Melalui hari hari biasa sebagai seorang isteri pastinya membahagiakan. Namun, ada saat saat tertentu yang dilakukan oleh sang suami yang membuatkan seseorang isteri itu terasa begitu bahagia dan disayangi. Jika melalui saat itu, bukan sahaja bibir menguntum senyum, hati juga mengukir senyuman yang paling indah. Seringkali kebahagiaan seseorang wanita itu dikaitkan dengan wang. Ok, abaikan pemberian bunga mawar segar dan coklat yang terlalu klise itu. Mari kita lihat dari sudut lain, tanpa perlu mengeluarkan apa apa modal. Point-point yang aku beri adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri. Sememangnya perkahwinan itu membahagiakan, cuma aku highlightkan beberapa perkara yang si suami mungkin rasa remeh, tapi cukup membahagiakan buat si isteri.
#1 Ciuman di pagi hari
Adalah sangat membahagiakan bagi seorang isteri apabila mendapat ciuman di pipi sejurus selepas membuka mata di pagi hari. Hanya senyuman yang mampu menceritakan betapa indahnya saat itu. Mulakan hari dengan kasih sayang!
Ini memang dah jadi rutin abam J. Macam mana lambat sekali pun dia bangun, mesti dia nak cari kepala aku dulu (oh nakal sangat kan tidur, tak tau kadang kadang kepala aku terselit kat mana..haha). Memang best! Terus je semangat aku nak bangun, hilang sudah segala mengantuk ituewww.
#2 SMS dan Call
Tatkala suaminya keluar bekerja, sudah menjadi lumrah bagi seorang wanita untuk dia merindui suaminya. Namun, dirinya terasa begitu bahagia apabila si suami sempat menghantar SMS 'i love you' atau 'i miss you' walaupun dalam kesibukan bekerja. Hanya dengan sebaris ayat, cukup untuk membuatkan si isteri tersenyum bahagia sepanjang hari.
Abam J part SMS tu jarang jarang la dia nak hantar, aku tak kisah sangat sebab aku tau dia memang pesen tak suka SMS SMS ni, tapi kalau call tu, almost everyday dia akan call waktu lunch break. Bukan ada benda penting sangat pun nak cakap, tapi dia tetap akan call. Dan itu semestinya buat aku rasa sangat bahagia! Heee!
#3 Peluk isteri sebagai tanda penghargaan
Bukan waktu tidur sahaja masa untuk si suami memeluk isteri. Si isteri akan terasa sangat bahagia apabila di peluk ketika beliau sedang membuat kerja rumah seperti memasak atau membasuh pinggan. Terasa hilang penatnya seketika. Sambil itu, ucapkan terima kasih kepadanya.
Abam J selalu jugak peluk aku waktu aku tengah basuh pinggan lepas makan. Berlari-lari dia datang dapur, pastu peluk dan cakap terima kasih sebab masakkan untuk dia. Memang terasa sangat best waktu tu. Hilang terus penat. Ececeh over! Kadang-kadang, kalau dia dah terbungkang kekenyangan, dia jerit je daripada depan tibi "sayammm..time kasih masakkan sedap sedap..ailebiuuu". Hihi. Macam tu pun takpelah. Baru lah terasa apa yang kita buat dihargai.
#4 Cium isteri ketika dia tidur
Walaupun nampak seperti terlalu remeh, tetapi percayalah, isteri akan terasa sangat bahagia jika dicium ketika dia tidur.
Setiap kali kena cium waktu tidur, mesti hati aku terasa berbunga bunga bahagia. Walaupun tidur aku terganggu tapi rasa bahagia tu mengatasi segalanya. Abam J selalu la betulkan kepala aku waktu aku tidur. Kadang kadang kepala aku dah terjatuh daripada bantal, pastu tengah tengah malam atau sebelum dia tidur, mesti dia akan letakkan kepala aku kat atas bantal semula. Takpun kalau aku tidur terselak sana sini, mesti dia akan tutup semula apa yang patut. Lepas dah betulkan semua tu, mesti dia akan cium pipi aku. Ohh..sangat bahagia tau rasanya!. Tapi aku suka feeling feeling comel macam baby, so aku buat buat la tak sedar kononnya. Haha.
