Monday, 30 July 2012

Ramadhan Di Perantauan

Hi. Salam Ramadhan buat semua :)


Tahun ni merupakan Ramadhan pertama aku di perantauan. Dan Ramadhan pertama juga aku dapat berpuasa dengan suami sendiri. Tahun lepas, waktu bulan puasa aku balik Malaysia untuk uruskan COE. Sehari pun tak sempat nak berpuasa dengan abam J. Ramadhan tahun lepas, walaupun dah kahwin, tapi disebabkan aku puasa dekat Malaysia dengan family, aku masih lagi bersenang-senang harapkan mama untuk prepare sahur dan berbuka. Aku cuma lalu lalang je kat dapur sambil buat muka penat berpuasa kononnya. Tapi tahun ni, semuanya dah berubah. Aku kena berfungsi sebagai seorang isteri. Bangun awal prepare sahur dan masak sendiri untuk berbuka. Lebih lebih lagi dekat perantauan. Semuanya kena buat sendiri. No more bazar ramadhan. Nak minum air sedap, kena buat sendiri. Nak makan kuih, kena buat sendiri. Tak boleh la nak tunjuk tunjuk nak itu ini kat bazar ramadhan. Memang mencabar. Lagi lagi tengah pregnant trimester ketiga pulak tu. Sekarang ni kat Jepun musim panas. Siang lebih panjang daripada malam. So, kitorang kena puasa lebih kurang 16 jam dengan suhu kat Kumagaya ni around 37-38 degree celcius. Kumagaya antara kawasan terpanas dalam Jepun. Maka, bertabahlah! Ganbare ganbare!

Sepanjang 10 hari berpuasa ni, baru sehari aku dapat berbuka dengan abam J. Hari-hari lain aku buka puasa sorang sorang je sebab abam J kerja balik lambat tsk tsk T_T sila simpati sekarang. Dan yang satu hari tu la merupakan kali pertama kitorang buka puasa sama sama berdua sejak kenal. Mwahaha :p Waktu sebelum kahwin tak pernah pun buka puasa sama sama berdua. Bila dah kahwin, tahun pertama tak berkesempatan, tahun ni la baru berkesempatan. Itu pun baru sehari je. Sedih kan? Sila simpati sekali lagi :p First time puasa dengan abam J, dia ok je. Nak kejut bangun sahur pun senang. Sekali panggil je, terus menonong bangun pergi basuh muka LOL senang giler nak bangun. Aku rasa aku sebelum ni lagi liat nak bangun daripada dia. Mama kena kejut dua round baru aku bangun kot. Takpun mama ku kejut dua round, pastu abah aku kejut satu round baru aku terhegeh hegeh nak bangun :p Tapi itu dulu la kan. Sekarang ni bunyi alarm je terus aku bangun ececeh perubahan mendadak selepas bergelar isteri :p Mwahaha~

Kat Jepun ni, kalau dekat supa (supermarket) memang takde jual kordial macam dekat Malaysia. Yang ada cuma 100% juice untuk terus minum tu. Jadi, kena prepare air sendiri. Sepanjang bulan puasa ni, antara air yang aku buat untuk berbuka adalah air sirap, sirap bandung, coconut shake dan air soya. Ibu sirap tu aku buat sendiri. Air soya pun buat sendiri. Aku beli pati soya yang 100% tu, tambah air dan tambah gula, kemudian masak atas dapur. Itu kalau rajin. Kalau malas, aku minum 100% juice yang beli dekat supa tu je untuk berbuka :p


 Ni ibu sirap yang aku buat sendiri. Air sirap ni air favourite abam J. Asyik nak minum sirap je dia, macam budak-budak suka sangat dapat minum sirap :p

Kuih muih untuk berbuka pun kena buat sendiri jugak. Antara kuih yang aku buat...

Kuih ketayap atau kuih gulung. Ni antara kuih favourite aku. Tapi dekat Jepun ni takde kelapa parut, jadi terpaksa guna kelapa kering je.

Ni la rupa inti pakai kelapa kering. Takde la selembut kelapa parut kat Malaysia tu. Tapi boleh la nak makan buat hilang teringin tekak :p

Popia goreng. Sos popia tu pun aku buat sendiri je. Popia ni aku buat banyak banyak, then frozenkan. Nanti dekat nak berbuka tinggal goreng je. Senang kerja kan :p

Buah melaka. Ok, kuih ni baru plan nak buat harini :p

Itu je la kuih muih setakat 10 hari puasa di perantauan ni. Kalau larat ada la kuih untuk berbuka, kalau dah tak larat, tidak berkuih la nampaknya :p Serius rindu nak pergi bazar ramadhan. Macam-macam kuih ada kan. Nak minum air tebuuuuuu tsk tsk T_T

Ni menu berbuka semalam. Ikan bakar bersambal tapi sambal asing, air asam, sup sayur campur, kuih popia frozen, air sirap dan buah tembikai. Pastu, berbuka sorang sorang tsk tsk T_T. Eh tak sorang sorang la..berbuka dengan baby la (pujuk diri sendiri)

Ramadhan di perantauan memang tak meriah macam kat Malaysia. Kalau ikut hati, semestinya sedih sebab tak dapat berbuka dan bersahur dengan family. Tapi harus take it positive. Jadi perantau memang akan buat kita sangat berdikari since semua benda kena buat sendiri. Kalau kat Malaysia, mungkin aku takkan pandai pun nak buat kuih segala bagai tu sebab boleh beli je. Tapi sekarang dah belajar untuk buat sendiri macam-macam :p Jadi, tak perlu bersedih sebab ada kebaikannya juga. Ok, selamat berpuasa! Jumpa lagi :)

Thursday, 19 July 2012

Menu Ala Kampung

Hi. Saje nak share menu ala kampung semalam.

 Ayam masak lemak cili padi, kangkung goreng belacan dan telur masin. Yattaaa!

Seronoknya sekali sekala dapat makan menu macam ni kat Jepun. Kangkung kat sini jual ikut musim. Itu pun susah nak jumpa dekat supa (supermarket) kat Kumagaya ni. Kalau jumpa tu memang nasib dan harus buat sujud syukur lapan kali lah eceh eceh :p Tapi kangkung yang ni aku beli dekat kedai siam dekat Ota. Beli sekali dengan telur masin tu. First time pergi kedai siam tu minggu lepas dengan Kak Ita. Sebelum ni tak pernah tau pun kewujudan kedai siam tu. Kedai tu sangat heaven sebab macam-macam ada. Dan macam-macam jugaklah yang aku borong :p

 Kuih buah melaka versi perantau pertama kali buat :p

Kuih ni pun aku buat semalam. Sesaje nak ngetest buat sebelum masuk bulan puasa. Buat pakai kurozato (gula merah Jepun). Tapi kurozato ni keras sikit berbanding gula merah kat Malaysia. Maka, tak mencair sangat. Lepas ni kalau nak buat waktu bulan puasa nanti, kena biarkan lama sikit atas dapur.

Ok, itu je. Daaaa~

Tuesday, 17 July 2012

Suamiku Mencurang!

Tsk tsk T_T

Abam J mencurang! Dia jalan-jalan pegang tangan dengan perempuan lain! Sampai hati yu...tsk tsk T_T



























































































































































































Haaaaa..tu dia buktinya. Tetttttttttt :p

Abam J jalan-jalan dengan Aleesya-chan si kawaii.

Comelnya Aleesya! Nak berkepit je dengan abam J.

Haaa...Aleesya tengok apa tu? Sore wa nan desu ka?

Elelele..sukenyeeee dia!

Dua orang father-to-be tengah layan Aleesya.

"Nak pergi tane puyak..jom uncle" :p

Pastu main lari-lari pulak.

Bila dah penat lari, Aleesya nak dukung pulak dengan abam J.

Elelele...Aleesya muka seronok je Uncle Jawe dukung ye :p

Aleesya dah kepenatan, tapi tetap nak abam J dukung.

Akhirnya, Aleesya pun tertidur kepenatan. Olololo...manjanyeee Aleesya dengan abam J. Taknak berenggang pun. Sampai la tertidur-tidur.

Ni aktiviti kitorang pada hari ahad lepas dengan kawan-kawan satu batch abam J dulu. BBQ & Potluck Party dekat Toda Green Park, Saitama. Tengok tu, Aleesya dah bangun tidur pun masih lagi nak berkepit dengan abam J :p

Nihonjin pun ramai berpicnic menikmati musim panas. Dalam gambar ni ada abam J tengah dukung Aleesya, cepat cari sekarang! Nampak tak nampak tak? :p

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil makan-makan walaupun panas terik. Ototoi wa hontouni atsui deshita.

Ok, sekian saja kisah suamiku mencurang dengan Aleesya. Mwahahaha! Hampunnnn ye mohon jangan lahar dahku berjemaah :p

Thursday, 12 July 2012

Tenteki.

