Monday 27 August 2012

Aidilfitri Di Perantauan

Salam Syawal :)

Baru harini nak update cerita hari raya haritu. Minggu lepas sibuk. Sibuk layan live streaming TV3 tengok program raya :p LOL nasib baik TV3 buat live streaming tu seminggu je bak kata abam J, kalau tak mengadap TV3 je la bini dia :p Hahaha rindu kot nak tengok TV, berita, iklan yang cakap melayu.

1 Syawal yang lalu adalah raya pertama aku sambut di perantauan. Raya pertama tanpa keluarga di sisi. Tapi Alhamdulillah, aidilfitri di perantauan tidaklah sesuram yang di sangka. Sedih tetaplah sedih especially kalau dengar lagu raya dan takbir raya. Pada 1 Syawal yang lalu, aku dan abam J berkumpul di Omiya bersama kawan-kawan abam J yang lain yang tak berpeluang pulang ke Malaysia.

Pagi raya on the way nak pergi Omiya. Kitorang pasang radio Malaysia. Abam J semangat gila follow takbir raya sampai pejam pejam mata padahal tengah drive :p

Para suami mengerjakan solat sunat Aidilfitri diikuti bacaan khutbah oleh Ustaz Khairul :p

Para isteri pula sibuk di dapur. Sibuk bergambar :p

Kami mengadakan sambutan aidilfitri secara secara potluck di mana setiap keluarga dikehendaki membawa juadah raya masing-masing. Juadah raya yang aku dan abam J buat ialah...

 Menu pertama: Sate ayam dan sate daging.

Set lengkap sate beserta kuah kacang, hirisan timun dan hirisan bawang bersedia untuk di bawa ke Omiya.

Menu kedua: Nasi minyak, ayam masak merah, pajeri nenas dan acar timun.

Dan ini adalah juadah keseluruhan hari raya kami...

Ada lontong, nasi impit, kuah kacang, lemang nona instant, rendang ayam, rendang daging, roti jala, kari ayam, kuih cara manis, sate dan nasi minyak. Meriah uolsss! Walaupun di perantauan, menu tetap taknak kalah dengan orang kat Malaysia :p

Lepas solat sunat aidilfitri, kami mengadakan sesi bergambar untuk tatapan keluarga masing-masing di Malaysia...

Peace! LOL Aleesya comel gila pakai tudung senget benget :p

Ish ish tak duduk diam...

Aksi spontan abam J. Omaigod terkejut! Malu ai :p

Para isteri. Mommies duduk dan diapit oleh mommies to be :p

Para suami. Papa papa duduk dan diapit oleh fathers to be :p Eh eh mana Aleesya??

Kami, warga Saitama Jepun, ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. (sila baca dengan nada typical ucapan raya yang selalu keluar TV tu :p)

Selepas sesi bergambar, kami teruskan dengan aktiviti yang sangat sangat di nantikan...jeng jeng jeng...

 Yeahhh makan makan makan :p

Lepas makan...

Bergolek kekenyangan depan TV sambil layan Mail Lambung :p

Sambil layan si kenit dua orang ni LOL comel sangat Aleesya & Nurin pakai baju kurung.

Aktiviti seterusnya...

Lepak lepak dekat luar makan Baskin Robbins.

Takde tempat nak kunjung mengunjung, jadi mari kita lepak di Baskin Robbins sahaja :p

 Semangat gila Aleesya makan aiskrim...

Padahal tak luak luak pun :p

Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing masing. Begitulah aktiviti raya kami di perantauan. Sambutan tetap meriah walaupun tak semeriah di Malaysia. Di sini, mereka mereka inilah keluarga kami, walaupun tanpa hubungan darah :)

Sekian, jumpa lagi. Daaaa~

4 comments:

shamira said...

Dr hr tu ak nk komen,tp xkomen2...abg "trex" tu senior ak mse f1...xlupe dlu mse die berpolitik nk jd BWP ke klo xsilap..haha..
Dh jd daddy org dah haaaa

safwa_khairul said...

@Shamira
Laa yeke..keciknya dunia..dia 1 batch dtg jepun ngn si kerol..pastu dua2 x reti nak balik dah :p Rumah abam trek tu memang selalu la jd port kitorang lepak2..eh eh asal kite gediks nak panggil dia habanggg nih! Haha

Btw Shamira, selamat hari raya. Hampun maaf zahir batin ;)

shamito said...

Safwa..ko dh dpt bby ek?

Hendra said...

nice