Wednesday 14 December 2011

Review: Bara No Nai Hanaya

Drama ni ditayangkan kat Jepun pada tahun 2008, tapi baru tahun ni ada kat Dramacrazy. Aku baru lepas habis tengok drama ni semalam. Dan ini adalah review aku secara peribadi terhadap drama ni.

Bara No Nai Hanaya bermaksud 'Flower Shop Without Roses'. Unexpected. Perubahan dari satu plot ke plot yang lain tanpa kita duga jalan ceritanya. Dibintangi oleh Shingo Katori dan Yuko Takeuchi sebagai watak utama. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang memiliki kedai bunga, membesarkan anak perempuannya seorang diri. Suatu hari, kedai beliau didatangi seorang wanita buta untuk berlindung dari hujan. Dan dari situlah, bermula segala-segalanya. Siapakah sebenarnya wanita buta itu? Bunga ros adalah bunga wajib di kedai bunga, tapi kenapakah bunga ros tiada dijual di kedai beliau? Apakah semua itu berkaitan dengan kisah silamnya? Jeng jeng jeng..

Tak best lah kalau buat full review. Nak tahu selanjutnya kena la tengok sendiri :p

Kalau nak tengok drama ni, sila klik link dekat bawah ni.

Watch online Bara No Nai Hanaya


Selamat menonton. Jangan lupa sediakan tisu! :p

No comments: