Assalamualaikum...
Hi! Dah lama tak update blog. Gomennasai. Keadaan diri kurang baik. Sekarang pun masih muntah muntah lagi.
Aku memang tak larat sangat. Bila makan asyik muntah. Makan nasi, muntah. Minum susu, muntah. Makan sikit sikit pun muntah. Sedih sangat T_T. Kalau makan dan terus muntah takpe jugak. Ini tak. Katakan minum susu pukul 8.00 pagi, sejam atau dua jam kemudian baru start rasa mual. Rasa mual dan loya membawak sampai ke petang. Nak lunch pun tak lalu kalau dah mual macam tu tapi paksa jugak diri untuk makan walaupun sikit janji perut tak kosong. Bila masuk pukul 5-6 petang, waktu ni la paling hazab. Rasa mual tahap tertinggi dan akhirnya baru akan muntah! Lamakan terseksa dengan rasa mual tu? Sudah la makan tak banyak, lepas tu habis keluar segala bagai. Lepas muntah memanglah rasa lega tapi yang tak bestnya badan jadi lemah longlai tak bermaya takde tenaga kaki tangan pun ketar ketar. Ya Allah tak larat sangat! Itulah yang jadi kat aku sepanjang tempoh ni. Tsk tsk T_T. Sila simpati sekarang.
Itu keadaan diri sendiri, pastu tambah lagi tekanan dari keadaan sekeliling. Sebelum ni, waktu penghujung winter haritu, cuaca sangat lah sejuk siang malam. Pastu boleh kata hari hari pulak ada jishin (gempa bumi). Memang sengsara sangat aku rasa. Dalam keadaan diri yang lemah macam tu, sejuk lagi..pastu gegar gegar lagi, bertambah tambah pening ngan mual. Bila lapar pulak, tak larat macam mana pun merangkak lah sendiri cari makanan. Tsk tsk T_T. Sila simpati sekali lagi. Waktu tu terasa sangat nak ada orang jaga. Terasa diri sangat loser waktu tu sebab selalu je nangis. Selalu rasa tak kuat nak hadapi semua tu. Tapi lepas tu akan motivate diri supaya ingat Allah sentiasa ada dengan aku walaupun aku rasa terkontang kanting seorang diri kat Kumagaya ni. Percaya yang Allah hanya bagi dugaan untuk hambaNya yang mampu. Jadi harus bersabar dan bersabar. Setiap kesabaran tu InsyaAllah ada ganjarannya. Harini motivate diri pastu selang esok lusa nangis lagi. Macam tu lah aku. Haha.
Itu kisah waktu siang, waktu tinggal sorang sorang kat rumah. Bila malam ok je sebab abam J ada. Alhamdulillah, dia sangat memahami. Balik kerja dia lah yang menggigih masak kat dapur, setelkan laundry, bersihkan sisa sisa muntah kat sinki..ahaks! "takpe lah, bukan muntah orang lain..muntah sayang saya" katanya. Terus rasa terharu macam nak nangis. Abam J memang jenis melayan dan memanjakan. Sebab tu kot aku jadi over manja. Bila siang dia takde mula lah nak rasa hazab sengsara. Kadang kadang perangai aku pun macam budak budak. Sembelit pun bising nangis nangis dalam toilet. Haruslah menggelabah abam J pujuk dari luar. Cuak tau bini nangis nangis dalam toilet sebab sembelit. Haha. Ngengade sangat kan! Attention seeker betul!
Itu part best, ada jugak part yang tak bestnya pasal abam J. Contohnya kalau dia setelkan laundry. Memang bagus kalau dia tengok pakaian dah menimbun dalam bakul tak berbasuh, jadi dia pun tolong basuh. Yang geramnya dia main campak je baju baju tu ikut dan dia. Nak basuh asing asing baju putih ngan baju bewarna tu jauh sekali lah. Pastu esok bila dah kering nak pakai tengok boxer takde lah, stokin sebelah je basuh, sebelah lagi tak basuh. Haa..sudahnya pergi kerja pakailah stokin sebelah busuk sebelah wangi. Haha. Kesian tau abam J! Tapi tetap nak geram. Ye la, kita kalau basuh mestilah utamakan benda yang nak di pakai hari hari tu. Macam boxer ngan stokin tu memang wajib masuk machine. Ini tak, dia main campak ikut dan dia je kan. Suami suami selalu camtu kan. Nampak macam menggigih la nak tolong bini. Last last nanti bini jugak yang kena buatkan. Haha comel!
Urm lagi satu, aku selalu je rasa nak makan makanan kat Malaysia. Nak makan masakan mama. Tapi sedih tak dapat. Tsk tsk T_T. Sila simpati kembali. Pastu selalu je termimpi mimpi dapat makan makanan yang aku rasa nak makan tu. Takpe lah, dapat makan dalam mimpi pun ok lah T_T. Kadang kadang bila bukak mata, tekak terasa nak breakfast ngan nasi lemak gombak, tapi yang di sumbat dalam tekak cumalah roti roti dan roti. Kalau tak roti pun nestum. Itu je lah menu breakfast aku. Sebab tu muntah kot. Tekak nak benda lain tapi asyik sumbat benda yang sama je. Aku pun jenis tekak kampung je, nak makanan pedas pedas je. Jadi, makanan jepun ni memang aku kureng lah. Nak masak sendiri memang aku tak boleh lagi nak bau bau menumis bagai tu. Sangat lah trigger rasa nak muntah. Nak makan kat luar, aku pulak tak suka sangat makanan jepun. Susah kan tak banyak choice nak makan. Menyabar je lah. Huh T_T
Tapi sekarang, alhamdulillah aku dah rasa ok sikit. Walaupun masih muntah muntah tapi rasa mual pening loya tu dah kurang sikit. Cuaca pun dah ok sekarang. Dah tak sejuk sangat.
Sekarang dah masuk musim bunga! Yay..welcome spring :)
Esok kena pergi check up lagi. Semoga semuanya baik baik aje :)
7 comments:
take care ye sapek...
how pity of you...
It's ok!
There must be something good in the end! Just have faith in that!
Take care of yourself and the little one!
@masyi & @rdani
Thanx everyone :)
Banyak2kan bersabar k..
@Diari Kita
InsyaAllah..tq :)
Salam. La kesiannya.. kalau dekat dah lama akk tolong masak2an. Memang tahu perasaan ibu mengandung ni, first trimester mmg teruk kan. mcm2 diidamkannya. harap semakin ok. odaijini! :)
@Asmara
Wsalam. arigatou kak..terharunya ada org nak masakkan..hehe. memang seksa sgt first trimester, dah la first pregnancy..kat perantauan pulak tu..memang kena kuat. tp alhamdulillah skrg dah ok ckit ;)
Post a Comment