#5 Solat jemaah
Last but not least, isteri akan terasa sangat bahagia apabila melakukan solat jemaah berimamkan suami sendiri. Jangan dikejar bahagia dunia sahaja, bahagia di akhirat itu yang hakiki.
Seriously, ini memang sangat sangat bahagia. Rasa bahagia yang sangat deep! Nak nak lepas solat tu kita salam dan cium tangan suami kita..perghh..i feel deep! Tak tau macam mana nak explain 'rasa' itu. Sila kahwin dan cuba sendiri. Hik hik!
Ok, itu sahaja yang terlintas di minda aku setakat ini. Semoga jejanz jejanz kat luar sana boleh la praktikkan serba sedikit tips di atas untuk menjadikan isteri anda insan yang paling bahagia melalui hari harinya sebagai seorang isteri. Sesungguhnya, wang BUKAN lah satu satunya cara untuk membahagiakan seorang wanita.
Tuesday, 25 October 2011
Friday, 21 October 2011
Pure Adalah HARAM
Dengan penuh rasa sebak di hati, dengan mata yang masih tersisa dek air jernih yang mengalir laju sebentar tadi, aku gagahi jua jari jemari untuk menaip dan berkongsi maklumat ini. Menangisnya aku bukan kerana hilangnya sesuatu yang digemari, tetapi kerana akur dengan kekhilafan diri sendiri.
Saudari Ayu telah mengemukakan satu soalan di entri ini,
Jika dilihat pada ingredients luarannya, tiada bahan yang meragukan. Tetapi hati aku tergerak untuk mengetahui secara terperinci apakah bahan mentah yang digunakan. Lalu, aku melayari website rasmi pengeluar Pure, iaitu Kanro. Pada mulanya, memang terasa hampa kerana website tersebut seratus peratus di tulis dalam bahasa Jepun. Namun, teknologi mengatasi segalanya. Berpegang pada pepatah melayu 'hendak seribu daya, taknak seribu dalih', aku tekad untuk mencari juga jawapan yang bermain di minda. Dan ini adalah fakta yang aku temui (sila refer anak panah).
(sila abaikan ayat lintang pukang pakcik google tersebut)
Lutut terasa longlai, mata terasa gelap dan tekak terasa kembang. Air mata mula bergenang bila mengenang kekhilafan diri. Dengan penuh rasa rendah diri, aku terus mengajukan beberapa soalan kepada seseorang yang arif mengenai agama.
Soalan pertama : Apa yang perlu dibuat untuk menebus kesilapan itu? Kalau bersentuh dengan kulit boleh la samak, tapi kalau dah jadi darah daging macam mana?
Soalan kedua : Macam mana pula dengan solat? Masih di terimakah?
Dan ini penjelasannya,
"Ini adalah soalan lazim bagi pelajar-pelajar yang berada di luar negara. Tidak perlu risau. Apa-apa yang di makan sebelum ini tanpa mengetahui isi kandungannya adalah dimaafkan syarak. Tetapi, anda perlulah bertaubat. Bertaubat yang di maksudkan di sini mudah sahaja.
Pertama, minta maaf kepada Allah.
Kedua, jangan makan lagi selepas ini.
Ketiga, anda perlulah lebih berhati-hati selepas ini. Pastikan betul-betul kandungannya terlebih dahulu.
Bab solat di terima atau tidak, tidak perlu dibimbangkan kerana Allah itu al-Ghaffar, Maha Pengampun"
Aku sekadar berkongsi maklumat untuk mereka mereka yang merantau di bumi sakura ini, dan juga untuk mereka mereka yang bakal mengunjungi Jepun, sila ingat, Pure adalah HARAM.
