Thursday 1 March 2012

Heavy Snow

Semalam snow turun dengan lebatnya di seluruh Saitama. Seawal jam 4 pagi semalam aku dah terbangun sebab terasa dingin lain macam walaupun dah pasang heater. Bila tengok kat tingkap, rupanya snow dah start turun. Sudah la sejuk, pastu berebut-rebut selimut dengan abam J. Si berdengkur tidur mati tu suka nak conquer selimut sorang sorang. Lepas tu nanti aku jahat, aku tarik selimut tu banyak banyak, pastu aku lilit lilit kat badan aku supaya dia dah tak boleh tarik. Hahaha padan muka wek wek :p

Ok, jom tengok gambar heavy snow di sekitar Kumagaya semalam.

Cantik kan? Subhanallah


Macam gula kapas. Serius rasa nak makan! :p


Waktu ni suhu kat luar -1 degree celcius. Abam J hazab la nak pergi kerja semalam. Kena menggigih korek snow pagi pagi kat kereta.


Aku suka tengok pokok ni. Pokok ni akan berubah rubah mengikut musim.

Ini view dari tingkap rumah. Kalau buka tingkap tu memang cari pasal la. Sejuk gila ok! Macam buka freezer kekdahnya.


Kat bawah ni ada video yang sempat aku record waktu snow tengah turun dengan lebatnya. Khas untuk anda anda yang belum berpeluang tengok snowing depan mata. Sila tonton sekarang!


Gigih tau aku buka tingkap meredah sejuk semata mata nak rekod video iniwww. Sudah la sedang hamil ecececeh tak memasal. Ok, jumpa lagi! :)

2 comments:

シャイマ said...

hehe now u know perasaan kitorg kena korek snow kat kereta tiap pagi before g keje lagi azab kann. pregnant2 tu jgn kene sejuk2 sgtt :)

safwa_khairul said...

@Syaima
Hihi..kat Niigata lagi tebal kan. Sabar tau ;p anyway, thanx for your advice :)