Monday 9 April 2012

My First Haru

Ohayou minna-san! :)

Sekarang dah masuk musim bunga (haru) kat Jepun. This is my first haru! Tahun lepas tak sempat nak tengok sakura. Waktu aku mula mula sampai Jepun tahun lepas dah pun penghujung musim bunga, sakura dah takde.

Semalam, kitorang plan nak hanami (tengok bunga) dekat Minami Kouen bersama beberapa Malaysians yang lain tapi pesen laki bini bangun lambat membuta tak sedar diri, pukul 12.00 pm baru terhegeh hegeh nak gerak, sesampai je dekat Minami Kouen, umat manusia dah macam semut!

Ni aku snap dari dalam kereta je. Dari luar kouen (taman) pun nihonjin (orang jepun) dah berpusu pusu, kat dalam tu tersangat lah ramai nihonjin berhanami sambil picnic di bawah pokok sakura. Empat round kitorang cari parking dan stuck kat tempat parking, sampai lah pak guard tutup semua parking area sebab dah full. Kat sini bukan boleh parking sebarangan, jalan kat Jepun sempit je, kalau parking tepi jalan sesuka hati memang akan mengundang masalah. Jadi, kalau pak guard dah tutup semua parking area, itu maksudnya SILA KAU BEREDAR DARI SINI! Hahaha padan muka kitorang :p Nihonjin macam la tak pernah tengok sakura, padahal tiap tiap tahun kot korang tengok. Tapi diorang punya ramai lepak lepak bawah pokok sakura tu punya lah sesak macam semut. Macam pokok sakura tu berbunga 10 tahun sekali kekdahnya. Abam J cakap biasa la tu, waktu winter kan semua hibernate dalam rumah je, sekarang bila dah ada matahari macam tu la jadinya.

Akhirnya, kitorang hanami berdua je dekat Sakura Kouen dekat Kumagaya. Kouen yang dekat area rumah tu je.

Cantik sangat! Tenang dan nyaman.


Dating berdua bawah pokok sakura...

 
 sambil makan takoyaki ;)


sambil menikmati keindahan sakura di tiup angin. Ececeh romantik tak romantik tak? Haha!


Amek gambar kejap.


Pokok sakura yang merimbun.


Bunga sakura.


Jepun memang layak dipanggil bumi sakura. Pokok sakura memang menyepah di mana mana. Sekarang ni yang paling best, bila pagi pagi bukak tingkap, terus nampak ni....


Yeahhh..pokok depan rumah yang sentiasa berubah mengikut musim. Tapi belum lebat lagi, masih ada putik putik lagi, nanti kalau dah lebat aku tepek gambarnya kat sini ok ;)


Jumpa lagi, daaaaaa~

6 comments:

rdani said...

thanks for all the wonderful sakura trees pictures~!
Really enjoy it!

safwa_khairul said...

@rdani
Ur welcome dear..will upload more haru pictures for you :)

Asmara said...

kan! japanese ni mmg mcm tu, tp bagus la diorang ni mmg menghargai kecantikan alam. hehe.. matsuri je mesti penuh sesak, tu yg tak best bila nk cari parking. huhu..

safwa_khairul said...

@Asmara
Itu la kak..since sy first time pergi hanami haritu, terkejut sgt tgk nihonjin ramai2 mkn bwh pokok sakura..nak jalan pun dah xde ruang

doublena_2901 said...

Waaaaaaaaa.... napa akak tgk adik akak tu mcm dh berisi... pandai Wa jaga dia.. ehehehehe klu tak kurus kering je.. ke wa yg bagi isi kat dia sbb wa plak yg takde isi ahahaha... wa mkn byk skit tau.. biar bb gebussssss mcm anak nihonjin...

safwa_khairul said...

@doublena_2901
Ahahahaa..dia berisi ckit je kak nana..dia mkn byk tp pastu mesti nak membuang :p kak nana, kite xnk la baby gebus2 sgt..nnt x lepas nk kuar..mwahahaa~