Konnichiwa minna-san. Gomennasai. Watashi wa daijoubu janai yo. Tsk tsk T_T
Tak sedap badan, tak bermaya, mual-mual. Tak boleh makan nasi, tak boleh bau masakan mesti nak muntah. Dah la cuaca pun sejuk lagi sekarang. Pastu selalu pulak ada jishin (gempa bumi) sejak akhir akhir ni. Kau bayangkan kau dah la mual mual pening, pastu tetiba rumah bergoyang goyang macam naik feri. Ya Allah Ya Allah sengsara sangat kan! Dah la rumah ni jenis over, jishin tak kuat mana pun tapi bergoyang nak lebih lebih. Ya Allah menyabar je la tsk tsk T_T
Aku juga tengah adapt dengan beberapa perubahan pada diri sendiri.
1. Hilang selera makan. Aku rindu dengan diri aku yang kuat makan dulu. Yang boleh habiskan nasi lemak 2pot sorang sorang. Yang boleh habiskan sebungkus nasi ayam dara sorang sorang sedangkan mama dan abah pun makan share sebungkus tu sebab banyak. Yang boleh habiskan nasi tinggi menggunung dalam pinggan. Tapi sekarang aku dah langsung tak boleh makan nasi. Bau bau masakan tu semua buat aku rasa mual loya menyampah. Kalau paksa makan mesti muntah tsk tsk sedih T_T
Tapi makan spaghetti burger kebab semua tu boleh je. SELAIN NASI boleh je melahap seperti biasa. Aip aipp biasa dia mengada ngada!
2. Mulut rasa tak sedap lepas gosok gigi. Sebelum ni ok je pakai ubat gigi yang sama. Tapi sekarang kalau lepas gosok gigi mesti mulut rasa terlebih pahit. Macam kelat semacam je. Pastu mula lah mengundang rasa mual. Ya Allah kang kalau tak gosok gigi hazab pulak bau mulut. Nak tak nak menyabar je la tsk tsk T_T
3. Cepat letih. Sekarang ni kalau lepas kemas rumah + setelkan laundry, dah rasa letih. Mesti nak rest kejap lepas tu terlelap. Eh eh mudah je terlelap macam la penat sangat kemas rumah padahal setakat kutip kutip barang + baju abam J yang menyepah atas lantai je. Abam J dia memang macam tu. Dia memang TAK TAHU APA FUNGSI HANGER.
Cakap pasal abam J, dia sekarang pun dah banyak berubah. Kalau dulu dia balik kerja memang makan baring je la yang dia akan buat. Tapi sekarang, balik kerja je terus dia bersilat kat dapur siapkan makan malam, sambil masak sambil lari lari amik wudhuk solat maghrib pastu lari lari pergi dapur semula. Haha comel. Kalau hari minggu pun seronok sebab dia akan buatkan semua benda. Bangun pagi je dia dah siapkan susu nestum bagai untuk aku. Haha best weh jadi tuan puteri! Thank you sayam! Tapi part menyepah barang tu je la perangai dia yang memang tak boleh diubah. Sigh.
Yang terakhir...
4. Malas mandi. Tettttttttt. LOL. Ini bukan perubahan baru pada diri sendiri, ini memang sifat sejak azali! Hahaha. Sejuk weh. SEJUK!
Friday, 24 February 2012
Monday, 13 February 2012
New Happiness.
Susulan daripada entry sebelum ini.
Seperti yang dijanjikan saya akan share kegembiraan ini dengan anda semua.
Let pictures do the talking.
Seperti yang dijanjikan saya akan share kegembiraan ini dengan anda semua.
Let pictures do the talking.
Urine Pregnancy Test Kit
Test 1 on Friday morning (10th February 2012)
Test 2 on Sunday morning (12th February 2012)
Kami berdua terima dengan hati terbuka sebagai rezeki daripada Allah. Thanx God for this new happiness. Syukur Alhamdulillah.
=))
Friday, 10 February 2012
Gembira.