Terima kasih kepada cik Ayu yang mengajukan soalan tersebut. Dan dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi, aku nak minta maaf atas kekhilafan diri ini.
Tiada lagi Pure dalam hidupku. Apatah lagi dalam handbagku. Ohh..lepas ni kalu loya loya tekak nak makan apa eh? Satu je option yang paling selamat, bawak stock gummy halal (cop JAKIM semestinya) dari Malaysia. Yay!
Wednesday, 19 October 2011
Emosional Di Pagi Hari
Eh menyampah la! Pagi pagi tadi bukak tibi je ada muka KARA. Abam J pun mula la nak tersengih sengih gedik sambil berkata "comelnye comelnye!". Haishhh..terganggu emosi aku di pagi hari tau tak! Hahaha. Bini yang bertungkus lumus siapkan bekal dan pakaian dia segala bagai ni taknak pulak dia puji puji gitu. Sedih ai tau. Sobsobsss. Dah la, arini ai nak layan drama je dari pagi sampai malam. Tengok Aaron Aziz lagi beshhh. Nanti balik yu masak la sendiri. Tak pun suruh Hara yang comelnye comelnye tu masak kewwww......voley?
Cepat cepat aku suruh abam J pergi kerja tadi, padahal baru pukul 7.30. Hakhakk! Dedengki sangat kannnn?!
Eh tapi betul la kan. Wahai suami suami sekalian, sebelum nak puji puji fomfuan lain, ringan-ringan kan lah jugak mulut tu puji isteri sendiri walau pun isteri tu tak secomel atau secantik mana. Ebendo bangun pagi rambut bini macam pontianak pun, kesalahnya puji?
"alalalala comelnya dia rambut kembang kembangmacam pontianak"
Contohnya la. Puji sambil mengkritik (kalau tak ikhlas sangat nak puji kannn). Baru la isteri tu tersenyum sepanjang hari. Baru la semangat je dia nak buat kerja rumah. Fomfuan kan suka kena puji. Apa salahnya puji isteri, dia kan wanita yang mengorbankan dirinya untuk menyempurnakan hidup korang. Pompuan ntah sape sape yang takde jasa ngan korang tu boleh pulak pagi pagi buta lagi korang dah puji (ni macam sound suami sendiri je..haha).
Haaa..kan dah membebel di pagi hari. Emosional sangat kan? Hua hua!
Cepat cepat aku suruh abam J pergi kerja tadi, padahal baru pukul 7.30. Hakhakk! Dedengki sangat kannnn?!
Eh tapi betul la kan. Wahai suami suami sekalian, sebelum nak puji puji fomfuan lain, ringan-ringan kan lah jugak mulut tu puji isteri sendiri walau pun isteri tu tak secomel atau secantik mana. Ebendo bangun pagi rambut bini macam pontianak pun, kesalahnya puji?
"alalalala comelnya dia rambut kembang kembang
Contohnya la. Puji sambil mengkritik (kalau tak ikhlas sangat nak puji kannn). Baru la isteri tu tersenyum sepanjang hari. Baru la semangat je dia nak buat kerja rumah. Fomfuan kan suka kena puji. Apa salahnya puji isteri, dia kan wanita yang mengorbankan dirinya untuk menyempurnakan hidup korang. Pompuan ntah sape sape yang takde jasa ngan korang tu boleh pulak pagi pagi buta lagi korang dah puji (ni macam sound suami sendiri je..haha).
Haaa..kan dah membebel di pagi hari. Emosional sangat kan? Hua hua!
Monday, 17 October 2011
Ada Apa Dalam Handbag Wanita?
Ada apa dalam handbag wanita yang sering diusung ke hulu ke hilir tu? Jeng jeng jeng...
Rasanya isi kandungan dalam handbag antara seorang wanita dengan wanita yang lain tak banyak beza kot. Balik-balik menda tu jugaklah yang diorang usung sana sini.
