Tuesday, 21 October 2014

Autumn 2013: Shinrin Koen

Ok, kita sambung cerita untuk autumn 2013. Pada pertengahan November 2013, kitorang pergi beriadah ke Shinrin Koen. Actually datang sini bukan nak tengok koyo sangat, tapi nak bawak Emil beriadah je. Shinrin Koen ni terletak di dalam Saitama Prefecture, dalam 20 minit je dari rumah kitorang.


Shinrin Koen ni sangat luas. Boleh sewa basikal untuk pusing-pusing seluruh koen.


Daun momiji (maple leaves) pun dah bertukar warna merah time ni.


Pokok-pokok lain pun dah bertukar warna kuning. Ada pokok yang dah start meluruhkan daun-daunnya.


Bola-bola merah yang besar tu boleh pinjam kalau nak main. Tapi kitorang tak ambik pun, sebab bola tu lagi besar daripada Emil lol :p


Happy sangat Emil dapat berlari dekat padang yang luas ni. Waktu ni Emil berumur satu tahun satu bulan. Memang tengah seronok dapat kaki.


Jenuh jugak daddy nak kejar dia.


Besar kan pokok ni? Nampak kecik je orang tu.


Kebetulan pulak terjumpa kawan-kawan kitorang kat sini. Well, what a small Saitama lol :p


Sebelum balik posing kejap :p

Waktu bulan November biasanya ada night koyo illumination dekat koen ni. Tapi bukan dekat padang ni. Kena menapak sikit nak pergi ke area night koyo illumination tu. Banyak lampu yang dipasang pada pokok-pokok yang dah bertukar warna. Event night koyo ni start pada pukul 4.30 petang, sebab dah gelap kan time tu.

Tapi time tu kitorang tak pergi tengok pun night koyo ni, sebab cuaca waktu malam sangat sejuk. Malas nak buat outdoor activity waktu malam. Emil pun kecik lagi time tu.

Pada sesiapa yang nak beriadah dan tengok night koyo illumination, bolehlah datang ke Shinrin Koen ni. Parking fee sebanyak 500 yen dan entrance fee pulak sebanyak 680 yen (kalau tak silap) per adult.

Sunday, 19 October 2014

Autumn 2014: Hitachi Kaihin Koen

Sekarang dah masuk autumn untuk tahun 2014. Walaupun siang masih panas, tapi dah mula rasa angin sejuk. Semalam kitorang buat day trip ke Hitachi Kaihin Koen yang terletak di Ibaraki Prefecture. Hitachi Kaihin Koen atau dikenali juga sebagai Hitachi Seaside Park ini tersenarai dalam top 20 most incredible and beautiful places in the world. Jadi, kalau datang Jepun jangan lepaskan peluang untuk jejak kaki kat sini.


Pokok kokia dekat koen ni akan bertukar warna dari hijau kepada warna merah waktu early autumn. Ni gambar google. Credit to google image.

Perjalanan kitorang dari Kumagaya mengambil masa selama satu jam 50 minit. Koen ni seluas 190 hektar. Sangat besar dan luas.


Ada dua entrance untuk masuk koen ni. Kitorang masuk ikut entrance yang melalui theme park dulu. Entrance fee adalah sebanyak 410 yen per adult. Parking fee pulak sebanyak 520 yen.


Ada banyak outdoor games dekat theme park ni. Emil nak naik marry go round. So, layankan aje. Mama dan daddy pun naik sekali. 300 yen per adult untuk naik marry go round ni. Tapi bila dah naik, takut pulak anak teruna ni. Lol :p

Lepas dah puas main, kitorang bergerak menuju ke tempat kokia tu. Agak jauh jugak nak menapak ke situ. Kalau malas nak berjalan, boleh pilih untuk naik train atau basikal. Tapi kitorang pilih untuk menapak je sebab nak menikmati view cantik di sepanjang jalan. Ewah!


Ini adalah bunga cosmos. Cosmos akan berbunga waktu early autumn.


Berhenti kejap ambik gambar dengan cosmos :p


Emil taknak keluar dari tunnel. Haippp!


Alhamdulillah cuaca semalam sangat cantik. Perfect weather. Bright sunny day with blue sky.


Boleh tengok bunga cosmos ni di sepanjang jalan nak pergi ke tempat kokia tu.


Tak tau nama apa, macam spesis lalang tapi versi gergasi.


Besar kan pokok ni?


My heroes. Khusyuk masing-masing menikmati view.


Sebelah kanan jalan ada padang ni. Sangat luas kan koen ni?


Sebelah kiri jalan pulak boleh tengok cosmos.


Peach cosmos.


Maroon cosmos.


Pink cosmos.


Akhirnya, kitorang sampai ke tempat kokia ni. Walaupun menapak hampir satu kilometer, tapi tak terasa penat pun sebab view cantik sepanjang jalan.


Cosmos dan kokia terbentang luas depan mata. Subhanallah, view yang sangat cantik!


Berhenti kejap ambik gambar :p


On the way nak naik atas bukit.


Kokia in stunning red. Superb view!


Posing di celahan kokia. Kalau datang sini jangan pakai baju merah ye, kalau tak nanti nampak muka je :p


Kokia ni akan berwarna merah selama 1-2 minggu je. Lepas tu dia akan bertukar jadi warna coklat dan layu. Dekat belakang tu ada kokia yang dah bertukar jadi warna coklat.


Bila dah puas jalan-jalan dan bergambar kat atas bukit tu, kitorang pun turun bawah. Emil pun dah penat.


Boleh tengok lautan kosmos di sepanjang jalan kat bawah tu.


Tempat ni memang sangat sangat cantik. Selayaknya lah masuk dalam top 20 beautiful places in the world. Very worth to visit.

Selain waktu autumn, tempat ni juga sangat famous waktu spring. Bukit tu akan bertukar jadi blue hills of Nemophila pulak.


Hitachi Kaihin Koen in spring. Pun cantik jugak. InsyaAllah kalau ada rezeki, teringin nak pergi tempat ni waktu spring pulak. Credit gambar to Google Image.

Kalau dari Tokyo pun boleh buat day trip ke sini naik train. Mesti datang tau! :)

Friday, 17 October 2014

Autumn 2013: Takatsudokyo

Ok, kita masuk cerita autumn 2013. Musim luruh atau autumn (aki) adalah musim yang disukai oleh kebanyakan nihonjin. Aku pun suka autumn, sama macam aku suka spring. Waktu autumn biasanya siang akan panas, dan malam akan sejuk. Semakin berbeza antara suhu siang dan malam, semakin cepat daun akan bertukar warna. Gituw :p

Pada autumn 2013 yang lalu, destinasi pertama kitorang untuk tengok koyo (autumn leaves) adalah di Takatsudo Gorge atau dikenali juga sebagai Takatsudokyo. Takatsudokyo terletak di Midori-shi, di dalam Gunma Prefecture. Perjalanan dari Kumagaya mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Koyo di Takatsudokyo. Nampak tak jambatan merah kat hujung tu? Kitorang memulakan perjalanan dari situ.


Dari jambatan merah ni, kitorang akan menuju ke jambatan putih yang hujung nampak sayup-sayup je tu.


Laluan yang disediakan menyusuri Watarase River.


Kerusi jugak disediakan kat tepi-tepi laluan tu. Kalau penat boleh duduk-duduk berehat sekejap menikmati koyo sambil dengar bunyi air sungai yang mengalir. Best! Blend in nature gituw :p


View ketika menyusuri Watarase River. Sungai yang sangat cantik dan bersih.


Yeahhh, akhirnya sampai juga kat jambatan putih ni. Tengok Emil tu, punyalah riang gembira. Emil ni jenis yang senang nak dibawa ke mana-mana, dia tak akan meragam kalau dekat luar. Memang suka sangat berjalan.


Emil waktu ni berusia satu tahun satu bulan.


View dari jambatan putih. Subhanallah, sangat cantik kan pemandangan ni. Macam dalam lukisan.

Kepada sesiapa yang nature lover, bolehlah datang ke Takatsudokyo ni. Waktu paling best untuk tengok koyo kat sini bermula dari awal November hingga ke akhir November. 







Wednesday, 15 October 2014

Emil Akif's First Birthday Celebration

Ok, kita tutup cerita spring 2013. Lepas spring berakhir, masuklah musim panas atau summer. Tapi waktu summer, kitorang tak pergi mana-mana tempat menarik pun. Cuma aktiviti riadah biasa-biasa je. So takde apa sangat yang aku nak share.


Ber-picnic tepi sungai on weekend pada summer 2013 yang lalu. Waktu ni Emil berusia 11 bulan. Dah boleh jalan sendiri. Nyaris-nyaris nak terjun sungai. Lol :p

Sebelum masuk cerita autumn 2013, aku nak share cerita pasal sambutan hari jadi Emil yang pertama. First birthday is always special. Dan aku pun sangat excited nak set up birthday party untuk anak sendiri.


First birthday party Emil yang bertemakan orange party gituw. Since birthday Emil is on 25th September, banyak kedai-kedai yang akan jual props untuk Halloween Party time tu. So, aku pilih warna orange supaya senang nak cari props. Sebab props untuk Halloween Party kebanyakan warna orange dan hitam.


Goodie bags untuk tetamu.


Mama, daddy dan Emil pun pakai orange.


Menu: bihun sup, puding kastard berkuah koktel dan seafood pizza.


Kek birthday Emil yang bertulis 'tanjoubi omedetou Emiru'.


Birthday boy with daddy.


Birthday boy with mama.


Sesi potong kek.


Muahhhh sikit kesayangan mama dan daddy ni.


Emil and friends. Dari kiri: Nurin, Adelya, Ayra, Emil, Adam dan Aleesya.


Tetamu yang hadir. Thank you all for coming.


Emil and his birthday presents. Hadiah lagi besar dari tuan lol :p Again, thank you sooooo much aunties and uncles :)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan meriah. Cuma sup tak cukup, kena masak sekali lagi. Bahaha~