Harini saya rasa sangat gembira :))
Dup dap dup dap dup dap...
Ok, akan cerita di lain hari. Tungguuuuu~
Dup dap dup dap dup dap...
Ok, akan cerita di lain hari. Tungguuuuu~
Tuesday, 7 February 2012
Hyaku Yen Shop
Hyaku Yen Shop atau kedai 100 yen sememangnya bersepah sepah kat Jepun ni. Dan yang bestnya, kedai ni macam sangat lengkap untuk barang barang keperluan rumah. Macam kedai dua ringgit kat Malaysia kekdahnya. Tapi kedai dua ringgit kat Malaysia tu tak berapa nak best sangat la. Yela, dua ringgit kot. What do you expect kan? -_-"
Tapi kat sini kedai 100 yen tu rasa macam best. Rasa macam nak beli macam macam kat situ. Eh ke aku je yang rasa macam tu? Sigh.
Ini antara barang barang kat rumah yang aku beli dekat kedai 100 yen.
Tapi kat sini kedai 100 yen tu rasa macam best. Rasa macam nak beli macam macam kat situ. Eh ke aku je yang rasa macam tu? Sigh.
Ini antara barang barang kat rumah yang aku beli dekat kedai 100 yen.
Toilet accessories (toilet seat cover, toilet mat, toilet seat lid cover dan slippers). Sebenarnya nak beli warna biru lembut tapi warna tu tak dapat nak beli 1 set. Takpe la, this time aku try warna gelap. Sebelum ni guna warna kuning. Memang nampak tenang je kalau letak warna warna lembut. Lepas ni harus cari warna biru lembut sampai dapat! Ececeh
Hasilnya...
Toilet seat cover ni memang kena pakai untuk keselesaan supaya peha dan kaki tak sejuk. Tapi kalau pakai yang automatic toilet tu, tak perlu lah pakai cover ni.
Baru lah selesa :)
Sarung bantal pun boleh beli dekat hyaku yen shop. Tapi corak semua ceria ceria la. Haha. Terus katil bertukar ceria bila pakai sarung bantal hyaku yen.
Pinggan dan mug! Haha. Comel gila nampak pinggan dan mug polkadot warna biru lembut. Terus beli sebab comel rasa macam nak main masak masak je. Beli sekali dengan wooden dish holder tu. Lepas ni nak beli warna pink pulak untuk tetamu tetamu. Ewah ewah seronok kau kan memborong macam la rumah kau ada saudara mara nak datang.
Dan bag untuk simpan boots dengan selamat! Juga boleh dibeli di kedai hyaku yen. Sebelum simpan dalam rak kasut, boleh letak boots dalam bag ni supaya boots dan bulu bulunya tak rosak. Lagi pun, winter boots ni cuma nak pakai waktu musim sejuk je. Jadi, kena simpan properly bila dah bertukar musim nanti.
Ok, itu antara barang barang dalam rumah ni yang dibeli daripada kedai hyaku yen. Best kan? Walaupun cuma hyaku yen, tapi barang barang tu tetap berguna :)
Friday, 3 February 2012
Tokyo Trip Bersama Izzat Rosli Part 2
Sambungan daripada Tokyo Trip Bersama Izzat Rosli Part 1,
Esok paginya hari Ahad, kitorang bergerak dari Yokohama Sheraton Bay Hotel terus menuju ke destinasi pertama iaitu Ueno.
Muka masing masing segar je sebab dapat tidur hotel lima bintang dengan lena sambil dua dua tidur macam buat pertandingan siapa dengkur paling kuat. Bila yang sorang berdengkur kuat, yang sorang lagi pun cepat cepat lawan up kan lagi pitching dia. Amboi taknak kalah. Aku yang sengsara T_T
Ini adalah di Ueno. Macam macam ada jual kat sini. Ikan, kasut, pakaian, beg, perfume dan juga barangan elektrik. Ikan kat sini murah murah :)
Lepas dah habis pusing segala celah lorong yang ada, kitorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu, Akihabara.
Teruja kejap jumpa robot robot comel ni. Macam je robot tapi sebenarnya orang kat dalam tu. Tapi tetap nak jakun.
Eh, abang terus nampak kurang buntal kalau pose mengiring macam tu. Kalau bagitahu dia fakta ini mesti setiap gambar lepas ni dia nak pose mengiring macam tu.
Kalau datang Asakusa, mesti wajib nak ambil gambar dekat entrance ni. Ini adalah kali kedua aku menjejak kan kaki ke tempat ni. Asakusa ni merupakan tempat tumpuan pelancong untuk membeli omiyage (cenderamata) dari Jepun. Kalau nak cari fridge magnet ke, keychain ke, t-shirt I Love Japan ke atau macam macam lagi omiyage, sila lah ke Asakusa ok.
Sesudah si buntal dan si jerman membeli omiyage di sini, kitorang bergerak ke destinasi terakhir iaitu Tokyo Metropolitan Government Building yang terletak di Shinjuku.
Selepas itu, kami pun pulang ke tempat masing masing dengan perasaan gembira. Saya berharap dapat mengunjungi lagi tempat ini pada masa akan datang ok stop safwa tak perlu nak buat ending macam karangan budak darjah enam yang bertajuk 'Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara'.
Ok, terima kasih kepada abang yang sudi datang melawat kitorang yang jauh ini ececeh padahal abang datang atas urusan kerja lepastu kau nak feeling feeling dia datang sebab rindu kat kau kononnya. Tapi serious happy bila ada darah daging datang melawat. Kecil tapak tangan, Tokyo kami tadahkan. Jadi, sila lah datang lagi wahai darah dagingku! :)
Esok paginya hari Ahad, kitorang bergerak dari Yokohama Sheraton Bay Hotel terus menuju ke destinasi pertama iaitu Ueno.
Muka masing masing segar je sebab dapat tidur hotel lima bintang dengan lena sambil dua dua tidur macam buat pertandingan siapa dengkur paling kuat. Bila yang sorang berdengkur kuat, yang sorang lagi pun cepat cepat lawan up kan lagi pitching dia. Amboi taknak kalah. Aku yang sengsara T_T
Lepas dah habis pusing segala celah lorong yang ada, kitorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu, Akihabara.
Ini adalah Akihabara. Akihabara bermaksud 'Field of Autumn Leaves'. Tengok tu, daun daun pokok menguning di sepanjang jalan. Cantik kan? Ok, kalau nak tengok view cantik macam ni sila datang ke Akihabara pada musim luruh tau! Teehee :) Akihabara juga dikenali sebagai 'Electric Town'. Yup, kat sini la pusat menjual barang barang elektrik, games, cd games, phone dan yang sewaktu dengannya.
Teruja kejap jumpa robot robot comel ni. Macam je robot tapi sebenarnya orang kat dalam tu. Tapi tetap nak jakun.
Thor Sten pun jakun sekali. Thor Sten adalah rakan sekerja abang aku yang berasal dari Jerman. He's a very nice guy and still single. Mengapakah engineer engineer Siemens ini masih single? WHY? WHY??! Girls, come on. *tiba tiba*
Eh, abang terus nampak kurang buntal kalau pose mengiring macam tu. Kalau bagitahu dia fakta ini mesti setiap gambar lepas ni dia nak pose mengiring macam tu.
Terus jadi manusia manusia renek bila berdiri sebelah Thor Sten T_T
Perempuan ini mengalahkan pelancong bila semua tempat dia pun sibuk nak ambil gambar. Sudah la kau! Dah la kau recycle baju yang kau dah pakai malam sebelumnya. Lepas tu kau nak posing sana sini dengan muka takde perasaan konon kononnya orang tak perasan la.
Ok, fine. Lepas tu kitorang bergerak ke Asakusa.