Tapi, barang barang dalam handbag aku ada beza sebelum kahwin dan selepas kahwin. Wahh..gituew kan. Sebelum kahwin, barang dalam handbag macam sempoi sempoi je. Lepas kahwin ni macam complicated sikit la. Haha.
Dulu..barang barang dalam handbag sebelum kahwin :
#1 Wallet dan handphone
Ini memang wajib la diusung ke sana sini. Nak nak handphone tu. Wallet takde takpe janji handphone ada. Pakwe jauh kat Jepun kan, kena lah berkepit dengan handphone selalu. Mwahaha. Gitu kan penangan orang bercinta jarak jauh. Sawan dengan telefon.
#2 Lip Ice
Sebelum kahwin aku pakai Lip Ice je. Memang takde la lipstick lipstick ni. Kalau pergi kelas atau pergi jalan jalan cari pasal tu, cukup lah sekadar tepek bedak johnson yang tuang tuang tu je, pastu sapu lip ice. Pergh..tu pun dah rasa cun giler time tu. Sila muntah sekarang. Mwahaha.
#3 Sony MP4
Ini pun macam nyawa aku jugak dulu. Senang nak dengar lagu kat mana mana. Sambil tunggu member ke, dalam public transport ke, dalam lecture hall bila boring dah dengar lecturer tu mengajar ke..dengar lagu sambil feeling feeling ingat pakwe yang jauh di perantauan. Keh keh. Jadi, MP4 ni memang peneman setia aku di mana saja.
Itu saje barang wajib aku dalam handbag sebelum kahwin. Ok, jom tengok barang dalam handbag aku sekarang, lepas kahwin pulak.
#1 Wallet dan handphone
Ini memang barang wajib untuk semua orang la.
#2 Barang make-up
Ececeh..dah jadi isteri orang ni, penampilan diri pun kena la jaga. Tak boleh la nak tepek bedak johnson je lagi kat muka. Haha. So, barang barang make-up aku letak dalam beg pink bunga bunga tu. Beg pink tu la aku letak dalam handbag aku dan usung ke sana sini. Dalam beg pink tu pulak wajib ada compact powder, lipstick, lip gloss, eyeshadow, blusher dan mascara. Euwww...
#3 Perfume
Cermin haruslah cermin yang besar gabak macam ni baru puas nak tengok. Kalau cermin yang kecik cenonet tu memang tak puas langsung tengok sebab nampak lubang hidung je. Jadi, cermin lipat ni memang wajib ada dalam handbag kalau aku keluar. Senang nak touch up touch up. Gituewww. Fomfuan sangats kannn?!
#5 Pure
Pure pun kena sentiasa ada dalam handbag. Untuk neutralkan rasa loya loya kat tekak lepas makan. Pack dia kecik je dan ada penutup kedap udara. Jadi, sangat convenient untuk di simpan dalam handbag. Tak perlu risau takut tumpah, berbau and watsoeberrr.
#6 Pen
#7 Pad
Ok, itu je barang yang ada dalam handbag aku setakat ni. Nampak tak perbezaan isi kandungan handbag sebelum kahwin dan selepas kahwin? Lepas kahwin barang barang dalam handbag nampak macam lebih feminin dan lebih matang sikit kan. Pada aku, lepas kahwin la lagi penting kita nak jaga penampilan diri.
Kepada gadis-gadis, tak payah la susah susah nak make-up lima enam lapis. Korang nak make-up beria beria untuk siapa? Bukan ada suami pun nak tengok. Yang penting lepas kahwin nanti, make-up la cantik cantik untuk suami. Dapat pahala lagi. Ececehhh~
Rasanya isi kandungan dalam handbag antara seorang wanita dengan wanita yang lain tak banyak beza kot. Balik-balik menda tu jugaklah yang diorang usung sana sini.
Tapi, barang barang dalam handbag aku ada beza sebelum kahwin dan selepas kahwin. Wahh..gituew kan. Sebelum kahwin, barang dalam handbag macam sempoi sempoi je. Lepas kahwin ni macam complicated sikit la. Haha.
