Friday, 20 April 2012

Catatan Kehamilan: Cerita Trimester Pertama

Alhamdulillah. Aku dah berjaya melepasi trimester pertama dengan tabahnya. Sekarang aku dah makin stabil, selera makan pun dah kembali seperti biasa, dah boleh masak seperti biasa tanpa rasa mual dengan bau masakan dan yang paling penting, no more muntah muntah :) oh yeah, sila tepuk tangan sekarang! :p

Bukan senang nak menghadapi kehamilan pertama especially trimester pertama di perantauan tanpa keluarga di sisi, tanpa sebarang pengalaman juga tanpa pengetahuan. Trimester pertama kehamilan adalah tempoh yang agak kritikal. Waktu tu kita nak kena adapt dengan perubahan hormon dalam diri. Waktu ni jugaklah kita akan pening, mual, muntah, hilang selera makan dan alahan pada sesuatu. At the same time, kena sentiasa berjaga-jaga supaya kandungan selamat.

Yang paling mencabar, aku melalui trimester pertama pada waktu WINTER. Ya, since aku baru datang Jepun tahun lepas, itu adalah kali pertama aku menghadapi winter. Menghadapi winter untuk kali PERTAMA, sambil melalui trimester PERTAMA untuk kehamilan PERTAMA kali dalam hidup. And it was not so nice T_T. Ya ampunnnn..hanya tuhan je yang tahu macam mana sengsaranya diri sendiri waktu tu. Yang paling aku ingat, ada satu hari tu sejuk sangat. Aku baru lepas muntah, memang takde tenaga langsung. Tangan dan kaki dah rasa ketar ketar sebab kurang tenaga. Tiba tiba ada jishin (gempa bumi) pulak, terus rasa pening dan mual kembali. Lepas tu, perut pulak terasa lapar sebab baru lepas muntah kan, so perut kosong, aku pun menggagahkan diri untuk bangun meredah sejuk mencari sesuap makanan tapi kaki ketar ketar tak boleh berdiri, terpaksa MERANGKAK OK nak ambik roti dengan jem! Nak masak memang tak larat la. Sedih sangat T_T

Tapi itu semua pengalaman berharga. Bukan semua orang akan lalui situasi macam tu. Dan pengalaman pengalaman macam tu la yang buat aku semakin hari semakin kuat. Ececeh! Walaupun dah berbaldi air mata tumpah waktu menghadapi trimester pertama, tapi Alhamdulillah semuanya selamat :)

Ok now jom tengok gambar pulak, hasil check up sepanjang trimester pertama.


Pocket file yang sangat comel given by Samejima Bonding Clinic, tempat aku check up every month. Yang ni diorang kasi waktu second check up iaitu pada week 9 of pregnancy. Boleh simpan everything yang berkaitan dengan check up dalam pocket file ni.

 
Itu adalah gambar scan baby. Yang bawah waktu week 8, dan yang atas waktu week 9. Waktu week 8 tu masih bentuk kacang lagi, tapi waktu week 9 tu dah nampak tunas sikit untuk kaki dan tangan.


Yang ni waktu last check up, week 13. Dah sempurna membentuk manusia. Tengok yang gambar atas tu, baby macam bersantai sambil silang kaki. Ewah ewah diaaaa! Even waktu awal awal dulu aku asyik muntah je, makan pun sikit sikit je tapi baby tetap membesar dengan sihat. Alhamdulillah, kuasa Allah.


Ini pulak pendrive dari pihak hospital. Pendrive ni untuk simpan semua video scan baby sepanjang pregnancy. Best kan? So, setiap kali check up, dia akan rekod video scan tu dan save dalam pendrive ni. Terharu sangat bila dapat tengok video baby bergerak gerak dalam perut kita =') dan rasa happy bila tengok baby bergerak dengan aktif kat dalam tu. Kaki tangan tak duduk diam aip aippp~

Hasil daripada video scan waktu check up week 13, almost 90% aku dan abam J dah dapat tau jantina baby :))


  Boleh simpan pendrive kat dalam ni jugak, supaya tak tercicir untuk next check up.


Yang buku kuning tu dipanggil boschi techo kat sini. Boschi techo tu macam buku rekod kesihatan ibu dan baby sepanjang pregnancy. Kalau kat Malaysia orang panggil 'buku merah'. Paling penting untuk dibawa setiap kali pergi check up. Maka haruslah diselit kat bahagian depan sekali. Yang kurang penting selit je kat bahagian belakang tu. LOL seronoknya banyak tempat nak selit selit barang :p


Put everything inside here...


dan boleh lah pergi check up dengan gembira tanpa perlu tercicir itu ini. Saiznya pun sangat convenient untuk letak dalam handbag.


Ok, sekian sahaja cerita untuk trimester pertama. Semoga trimester kedua dapat dilalui dengan girang gembira. Lalalala~


"Dear our little sweetheart,
mama & daddy welcome you with all of our hearts. So, keep growing happily inside there. We love you much :)"

5 comments:

Nadia Zaidan said...

wah cantik nyer bekas tu..
bertuah btul baby tu..lahir kt negara moden..hehe..

aku doakan smoga ko dan baby sihat dan baby selamat lahir kt dunia nie..

xsbar nk tgok baby ko..

eh nnt aku nk tgok eh baby gerak2 dlm perut ko tu..hehehe..

safwa_khairul said...

@Daira Nadia
Thanx for the doa mummy nadia :) Alhamdulillah sbb dpt chance utk lalui pregnancy dekat negara maju ni..thanx God! Kalau nk tgk video tu kena tunggu aku balik la..sbb aku xkn upload or publish kat mane2..well, it's something special la kan :p

rdani said...

congratulations for staying strong along the first trimester!

As we can expect from a soon-to-be-mother.
(^_^)

Keep staying strong and take care of yourself and your baby!

safwa_khairul said...

@rdani
Hontouni arigatou dear! U too take care of yourself :)

Nadia Zaidan said...

memang aku nk tggu ko blik pun.. sbb nk tgok jugak mcm mane baby tu bergerak dlm perut..hehehe..
mummy nadia xsbar nk tgok kamu nnt.. duduk dlm perut mama elok2 taw.. hehehe...