Kalau datang Asakusa, mesti wajib nak ambil gambar dekat entrance ni. Ini adalah kali kedua aku menjejak kan kaki ke tempat ni. Asakusa ni merupakan tempat tumpuan pelancong untuk membeli omiyage (cenderamata) dari Jepun. Kalau nak cari fridge magnet ke, keychain ke, t-shirt I Love Japan ke atau macam macam lagi omiyage, sila lah ke Asakusa ok.
Suka background gambar ni!
Sesudah si buntal dan si jerman membeli omiyage di sini, kitorang bergerak ke destinasi terakhir iaitu Tokyo Metropolitan Government Building yang terletak di Shinjuku.
Tempat ni macam KL Tower la, kau naik tingkat atas sekali lepastu kau tengok view satu KL. Waktu kitorang sampai tempat ni, hari dah nak malam padahal baru pukul 4.10 pm macam tu la. Tapi nice la pemandangan dia, siang tak siang, malam tak malam. Macam tengok matahari terbenam gitu.
Ini adalah view bandar Tokyo. Congested gila kan macam kau tak nampak apa apa selain bangunan bangunan dan bangunan.
Abang gigih zoom in pemandangan Gunung Fuji menjelang senja. Cantik sangat!
Selepas itu, kami pun pulang ke tempat masing masing dengan perasaan gembira. Saya berharap dapat mengunjungi lagi tempat ini pada masa akan datang ok stop safwa tak perlu nak buat ending macam karangan budak darjah enam yang bertajuk 'Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara'.
Ok, terima kasih kepada abang yang sudi datang melawat kitorang yang jauh ini ececeh padahal abang datang atas urusan kerja lepastu kau nak feeling feeling dia datang sebab rindu kat kau kononnya. Tapi serious happy bila ada darah daging datang melawat. Kecil tapak tangan, Tokyo kami tadahkan. Jadi, sila lah datang lagi wahai darah dagingku! :)
Wednesday, 1 February 2012
Review: Kaseifu No Mita
Drama 'Kaseifu No Mita' yang bermaksud Housekeeper of Mita ini merupakan drama yang menjadi fenomena ketika ditayangkan pada musim luruh yang lalu. Dibintangi oleh Nanako Matsushima (Mita-san), Hiroki Hasegawa (si ayah kepada empat orang anak), Shiori Kutsuna (eldest daughter), Taishi Nakagawa (eldest brother), Shuto Ayabe (youngest son) dan Miyu Honda (youngest daughter). Drama ini mengisahkan tentang seorang pembantu rumah yang sangat aneh dan misteri, Mita-san yang diupah untuk menjaga rumah selepas 49 hari kematian si ibu kepada empat orang anak tadi. Keempat-empat mereka berusaha untuk mengetahui siapakah Mita-san yang sebenar, dengan mengekori pembantu rumah mereka itu, namun jawapan yang ditemui membuatkan mereka merasa lebih curiga terhadap Mita-san.
Klik link di bawah untuk menonton secara online,
Kaseifu No Mita episod 1 - 11
Dan dan dan, lagu tema untuk drama ini juga sangat best ok! Aku obses dengar ulang ulang sampai lapan kali. Malu dengan jiran sebelah (-_-")
Klik link di bawah untuk free download lagu tema Kaseifu No Mita,
Yasashiku Naritai by Kazuyoshi Saito
Kazuyoshi Saito sangat cool waktu nyanyi lagu ni secara live dengan rambut kerintingnya berjuntai juntai dan dia menyanyi sambil pegang gitar omaigod he looks damn cool seriously terpikat seketika sudah la lagu best dan ok safwa please stop!
Err..ok, happy watching and enjoy the song :)
p/s: Azzim, tolong download lagu tu dan save dalam mp3 mama supaya mama boleh dengar dalam kereta sambil goyang goyang kaki waktu tunggu kau balik sekolah. Tukar la lagu, asyik dengar lagu korea yang rentak macam lagu hindustan tu je :p
Subscribe to:
Posts (Atom)