Friday 12 August 2011

Kenangan Ramadhan di SHAH Pekan

Assalamualaikum. Ececehhh! Entry pertama yang bermula dengan salam. Haha. Malam tadi aku pergi solat terawikh. Itu pasal la ada sifat-sifat mulia sikit. Tettt~

Masjid tu pulak pesen takde tirai. Jadinya, pemandangan kepada jemaah-jemaah lelaki tu luas terbentang. Pemandangan tu macam mengingatkan aku pada sesuatu. Ya, zaman-zaman di surau SHAH Pekan dulu. Kalau time ustaz suhaimi kasi ceramah, itu jam mesti dia suruh bukak tirai. Dan mata aku mula lah laju je melilau mencari senior-senior hensem pujaan hati tatkala itu. Mwahahaha! Keji bukan?

Ok, itu belum cukup keji. Ada lagi perangai keji yang aku buat waktu berpuasa kat SHAH dulu. Al-kisahnya, tahun 2003, kami pelajar-pelajar SHAH sempatlah berpuasa kat asrama sebelum pulang cuti akhir tahun. Periksa akhir tahun dah tamat, cuma tinggal menghitung hari nak balik cuti je. Heaven bukan? Itu jam aku form 4. Waktu form 4 adalah zaman kemuncak kenakalan aku. Ponteng prep, ponteng riadah, nyorok dalam locker, nyorok bawah katil, bawak handphone, fly, ponteng pergi surau, semuanya aku pernah buat. Dan semuanya kantoi. Cisss la! Nyaris-nyaris je nak kena gantung sekolah. Haha.

Cerita-cerita tu aku simpan dulu. Ini cerita bulan Ramadhan tahun 2003 ketika di SHAH Pekan yang permai...

Selepas kekenyangan berbuka puasa, aku, Munirah, Najibah, Anggraeni dan Daisy (memang semuanya nama sebenar) berpandangan antara satu sama lain. Melalui pandangan mata sahaja, kami mencapai satu keputusan sepakat. Ponteng semayang terawikh. Itu jam, kakak-kakak form 5 dah berpindah ke aras lain. Jadi, gadis-gadis form 4 lah yang menerajui dorm. Dorm aku, semestinya aku lah yang menerajui. Menerajui ke jalan yang salah. Semua aktiviti keji berpusat di dorm aku, Astana 10. Sejurus solat terawikh bermula, pintu dorm Astana 10 aku kunci rapat-rapat. Radio mula dihidupkan. Cepat-cepat aku tune pada frekuensi 98.8, ERA Rentak Muzik Terkini. Dah sekolah pesen terperosok jauh, kalau dapat ERA tu kira heaven gile dah. Dia punya seronok tu macam dapat outing pergi bandar Kuantan je kekdahnya. Haha. Volume radio sengaja dikuatkan lagi. Sedang pelajar-pelajar lain khusyuk bersolat terawikh, kami berlima terkinja-kinja berjoget lagu Erra Fazira. Tak ingat tajuk lagu tu, tapi lagu tu yang ada bunyi cenggini...

'Na na nera na na na nera..na na nera na na na nera..pertemuan yang tak di duga...kau ku lihat merenung manja..'

Wakakakaka! Lagu Erra Fazira je kot! Tapi berjoget bukan main lagi. Itu jam Erra Fazira gah dia macam Lady Gaga sekarang. Nak-nak pulak dia dapat kawen dengan Yusry KRU. Memang menimbulkan kedengkian di hati aku. Tapi dalam dengki-dengki pun, bila dengar lagu Erra Fazira tetaplah aku nak joget-joget jugak! Kalau tengok gaya joget, ibaratnya aku ni peminat fanatik Erra Fazira, walhal aku 'haters' dia waktu tu. Taksub kat Yusry punya pasal, sanggup aku jadi golongan 'haters' Erra Fazira. Nasib baik fesbuk takde lagi zaman tu, kalau tak mesti aku dah create account 'Saya Tak Suka Erra Fazira', pastu pakat-pakat invite satu sekolah like. Haaa..gitu la kekdahnya..kedengki sangat kan! Keh keh keh. Ok, dah jauh melalut..sekarang aku dah lupa kat mana aku berenti tadi. Haha!

Sambung balik. Lagi bertambah keji, bila aku main tutup bukak lampu dalam dorm nak kasi effect macam dalam disko. Perghhhh...apalah haram jadah sangat perangai masa tu! Dah la ponteng semayang terawikh, boleh pulak joget-joget macam dalam disko. Apa ke sesat sangat aku waktu tu? Ini semua angkara terpengaruh dengan rakan sebaya. Haha. Tengah syok-syok joget tu, tetibe dengar ada orang jerit..

"Astanaaa sepuluhhhhhhh....boleh diam sikit takkkkk??!!".

Hahahaha kena sound beb! Ciss..terbantut jap nak joget lagu Erra Fazira. Kui kui.

Lepas diorang habis semayang terawikh tu, aku kena panggil dengan Badan Agama Islam Dan Dakwah SHAH (BAIAH). Aku sorang lak tu yang kena panggil. Aku syak, dalam kami berlima tu, aku yang paling baik. Jadi, sebab tu BAIAH panggil aku je. Ahakz!

"Kenapa tak pergi semayang terawikh?", tanya si BAIAH dengan muka serius.

"Saya period la wak", aku jawab membohong sambil buat muka baik nak bagi effect nampak lebih solehah.

"Lepas ni jangan lah buat bising lagi ye time orang semayang terawikh", si BAIAH memberi nasihat.

"Ok..sorry".

Aku syak si BAIAH tu tak tau yang kitorang berdisko sakan. Dah la menipu pulak tu. Kalau dia tau cerita sebenar, mesti kitorang dah kena tawaf aspuri (asrama puteri) lapan kali. Ishh..jatuh lah saham muka cun-cun cenggini kena tawaf aspuri pulak! Hua hua.

Keesokan harinya, kami berlima pergi solat terawikh bersama-sama. Duduk di saf paling belakang. Senang nak cabut. Senang nak cabut satu hal, senang nak tengok kalau-kalau ada budak laki rembat seliper budak pompuan. Haa..itu memang tabiat budak laki la, suka sangat rembat seliper budak pompuan kat surau. Itu pasal la aku malas pergi surau. Ececehh alasan letteuuuwwww...haha! Tapi serius, aku pernah hilang seliper bunga-bunga kaler pink kat surau. Aku musykil sampai sekarang kenapa la seliper bunga-bunga kaler pink aku budak laki nak kebas. Macam bapuk tau tak kalau korang pakai! Hak hak.

Tapi tu kisah dulu. Kalau sekarang ni, memang tak tergamak dah nak buat macam tu. Bila ingat-ingat balik, sumpah rasa keji gile. Keji tau tak..keji! Hahaha.




2 comments:

Unknown said...

membuatkan erny rs rindu pada shah pekan.. dan andai masa blh di undur.. akn ak terus berada di situ bersama kwn2 tercinta...

safwa_khairul said...

@UnDeFiNeD gUrLz
Keep the memory in our hearts..forever =)

safwa pun rindu SHAH Pekan!