-senang harapkan mama untuk prepare sahur dan berbuka. Aku cuma lalu lalang je kat dapur sambil buat muka penat berpuasa kononnya. Tapi tahun ni, semuanya dah berubah. Aku kena berfungsi sebagai seorang isteri. Bangun awal prepare sahur dan masak sendiri untuk berbuka. Lebih lebih lagi dekat perantauan. Semuanya kena buat sendiri. No more bazar ramadhan. Nak minum air sedap, kena buat sendiri. Nak makan kuih, kena buat sendiri. Tak boleh la nak tunjuk tunjuk nak itu ini kat bazar ramadhan. Memang mencabar. Lagi lagi tengah pregnant trimester ketiga pulak tu. Sekarang ni kat Jepun musim panas. Siang lebih panjang daripada malam. So, kitorang kena puasa lebih kurang 16 jam dengan suhu kat Kumagaya ni around 37-38 degree celcius. Kumagaya antara kawasan terpanas dalam Jepun. Maka, bertabahlah! Ganbare ganbare!

Sepanjang 10 hari berpuasa ni, baru sehari aku dapat berbuka dengan abam J. Hari-hari lain aku buka puasa sorang sorang je sebab abam J kerja balik lambat tsk tsk T_T sila simpati sekarang. Dan yang satu hari tu la merupakan kali pertama kitorang buka puasa sama sama berdua sejak kenal. Mwahaha :p Waktu sebelum kahwin tak pernah pun buka puasa sama sama berdua. Bila dah kahwin, tahun pertama tak berkesempatan, tahun ni la baru berkesempatan. Itu pun baru sehari je. Sedih kan? Sila simpati sekali lagi :p First time puasa dengan abam J, dia ok je. Nak kejut bangun sahur pun senang. Sekali panggil je, terus menonong bangun pergi basuh muka LOL senang giler nak bangun. Aku rasa aku sebelum ni lagi liat nak bangun daripada dia. Mama kena kejut dua round baru aku bangun kot. Takpun mama ku kejut dua round, pastu abah aku kejut satu round baru aku terhegeh hegeh nak bangun :p Tapi itu dulu la kan. Sekarang ni bunyi alarm je terus aku bangun ececeh perubahan mendadak selepas bergelar isteri :p Mwahaha~

Kat Jepun ni, kalau dekat supa (supermarket) memang takde jual kordial macam dekat Malaysia. Yang ada cuma 100% juice untuk terus minum tu. Jadi, kena prepare air sendiri. Sepanjang bulan puasa ni, antara air yang aku buat untuk berbuka adalah air sirap, sirap bandung, coconut shake dan air soya. Ibu sirap tu aku buat sendiri. Air soya pun buat sendiri. Aku beli pati soya yang 100% tu, tambah air dan tambah gula, kemudian masak atas dapur. Itu kalau rajin. Kalau malas, aku minum 100% juice yang beli dekat supa tu je untuk berbuka :p


 Ni ibu sirap yang aku buat sendiri. Air sirap ni air favourite abam J. Asyik nak minum sirap je dia, macam budak-budak suka sangat dapat minum sirap :p

Kuih muih untuk berbuka pun kena buat sendiri jugak. Antara kuih yang aku buat...

Kuih ketayap atau kuih gulung. Ni antara kuih favourite aku. Tapi dekat Jepun ni takde kelapa parut, jadi terpaksa guna kelapa kering je.

Ni la rupa inti pakai kelapa kering. Takde la selembut kelapa parut kat Malaysia tu. Tapi boleh la nak makan buat hilang teringin tekak :p

Popia goreng. Sos popia tu pun aku buat sendiri je. Popia ni aku buat banyak banyak, then frozenkan. Nanti dekat nak berbuka tinggal goreng je. Senang kerja kan :p

Buah melaka. Ok, kuih ni baru plan nak buat harini :p

Itu je la kuih muih setakat 10 hari puasa di perantauan ni. Kalau larat ada la kuih untuk berbuka, kalau dah tak larat, tidak berkuih la nampaknya :p Serius rindu nak pergi bazar ramadhan. Macam-macam kuih ada kan. Nak minum air tebuuuuuu tsk tsk T_T

Ni menu berbuka semalam. Ikan bakar bersambal tapi sambal asing, air asam, sup sayur campur, kuih popia frozen, air sirap dan buah tembikai. Pastu, berbuka sorang sorang tsk tsk T_T. Eh tak sorang sorang la..berbuka dengan baby la (pujuk diri sendiri)

Ramadhan di perantauan memang tak meriah macam kat Malaysia. Kalau ikut hati, semestinya sedih sebab tak dapat berbuka dan bersahur dengan family. Tapi harus take it positive. Jadi perantau memang akan buat kita sangat berdikari since semua benda kena buat sendiri. Kalau kat Malaysia, mungkin aku takkan pandai pun nak buat kuih segala bagai tu sebab boleh beli je. Tapi sekarang dah belajar untuk buat sendiri macam-macam :p Jadi, tak perlu bersedih sebab ada kebaikannya juga. Ok, selamat berpuasa! Jumpa lagi :)

4 comments:

cikDeera said...

pandai nyaa diaa....
selamat berpuasa dear..

safwa_khairul said...

@cikDeera
Thanx..selamat berpuasa to you too :)

doublena_2901 said...

Salam Wa....

Kak Na nak ckap kita kat perantauan ni kena tabah dan kuat semangat. InsyaAllah Wa boleh handle..Wa kan survival... tapi ada kebaikan dia... tgk lepas ni klu blk malaysia Wa bleh bukak restoran dah.. xpon bukak cafe... ahahah. Jaga diri n sampaikan salam akak kat adik akak tu.. Luv ya all

safwa_khairul said...

Thanx kak nana..we luv u too ;)