Dulu..barang barang dalam handbag sebelum kahwin :
#1 Wallet dan handphone
Ini memang wajib la diusung ke sana sini. Nak nak handphone tu. Wallet takde takpe janji handphone ada. Pakwe jauh kat Jepun kan, kena lah berkepit dengan handphone selalu. Mwahaha. Gitu kan penangan orang bercinta jarak jauh. Sawan dengan telefon.
#2 Lip Ice
Sebelum kahwin aku pakai Lip Ice je. Memang takde la lipstick lipstick ni. Kalau pergi kelas atau pergi jalan jalan cari pasal tu, cukup lah sekadar tepek bedak johnson yang tuang tuang tu je, pastu sapu lip ice. Pergh..tu pun dah rasa cun giler time tu. Sila muntah sekarang. Mwahaha.
#3 Sony MP4
Ini pun macam nyawa aku jugak dulu. Senang nak dengar lagu kat mana mana. Sambil tunggu member ke, dalam public transport ke, dalam lecture hall bila boring dah dengar lecturer tu mengajar ke..dengar lagu sambil feeling feeling ingat pakwe yang jauh di perantauan. Keh keh. Jadi, MP4 ni memang peneman setia aku di mana saja.
Itu saje barang wajib aku dalam handbag sebelum kahwin. Ok, jom tengok barang dalam handbag aku sekarang, lepas kahwin pulak.
#1 Wallet dan handphone
Ini memang barang wajib untuk semua orang la.
#2 Barang make-up
Ececeh..dah jadi isteri orang ni, penampilan diri pun kena la jaga. Tak boleh la nak tepek bedak johnson je lagi kat muka. Haha. So, barang barang make-up aku letak dalam beg pink bunga bunga tu. Beg pink tu la aku letak dalam handbag aku dan usung ke sana sini. Dalam beg pink tu pulak wajib ada compact powder, lipstick, lip gloss, eyeshadow, blusher dan mascara. Euwww...
#3 Perfume
Perfume pun kena ada jugak dalam handbag sekarang. Nanti senang nak sembur sembur kasi wangi. Takde lah bau kelat je.
#4 Cermin
Cermin haruslah cermin yang besar gabak macam ni baru puas nak tengok. Kalau cermin yang kecik cenonet tu memang tak puas langsung tengok sebab nampak lubang hidung je. Jadi, cermin lipat ni memang wajib ada dalam handbag kalau aku keluar. Senang nak touch up touch up. Gituewww. Fomfuan sangats kannn?!
#5 Pure
Pure pun kena sentiasa ada dalam handbag. Untuk neutralkan rasa loya loya kat tekak lepas makan. Pack dia kecik je dan ada penutup kedap udara. Jadi, sangat convenient untuk di simpan dalam handbag. Tak perlu risau takut tumpah, berbau and watsoeberrr.
#6 Pen
Pen juga perlu sentiasa ada dalam handbag. Pen melambangkan tahap profesionalism kita. Contohnya, kalau kita pergi interview, kemudian kena isi form tapi kita takde pen. Dengan tebal mukanya kita mintak pen. So, kat situ nampak macam kita tak profesional. Kesimpulannya, orang dewasa kena ada pen dalam handbag. Tak kira lah pen murah atau mahal, yang penting ada dan make sure ada dakwat. Ok, kalau dalam handbag korang masih takde pen, cepat pergi amek sebatang pen dan letak dalam handbag sekarang! Hehe.
