Wednesday 1 February 2012

Review: Kaseifu No Mita

Drama 'Kaseifu No Mita' yang bermaksud Housekeeper of Mita ini merupakan drama yang menjadi fenomena ketika ditayangkan pada musim luruh yang lalu. Dibintangi oleh Nanako Matsushima (Mita-san), Hiroki Hasegawa (si ayah kepada empat orang anak), Shiori Kutsuna (eldest daughter), Taishi Nakagawa (eldest brother), Shuto Ayabe (youngest son) dan Miyu Honda (youngest daughter). Drama ini mengisahkan tentang seorang pembantu rumah yang sangat aneh dan misteri, Mita-san yang diupah untuk menjaga rumah selepas 49 hari kematian si ibu kepada empat orang anak tadi. Keempat-empat mereka berusaha untuk mengetahui siapakah Mita-san yang sebenar, dengan mengekori pembantu rumah mereka itu, namun jawapan yang ditemui membuatkan mereka merasa lebih curiga terhadap Mita-san.
   
Ini adalah satu drama keluarga yang menarik, yang akan membuat anda teruja untuk menonton episod-episod seterusnya bagi merungkai segala teka-teki yang berada di minda. Ececeh. Ok, sila tonton sendiri kalau nak tahu siapakah Mita-san si pembantu rumah yang misteri itu. Jeng jeng jeng.

Klik link di bawah untuk menonton secara online,

Kaseifu No Mita episod 1 - 11


Dan dan dan, lagu tema untuk drama ini juga sangat best ok! Aku obses dengar ulang ulang sampai lapan kali. Malu dengan jiran sebelah (-_-")

Klik link di bawah untuk free download lagu tema Kaseifu No Mita,

Yasashiku Naritai by Kazuyoshi Saito

Kazuyoshi Saito sangat cool waktu nyanyi lagu ni secara live dengan rambut kerintingnya berjuntai juntai dan dia menyanyi sambil pegang gitar omaigod he looks damn cool seriously terpikat seketika sudah la lagu best dan ok safwa please stop!

Err..ok, happy watching and enjoy the song :)


p/s: Azzim, tolong download lagu tu dan save dalam mp3 mama supaya mama boleh dengar dalam kereta sambil goyang goyang kaki waktu tunggu kau balik sekolah. Tukar la lagu, asyik dengar lagu korea yang rentak macam lagu hindustan tu je :p


3 comments:

Ajim said...

hehehehe..tgh donload la nie....mama da x ambik ajim da..ajim balek jalan kaki..

safwa_khairul said...

@Ajim
Kau balik jalan kaki tu jangan melencong tempat lain plak

Ajim said...

hehehe...kakak xleh donload la lgu tu..