Friday, 2 March 2012

Samejima Bonding Clinic

Update diri sendiri: Masih tak boleh makan nasi dan dah tiga kali muntah setiap kali lepas gosok gigi. Aipp aipp biasa dia taknak makan nasi tak nak gosok gigi pukul kang!


Aku dan abam J akhirnya telah memutuskan untuk memilih Samejima Bonding Clinic sebagai hospital rasmi kami untuk proses check up dan deliver. Ini adalah hospital ketiga yang kami pergi setelah dua hospital terdahulu yang kami survey di sekitar Kumagaya tidak memenuhi kehendak iaitu:

1. Peraturan hospital yang tidak membenarkan suami/teman lelaki masuk sekali sewaktu check up. Patutlah waktu kitorang datang tu semua ibu hamil datang seorang diri. Abam J je satu-satunya lelaki dalam tu. Rupanya peraturan hospital tu macam tu.

2. Doktor kurang fasih berbahasa inggeris. Haha. Dah la aku kena masuk sorang sorang pastu doktor tu nanti explain dalam jepun. Gila kau tak faham kan!

3. Waktu check up terhad untuk hari sabtu iaitu hanya pada minggu kedua dan keempat sahaja. Oh taknak la macam tu.

So, kami decide untuk survey another ladies clinic di luar kawasan Kumagaya. Cari dekat area bandar sikit.

Akhirnya, kami memilih Samejima Bonding Clinic yang terletak di Gyoda, Saitama. Dari rumah lebih kurang 25 minit kalau abam J drive sambil nyanyi nyanyi. Kelebihannya:

1. Husband boleh teman isteri masuk consultation room setiap kali check up. Hoorayyy!

2. Doktor dan staff boleh berbahasa inggeris. Hospital bandar kot.

3. Waktu check up untuk hari sabtu tidak terhad. Maksudnya tiap tiap minggu boleh.

4. Very convenient. Hospital baru. Tenang sangat suasana hospital tu. Bersih sudah semestinya.

5. Sistematik. Kita boleh pilih sendiri tarikh untuk datang check up. Bila dah pilih tarikh, pihak hospital akan bagi waktu appointment kita. Macam aku untuk first check up haritu, kitorang register secara online dulu dan pilih hari sabtu (25 Feb) untuk datang check up. Tak lama lepas tu, diorang hantar confirmation via email pasal register dan bagitau appointment aku hari sabtu pada pukul 5.30-6.00 pm. Waktu kitorang datang pukul 5.30 pm tu, dah tak perlu buang masa nak register bagai, terus masuk consultation room jumpa doktor. Memang teratur sangat sistem diorang dan tak perlu tunggu lama buang masa langsung. Rasanya semua hospital kat Jepun pun pakai sistem macam ni kot. Serius best!

Berbeza sangat dengan klinik kesihatan kat Malaysia yang kena tunggu berjam-jam. Ye la, hospital kat sana diorang bagi tarikh contohnya 24 Feb untuk next check up. Katakanlah diorang bagi tarikh tu dekat 40 orang ibu hamil. Pastu nanti, 20 orang datang serentak pada pukul 9.00 pagi dengan harapan datang pagi pagi cepat siap cepat balik. Tapi at last, pukul 12.00 tengah hari baru siap. Buang masa ok. Dah la orang tu hamil kan, nak kena tercongok tunggu turn berjam jam. Kesian! (Cakap berdasarkan pengalaman sebab pernah teman makcik dulu). Tunggu lama satu hal, lepastu masalah parking. Parking kat tempat tempat macam tu dah la terhad, kalau 20 orang tu datang serentak, mesti parking menyepah-nyepah. Contohnya macam klinik kesihatan kat Gombak. Weh bersepah gila diorang parking sampai menghalang laluan bagai. Nanti kalau aku kerja dengan KKM ececeh, aku nak usulkan supaya sistem temujanji di semua klinik kesihatan di Malaysia menggunakan sistem seperti di Jepun! Kita hendaklah mengamalkan dasar pandang ke timur! (cakap dengan intonasi mahathir). Ecececeh semangat ni semangat ni nak membawa perubahan kepada negara. Haha. Apa yang baik kita contohi. Tak salah pun kalau kita berubah ikut sistem negara maju tapi dengan syarat rakyat Malaysia kena la punctual macam rakyat Jepun. Kalau appointment pukul 5.30 pm, pukul 5.20 tu haruslah tercongok dah depan bilik doktor tu tunggu nama dipanggil. Bukan pukul 5.30 baru nak parking kereta ye. Weh kenapa aku semangat explain ni ok safwa stop.

Pamphlet dan juga gambar first scan haritu. Nampak tak yang bentuk kacang tu? Haa itu lah dia si taknak makan nasi + si taknak gosok gigi.


Antara kemudahan dan suasana di Samejima Bonding Clinic. Best! :)

Apapun esok aku ada second check-up. Pukul 10.30-11.00 am. Pada peringkat awal ni, doktor nak monitor tiap tiap minggu sampai lah dia yakin baby dah kuat dan selamat, baru la check up sebulan sekali je. Hopefully esok semuanya akan baik baik aje. Amin~

1 comment:

rdani said...

Pray that you'll get a healthy baby!!
Take care of yourself~