Last but not least. Pad juga mesti ada dalam handbag seorang wanita. Sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau kita tak guna pun, maybe ada orang lain yang tiba-tiba nak guna. At least, boleh la kita tolong orang kan. I love Whisper! Eh..tetibe promote~
Kepada gadis-gadis, tak payah la susah susah nak make-up lima enam lapis. Korang nak make-up beria beria untuk siapa? Bukan ada suami pun nak tengok. Yang penting lepas kahwin nanti, make-up la cantik cantik untuk suami. Dapat pahala lagi. Ececehhh~
Friday, 14 October 2011
Musim Luruh Di Sekitar Kumagaya
Kelmarin, aku berkesempatan jalan-jalan di sekitar Kumagaya yang permai ini. Waktu tu abam J pergi kerja. Jadi, aku keluar sorang-sorang je dengan kebenaran siap-siap. Gitueww. Mithali sangat kan kalau part-part cenggitu. Plan asal nak pergi kedai pakaian dekat area rumah tu je, saja nak usha-usha baju tebal. Sekarang kan cuaca dah sejuk. Haruslah nak cari baju tebal-tebal sikit. Aku jalan kaki je, senang nak snap gambar sana sini. Hehe.
Perjalanan selama lima minit ke kedai itu berakhir dengan kekecewaan. Rupanya tu kedai jual pakaian orang-orang tua. Semua barang-barang orang tua je. Daripada underware sampai lah ke topi kasut dan segala bagai semuanya orang tua punya. Kecewa tau tak! Setapak demi setapak aku berundur. Kesemua baju-baju di situ ketawa sinis.
"Hey orang muda! Di sini bukan tempatmu. Pergilah ke Uniqlo sana sana sana sana (gema)!", kata si baju hitam beropol-ropol lebat yang tergantung di tepi pintu.
Aku malu, lalu terus beredar meninggalkan kedai itu. Cisss~
Dalam perjalanan pulang, aku terpaku sekejap melihat....
Cantik kan? Pokok-pokok berdaun merah di sepanjang jalan. Dalam gambar maybe tak secantik yang aku tengok real. Memang jakun sekejap. Yela..kat Malaysia takdekan pokok-pokok daun merah kat tepi-tepi jalan cenggini. Ohh cantiknya musim luruh. Tak puas hati snap lagi...
Waa..seronok tau main snap-snap gambar tetengah jalan. Dah la kereta takde. Time ni tengahari. Eventhough nampak macam panas tapi tak panas pun sebenarnya sebab angin sejuk sentiasa bertiup. Cuaca yang sangat best! Ok, sambung jalan lagi. Terjumpa pulak ini...
Ada taman! Daun-daun pokok kat taman tu pun dah kekuningan. Cantik. Jakun sangat kan aku ni! Haha. Tapi aku tak masuk pun dalam taman tu. Tak feeling la pergi taman sorang-sorang. Tunggu abam J la. Keh keh keh.
Amboi amboi dah jauh melencong ni. Kata kat suami tadi nak pergi kedai baju je. Ok, jom balik.
Dah sampai! Ini adalah pemandangan kat depan rumah aku. Damai kan? (sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus). Pujuk diri sendiri sebab tak dapat beli baju T_T

Thursday, 13 October 2011
Happy Birthday Mama & Abah
This video is dedicated to my mom and dad.
Words are not enough to express how much I appreciate you in my life. Happy birthday mama (13th Oct) and happy becoming birthday abah (17th Oct). Wishing you all the great things in life and thereafter.
I LOVE YOU SO MUCH T_T

Tuesday, 11 October 2011
Jalan-jalan Musim Luruh
Musim panas sudah pun melabuhkan tirainya, dan kini tibalah musim luruh pula untuk membuka tirai di bumi sakura ini. Jadi, pada hari Ahad yang lepas, kami berkesempatan untuk mengikuti Family Day yang disertai enam buah keluarga warganegara Malaysia yang menetap di sini. Destinasi kami adalah Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji.
Pada jam 12.00 tengah hari, kami berkumpul di Tasik Kawaguchi yang terletak di kaki Gunung Fuji. Angin dingin yang bertiup santai, diselang-seli dengan sinaran matahari yang sekejap muncul dan sekejap menghilang, membuatkan suasana di sekitar tasik begitu nyaman.

