Thursday 19 July 2012

Menu Ala Kampung

Hi. Saje nak share menu ala kampung semalam.

 Ayam masak lemak cili padi, kangkung goreng belacan dan telur masin. Yattaaa!

Seronoknya sekali sekala dapat makan menu macam ni kat Jepun. Kangkung kat sini jual ikut musim. Itu pun susah nak jumpa dekat supa (supermarket) kat Kumagaya ni. Kalau jumpa tu memang nasib dan harus buat sujud syukur lapan kali lah eceh eceh :p Tapi kangkung yang ni aku beli dekat kedai siam dekat Ota. Beli sekali dengan telur masin tu. First time pergi kedai siam tu minggu lepas dengan Kak Ita. Sebelum ni tak pernah tau pun kewujudan kedai siam tu. Kedai tu sangat heaven sebab macam-macam ada. Dan macam-macam jugaklah yang aku borong :p

 Kuih buah melaka versi perantau pertama kali buat :p

Kuih ni pun aku buat semalam. Sesaje nak ngetest buat sebelum masuk bulan puasa. Buat pakai kurozato (gula merah Jepun). Tapi kurozato ni keras sikit berbanding gula merah kat Malaysia. Maka, tak mencair sangat. Lepas ni kalau nak buat waktu bulan puasa nanti, kena biarkan lama sikit atas dapur.

Ok, itu je. Daaaa~

2 comments:

Anonymous said...

lamenyer kak wawa x update belog...mish yu:(

safwa_khairul said...

@Anonymous
Bulan pohser ni penat jari jemari nak taip entry..x boleh nak update slalu :p