Gomen ne tak update blog sejak akhir-akhir ni. Watashi wa sukoshi isogashii deshita. Hontouni gomennasai (cakap sambil tunduk-tunduk). Eh malas nak translate. Takpe kan? ;p

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, aku agak sibuk ulang alik ke hospital selang sehari untuk buat tenteki. Tenteki tu macam drip untuk masukkan ubat. Berdasarkan result check up pada week 26 yang lepas, bacaan hemoglobin aku drop mendadak di bawah paras normal. Patutlah sebelum tu aku selalu je rasa nak pitam kalau berdiri lama. Kalau dekat Malaysia, ibu hamil dibekalkan dengan pil zat besi sepanjang kehamilan. Makin rendah bacaan hemoglobin, makin banyak dos yang kita kena ambil. Tapi kat Jepun ni lain sikit caranya. Kami para ibu hamil tidak digalakkan untuk consume sebarang ubat/drug dalam bentuk pil sepanjang kehamilan. Jadi, kalau ada apa-apa bacaan yang tak mencapai paras normal, maka haruslah kau ulang alik ke hospital untuk proses baik pulih dengan kadar segera. Macam aku, kena buat tenteki sebanyak enam kali untuk naikkan balik bacaan hemoglobin ke paras normal. Tenteki ni kena buat selang sehari.

Jadi, sepanjang minggu lepas dan minggu ni, ulang alik ke hospital je la kerja aku. Abam J yang hantarkan. Kesian dia. Tsk tsk. Terpaksa mintak break dari pukul 4-5 pm (potong gaji plak tu..ciss!) untuk hantar aku ke hospital. Nanti pukul 4 dia keluar, lari-lari masuk rumah tukar baju dengan muka comot ada minyak hitam bagai, tangan pun hitam je sebab kerja dengan machine sekarang, pastu lari-lari masuk kereta pulak sebab nak kejar masa, harus sampai hospital sebelum pukul 5 untuk buat tenteki tu. Buat tenteki biasanya dalam setengah jam je. Lepas tu nanti dia hantar aku balik rumah, dan dia masuk kerja semula untuk siapkan kerja kerja dia. Malam baru balik. Tsk tsk kesian T_T. Gomen ne. Sepanjang minggu lepas dan minggu ni pun dia balik tengah hari walaupun lunch break dia cuma 40 minit. Dia balik sebab risau takut takut aku pengsan sengsorang kat rumah. Doktor cakap, bila hemoglobin rendah, aku ada possibility untuk pengsan. Tu yang dia risau sangat tu. Harus dia buat spot check setiap kali lunch break. Padahal aku sihat walafiat je kat rumah. Mwahaha :p Tapi aku yang penat tengok dia. Waktu lunch nak kena rushing, nanti pukul 4 pun nak kena rushing lagi (-_-")

Inilah rupa tangan kanan dan tangan kiri aku sekarang. Dah lebam lebam sebab asyik kena cucuk.Tsk tsk T_T

Tapi sekarang bila dah buat tenteki ni, aku dah rasa cergas semula! Dah takde rasa nak pitam kalau berdiri lama atau buat kerja kerja rumah. InsyaAllah bacaan hemoglobin dah kembali normal. Yokatta ne! :)

Sejak dah kembali bertenaga ni, boleh lah aku berdiri lama bersilat kat dapur masak meriah meriah. Mwahaha :p

Ni aku masak nasi ayam hari selasa haritu.

Semalam aku masak nasi tomato pulak, makan dengan ayam masak merah madu & acar :p

Harapnya lepas ni dah takde problem apa-apa. Tak lama lagi dah nak puasa. Kalau boleh aku nak puasa penuh. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.

Jumpa lagi. Daaa~

 

Tuesday, 3 July 2012

Ganbatte.



:(

Ganbatte ne safuwa-san!

Douzo odaijini~

Monday, 2 July 2012

My First Lepat Pisang

Masih ingat dengan gambar ini?


Setelah dua minggu, inilah hasil kejadiannya...

My first lepat pisang! :p Buat petang ahad semalam untuk minum petang.

Kak Ita siap buat spot check lagi tanya apa sudah jadi dengan daun pisang dia..hahaha. Akhirnya berguna jugak daripada terbuang layu begitu sahaja.

 Isi lepat pisang pisang siap letak kelapa. Sedapppp! :p

Kira jadi lah untuk first time buat sebab tak keras. Bungkus pun ok nasib baik tak terkeluar isi, mungkin sebab sebelum ni pernah tengok cara mama aku bungkus lepat pisang. Tapi, masih terkial kial jugak nak membungkusnya :p

Next, nak makan apa pulak ekkkkk?? Hurmmmmm....macam macam waiting list ni! :p