Dengan kehadiran musim luruh, daun-daun pokok di sekitar tasik mula kekuningan dan kemerahan. Sekilas angin dingin bertiup, kelihatan daun-daun itu mula berguguran. Mendamaikan bukan? Satu panorama ciptaan Allah yang sungguh indah. Subhanallah. Tanpa sedar, ayat itu terungkap di bibir mungilku. Hahahahaha..keji je nak mungil-mungil pulak, tiru ayat novel! Ok, jom tengok gambar.
Gaya terbaru abam J amek gambar, jelir lidah bajet comel ;p
Cantikkan pokok kat belakang tu? Daun dah kemerah-merahan.
Suasana tasik di kaki gunung yang mendamaikan.
Jelir lidah lagi. Haha!
Aktiviti riadah tak lengkap kalau takde makan-makan
Selepas makan dan aktiviti bergambar beramai-ramai (konon-kononnya nak hantar kat salam perantauan..haha), kami bergerak ke Gunung Fuji. Perjalanan ke Gunung Fuji dari Tasik Kawaguchi mengambil masa selama satu jam setengah (campur berhenti amek gambar, solat dan sebagainya).
Ini adalah gambar ketika dalam perjalanan ke Gunung Fuji. Kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok pine yang daunnya mula kekuningan. Memang sangat cantik. Terpegun aku.
Akhirnya, kami tiba ke destinasi yang di tuju...
Gunung Fuji yang diselaputi kabus tebal
Ok, sedikit fakta mengenai Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Gunung Fuji merupakan gunung berapi aktif yang kali terakhir meletetus adalah pada tahun 1707-1708.
Suhu dingin mencecah 4°C di kawasan tersebut membuatkan kami sentiasa berpelukan berkongsi haba. Eh yeke? Hahaha.
Para isteri dengan aksi tahan sejuk
Para suami dengan aksi bapak bodek anak rintik
Kedai-kedai untuk membeli omiyage
Sejuk kan? Haruslah peluk-peluk selalu. Ahaks!
Gambar pemandangan matahari terbenam di Gunung Fuji. Waktu ni baru pukul 5.20 petang.
Peringatan untuk mereka-mereka yang akan mengunjungi tempat ini, silalah bawa baju tebal, berstokin dan memakai kasut tutup. Bawa juga sarung tangan untuk lebih selesa. Suhu kat atas tu memang sejuk.
Selepas itu, kami bergerak turun untuk mengisi perut.
Itadakimasu~
Selepas menjamu selera, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing dengan gembiranya. Sekian sahaja catatan untuk jalan-jalan musim luruh kali ini. Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Di sini, mereka lah sahabat kami, dan mereka jugalah keluarga kami.
Kepada mereka yang ingin bercuti ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk bersantai dan melihat keindahan panorama di Tasik Kawaguchi dan Gunung Fuji pada musim luruh. Pasti terpegun! Ok, jumpa lagi ;)
Friday, 7 October 2011
Friday's Outing
Harini abam J cuti. Ada dua urusan yang perlu diselesaikan. Pertama, pergi ke tempat ini...
Ini adalah pejabat kerajaan yang terletak di Menuma, lima minit je dari rumah kitorang kalau naik kereta. Kalau naik basikal, dalam 10 minit pun dah boleh sampai. Itu pun kalau bawak dengan penuh konsentrasi la. Kalau bawak basikal sambil feeling-feeling ingat makwe, haruslah dekat 20 minit baru sampai. Nampak je bangunan buruk macam tu. Tapi sistem dia laju ok. Tak sampai sepuluh minit pun dah selesai urusan. Sistem kat Jepun memang cekap, memang tak buang masa kita langsung. Bukan kali ni je. Sebelum-sebelum ni pun, dah banyak kali aku teman abam J pergi berurusan dengan pejabat kerajaan sana sini, semuanya dalam 10-15 minit je dah selesai walaupun orang ramai. Tak perlulah nak tercongok menunggu sampai berlendir ketiak kan. Oleh itu, lima bintang penuh aku bagi. Clap clap clap! (tepuk tangan sorang-sorang)
Tujuan utama kitorang ke sana adalah untuk mengambil ini...

