Friday 11 May 2012

Bunga Bunga Cinta

Minggu lepas waktu Golden Week, aku dan abam J sempat buat beberapa aktiviti berfaedah bersama sama. Pada 30hb April yang lalu, kitorang menyambut anniversary yang pertama. Waaa..clap clap clap! :p

Sepanjang hari tersebut, abam J bawa aku keluar jalan jalan tengok bunga, shopping dan makan makan.

 Travel berdua dalam kereta sambil menikmati pemandangan musim bunga. Memang cantik sangat, sepanjang jalan boleh tengok munga munga cinta.

Bila lapar, kitorang lunch dekat AEON Sano. Aku makan dengan gembiranya sampai sendat perut.

Shopping time at Sano Premium Outlets.

Bila perut dah kenyang, kitorang jalan jalan shopping pula. Dengan perut sendat kekenyangan, aku heret abam J pusing satu premium outlets tu. Suasana kat sana sangatlah meriah. Nihonjin semua keluar dengan family masing masing untuk shopping. Kebanyakan outlet buat Golden Week Sale. Jadi, semua orang pun gila. Hahaha :p Yang penting, Sano Premium Outlets 10 kali lagi best daripada Johor Premium Outlets. No offence~

Jalan jalan shopping sambil pegang tangan sambil tengok bunga. Fefeeling happily ever after kekdahnya :p

Lepas menghabiskan masa dekat outlet sampai petang, masa untuk candle light dinner pulak. Ececeh. Tapi abam J sengaja nak tunggu pukul 9 malam untuk dinner sebab dia kata setahun yang lalu, itu lah time dia terketar ketar lafaz akad nikah. Mwahaha! Kitorang dinner makan western food malam tu sebab aku kureng sikit dengan japanese food. Nanti tak boleh makan macam monster. LOL.

Anniversary cake. Chocolate cake yang padat dan sedap. Nyum nyum~

Hari yang sangat bahagia tapi kusangkakan bahagia berpanjangan, rupa rupanya derita di malam hari. Akibat makan terlalu banyak, pastu jalan jalan kaki pusing satu outlets pakai seluar jeans dengan kasut bertumit, dengan perut sendatnya, buat buat macam tak hamil, akibatnya malam tu aku cramp perut sampai tak boleh tidur. Tsk tsk T_T. Perut jadi keras tegang macam apa je seram gile tengok. Terus SMS mama ku dekat Malaysia tanya nak buat camne. Tsk tsk T_T. Abam J pun kecuakan tapi tak tahu nak buat apa. Dia nak bawak pergi hospital tapi aku taknak, konon konon boleh tahan. Sudahnya, pukul 5 pagi baru sakit reda dan baru boleh tidur lena. Tsk tsk T_T. Insaf insaf. Lepas ni taknak makan macam monster dah. Ececehh~

Ok, kat bawah ni aku share gambar gambar bunga yang sempat aku snap sepanjang musim bunga ni. Sumpah aku tak tau sangat nama nama bunga tersebut. Korang tengok je la ok? Hihi :p

Cantik bunga pink ni kalau selit selit kat telinga. Haha.

Macam orkid tapi bukan orkid.

Bunga ros merah.

Bunga bungaan. LOL :p

Bunga ni selalu orang keringkan dan buat potpouri.

Bunga soft pink yang sweet sangat.

Bunga bunga renek kat rumah kak ita.

Si jakun bunga. Kak ita cakap bunga ni tumbuh sendiri bila musim bunga.

Daisy. Kalau tak silap :p

Ni bunga dekat tepi rumah je. Cantik!


Cantik kan musim bunga? Ok, sekian saja untuk kalini. Jumpa lagi next entry! Daaaa~



2 comments:

rdani said...

nee-chan is soo lucky !
I also want to feel the feeling of spring!!
urayamashii !!

safwa_khairul said...

@rdani
Thanx dear..i wish one day u'll be here :)