Esok paginya hari Ahad, kitorang bergerak dari Yokohama Sheraton Bay Hotel terus menuju ke destinasi pertama iaitu Ueno.
Muka masing masing segar je sebab dapat tidur hotel lima bintang dengan lena sambil dua dua tidur macam buat pertandingan siapa dengkur paling kuat. Bila yang sorang berdengkur kuat, yang sorang lagi pun cepat cepat lawan up kan lagi pitching dia. Amboi taknak kalah. Aku yang sengsara T_T
Lepas dah habis pusing segala celah lorong yang ada, kitorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu, Akihabara.
Ini adalah Akihabara. Akihabara bermaksud 'Field of Autumn Leaves'. Tengok tu, daun daun pokok menguning di sepanjang jalan. Cantik kan? Ok, kalau nak tengok view cantik macam ni sila datang ke Akihabara pada musim luruh tau! Teehee :) Akihabara juga dikenali sebagai 'Electric Town'. Yup, kat sini la pusat menjual barang barang elektrik, games, cd games, phone dan yang sewaktu dengannya.
Teruja kejap jumpa robot robot comel ni. Macam je robot tapi sebenarnya orang kat dalam tu. Tapi tetap nak jakun.
Thor Sten pun jakun sekali. Thor Sten adalah rakan sekerja abang aku yang berasal dari Jerman. He's a very nice guy and still single. Mengapakah engineer engineer Siemens ini masih single? WHY? WHY??! Girls, come on. *tiba tiba*
Eh, abang terus nampak kurang buntal kalau pose mengiring macam tu. Kalau bagitahu dia fakta ini mesti setiap gambar lepas ni dia nak pose mengiring macam tu.
Terus jadi manusia manusia renek bila berdiri sebelah Thor Sten T_T
Perempuan ini mengalahkan pelancong bila semua tempat dia pun sibuk nak ambil gambar. Sudah la kau! Dah la kau recycle baju yang kau dah pakai malam sebelumnya. Lepas tu kau nak posing sana sini dengan muka takde perasaan konon kononnya orang tak perasan la.
Ok, fine. Lepas tu kitorang bergerak ke Asakusa.
Kalau datang Asakusa, mesti wajib nak ambil gambar dekat entrance ni. Ini adalah kali kedua aku menjejak kan kaki ke tempat ni. Asakusa ni merupakan tempat tumpuan pelancong untuk membeli omiyage (cenderamata) dari Jepun. Kalau nak cari fridge magnet ke, keychain ke, t-shirt I Love Japan ke atau macam macam lagi omiyage, sila lah ke Asakusa ok.
Suka background gambar ni!
Sesudah si buntal dan si jerman membeli omiyage di sini, kitorang bergerak ke destinasi terakhir iaitu Tokyo Metropolitan Government Building yang terletak di Shinjuku.
Tempat ni macam KL Tower la, kau naik tingkat atas sekali lepastu kau tengok view satu KL. Waktu kitorang sampai tempat ni, hari dah nak malam padahal baru pukul 4.10 pm macam tu la. Tapi nice la pemandangan dia, siang tak siang, malam tak malam. Macam tengok matahari terbenam gitu.
Ini adalah view bandar Tokyo. Congested gila kan macam kau tak nampak apa apa selain bangunan bangunan dan bangunan.
Abang gigih zoom in pemandangan Gunung Fuji menjelang senja. Cantik sangat!
Selepas itu, kami pun pulang ke tempat masing masing dengan perasaan gembira. Saya berharap dapat mengunjungi lagi tempat ini pada masa akan datang ok stop safwa tak perlu nak buat ending macam karangan budak darjah enam yang bertajuk 'Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara'.
Ok, terima kasih kepada abang yang sudi datang melawat kitorang yang jauh ini ececeh padahal abang datang atas urusan kerja lepastu kau nak feeling feeling dia datang sebab rindu kat kau kononnya. Tapi serious happy bila ada darah daging datang melawat. Kecil tapak tangan, Tokyo kami tadahkan. Jadi, sila lah datang lagi wahai darah dagingku! :)
3 comments:
best kan bila family dtg..takde plastic shopping punn..takkan g tokyo tak shopping.. ke siap2 simpan dah hehe
wah...bestnye dapat jalan2..
suka baca entry u pasal tempat2 menarik di jepun. tak dapat pergi, baca entry u sudah...
@Syaima
Barang2 shopping mmg sengaja xnak enteprem dlm gambar sbb ada brg hadiah utk family kat Msia. So, konon konon mcm x surprise la kalau diorg dah nampak paper bag tu. hihi
@Diari Kita
Hehe..thanx..insyaAllah lepas ni akan update lg pengalaman pengalaman kat sini
Post a Comment