Taraaaa! Hehehehe. Ini adalah Alien Card. Lebih kurang macam kad pengenalan aku kat sini lah. Haruslah disimpan rapi di dalam wallet. Bye bye MyKad. Ehh..amboi amboi over tau! Haha.
Selesai urusan pertama, kitorang bergerak pula ke Driving License Centre yang terletak di Konosu untuk renew lesen memandu abam J. Untuk pengetahuan semua, kalau nak renew lesen kat Jepun ni, haruslah kita menadah telinga mendengar ceramah selama 2 jam. Ceramah pasal pemanduan berhemah. Patutlah orang Jepun memandu secara berhemah je. Setiap dua tahun sekali kena basuh rupanya. Kat Malaysia pun kena buat cenggini jugak kot. Mwahaha.
Dan selepas itu, kitorang pun bergerak ke Saezeriya untuk mengisi perut.
Sotong rebus
Grilled green mussels with vegetable salsa.
Ini adalah hidangan sampingan sahaja. Hidangan utama tak sempat nak snap sebab terus ngappp lapo sangat! Haha gelojoh sangatsss kannn!
Selepas mengalas perut (eh yeke mengalas je..tipu la macam banyak je makan. Haha!), kitorang pun bergerak pulang ke rumah dengan girang gembiranya sambil bernyanyi-nyanyi di dalam kereta. Betul lah pepatah melayu mengatakan 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. Keh keh keh.
Sambil main-main dalam kereta tu, sempatlah aku snap gambar ni. Cantik kan. Abam J kan tak romantik tau, aku baru je nak feeling-feeling tengok matahari terbenam, dia kat sebelah sibuk bising sakit perut nak yak nak yak nak yak! Hahahaha geramssss sangat kan?! Tadi riang gembira sangat menyanyi-nyanyi, pastu bising nak yak pulak..haish~
"menci tauuu yu ni..ai baru nak piling-piling romentik!" T_T
Weekend's Outing
I'm looking forward to this weekend's outing, and wish to get some pictures of the fall leaves. Hey everyone, have a good weekend and be careful not to catch a cold ^_^
Ngengade kan update blog macam update status fesbuk je! Haha.
Mata ne~
Ngengade kan update blog macam update status fesbuk je! Haha.
Mata ne~
Thursday, 6 October 2011
Kellogg's Frosties
Ini adalah Kellogg 's Frosties versi Jepun.
Beliau setia menemani sarapan pagiku setiap hari. Berdasarkan gambar kat belakang kotak tu (nak baca tak pandai, haruslah tengok gambar je), kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan madu ataupun jem strawberry.
No more nasi lemak and no more roti canai for my breakfast T_T. Let's consuming healthy stuff, towards becoming a healthier person. It's great! I love this lifestyle T_T (cuba pujuk diri sendiri untuk lupakan nasi lemak yang lazat dan roti canai garing dimakan dengan kuah kacang + kari yang umphhhhh! Aaaaaaaaaaaaaaa sedapnyeeeeeeeeeee!)
Ayuh mulakan hari anda denganKellogg 's Frosties! (cakap sambil nangis)
(pandangan hadapan)
(pandangan belakang)
Beliau setia menemani sarapan pagiku setiap hari. Berdasarkan gambar kat belakang kotak tu (nak baca tak pandai, haruslah tengok gambar je), kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan madu ataupun jem strawberry.
No more nasi lemak and no more roti canai for my breakfast T_T. Let's consuming healthy stuff, towards becoming a healthier person. It's great! I love this lifestyle T_T (cuba pujuk diri sendiri untuk lupakan nasi lemak yang lazat dan roti canai garing dimakan dengan kuah kacang + kari yang umphhhhh! Aaaaaaaaaaaaaaa sedapnyeeeeeeeeeee!)
Ayuh mulakan hari anda dengan
Subscribe to:
Posts (Atom)