Friday 24 February 2012

Perubahan Diri Sendiri

Konnichiwa minna-san. Gomennasai. Watashi wa daijoubu janai yo. Tsk tsk T_T

Tak sedap badan, tak bermaya, mual-mual. Tak boleh makan nasi, tak boleh bau masakan mesti nak muntah. Dah la cuaca pun sejuk lagi sekarang. Pastu selalu pulak ada jishin (gempa bumi) sejak akhir akhir ni. Kau bayangkan kau dah la mual mual pening, pastu tetiba rumah bergoyang goyang macam naik feri. Ya Allah Ya Allah sengsara sangat kan! Dah la rumah ni jenis over, jishin tak kuat mana pun tapi bergoyang nak lebih lebih. Ya Allah menyabar je la tsk tsk T_T

Aku juga tengah adapt dengan beberapa perubahan pada diri sendiri.

1. Hilang selera makan. Aku rindu dengan diri aku yang kuat makan dulu. Yang boleh habiskan nasi lemak 2pot sorang sorang. Yang boleh habiskan sebungkus nasi ayam dara sorang sorang sedangkan mama dan abah pun makan share sebungkus tu sebab banyak. Yang boleh habiskan nasi tinggi menggunung dalam pinggan. Tapi sekarang aku dah langsung tak boleh makan nasi. Bau bau masakan tu semua buat aku rasa mual loya menyampah. Kalau paksa makan mesti muntah tsk tsk sedih T_T

Tapi makan spaghetti burger kebab semua tu boleh je. SELAIN NASI boleh je melahap seperti biasa. Aip aipp biasa dia mengada ngada!
 
2. Mulut rasa tak sedap lepas gosok gigi. Sebelum ni ok je pakai ubat gigi yang sama. Tapi sekarang kalau lepas gosok gigi mesti mulut rasa terlebih pahit. Macam kelat semacam je. Pastu mula lah mengundang rasa mual. Ya Allah kang kalau tak gosok gigi hazab pulak bau mulut. Nak tak nak menyabar je la tsk tsk T_T

3. Cepat letih. Sekarang ni kalau lepas kemas rumah + setelkan laundry, dah rasa letih. Mesti nak rest kejap lepas tu terlelap. Eh eh mudah je terlelap macam la penat sangat kemas rumah padahal setakat kutip kutip barang + baju abam J yang menyepah atas lantai je. Abam J dia memang macam tu. Dia memang TAK TAHU APA FUNGSI HANGER.

Cakap pasal abam J, dia sekarang pun dah banyak berubah. Kalau dulu dia balik kerja memang makan baring je la yang dia akan buat. Tapi sekarang, balik kerja je terus dia bersilat kat dapur siapkan makan malam, sambil masak sambil lari lari amik wudhuk solat maghrib pastu lari lari pergi dapur semula. Haha comel. Kalau hari minggu pun seronok sebab dia akan buatkan semua benda. Bangun pagi je dia dah siapkan susu nestum bagai untuk aku. Haha best weh jadi tuan puteri! Thank you sayam! Tapi part menyepah barang tu je la perangai dia yang memang tak boleh diubah. Sigh.

Yang terakhir...

4. Malas mandi. Tettttttttt. LOL. Ini bukan perubahan baru pada diri sendiri, ini memang sifat sejak azali! Hahaha. Sejuk weh. SEJUK!

3 comments:

Zayla Abdullah said...

Dah lama tunggu u update...
Jaga diri k..semoga selamat semuanya..
Entry u tak penah tak buat I sengih sorg2 bila baca..
Bersahaja & mencuit hati..

シャイマ said...

haha. sama la husband kita, penat dah membebel sebab taktau nak sangkut baju. but getting better la now after 1 yr ++. take care!

safwa_khairul said...

@Diari Kita
Sorry I tak sihat sgt lately. Thank you for reading. And thank you for your concern. You pun take care ok ;)

@Syaima
OMG husband you pun sama ke! Haha. Dah tak tau nak didik dia macam mana part tu. Thanx, you too take care of yourself :)