Friday, 27 January 2012

Nasi Lemak.

Saya suka makan nasi lemak. Waktu balik Malaysia haritu, tiap tiap hari saya breakfast dengan nasi lemak. Kadang-kadang saya makan sampai dua bungkus. Saya memang mengambil kesempatan dengan kadar metabolisma badan yang tinggi! Makan makan dan makan tanpa perlu saya fikirkan mengenai kenaikan berat badan saya. Makan banyak tapi berat maintain. Oh itu adalah nikmat bukan? Kalau breakfast dekat kedai pula, lepas habis satu pinggan nasi lemak, saya rasa macam nak order lagi satu pinggan. Tapi malu pula dengan orang orang sekeliling meja. Dengan suami pun malu juga, sebab suami makan ala kadar je. Ahaks. Aippp safwa behave behave!

Setelah balik ke Jepun, perut saya seolah olah mengagau mencari nasi lemak. Maka haruslah tunggang terbalik dekat dapur buat nasi lemak sendiri. Ini adalah cubaan kedua saya membuat nasi lemak.

Ada ayam goreng dan telur mata kerbau cair. Marvellous!

Hamek kau, 2pot nasi aku makan sorang je! Mwahaha~

Tuesday, 24 January 2012

Tokyo Trip Bersama Izzat Rosli Part 1

Ini adalah entry terpendam sejak tahun lepas menabur janji manis nak update tapi tak update update. Nah, ambik kau!

Kejadian berlaku pada 17hb Disember 2011 yang lalu sewaktu kedatangan jejaka buntal Izzat Rosli ke Jepun atas urusan kerja. Izzat Rosli adalah abang kandung aku yang sah ececehh walaupun saiz fizikal kami bercanggah antara satu sama lain :p

Pada malam Sabtu yang indah itu, destinasi pertama kami adalah Ikebukuro. Pergi Ikebukuro semata-mata nak melantak makan dekat Restoran Pakistan kat situ. Lepas kenyang perut, barulah senang hati nak berfoya-foya.

Ini adalah di sekitar Ikebukuro. Dua jejaka gatal nak amek gambar depan kedai sewa perempuan. Aippp aipp amek gambar je boleh, kalau masuk memang aku pukul la sorang sorang aippp tak boleh tak boleh ;p

Destinasi kedua kami adalah Shibuya memandangkan jejaka buntal teringin nak tengok crossline dekat simpang empat yang super sibuk yang selalu ada dalam cerita cerita jepun tu. Tau kan tau kan? Kalau sebut Tokyo je mesti keluar gambar crossline simpang empat dengan berduyun-duyun rakyat jepun jalan kaki laju laju kat situ. Haa..itulah yang abang aku request nak tengok sendiri depan mata katanya.


Crossline super sibuk yang terletak di Shibuya, Tokyo. Tengok tu..berduyun-duyun manusia sedang tunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.

Bila dah tukar hijau...

Beginilah keadaannya. Dan keadaan ini akan berulang dan berulang dan berulang setiap kali lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Memang sentiasa ramai macam tu. Musykil betul aku bila tengok orang jepun ramai ramai jalan kaki macam tu. Macam semut kekdahnya.


Muka abang aku yang super teruja dapat pusing pusing Tokyo di malam minggu yang permai. Ok, beliau masih single dan available. Macam biasa la, kalau berminat boleh taip ON CINTA dan hantar ke nombor aku. Mwahahaha!


Ini adalah di sekitar Shibuya. Tempat muda mudi bersuka-ria. Ada banyak kedai jual kasut dan pakaian. Kalau nak shopping barangan muda mudi silalah ke sini =)

Juga ada street band yang menyanyi secara live. Apa yang menarik dan berbeza dari street band kat Malaysia adalah mereka kat sini menyanyi untuk tujuan mempromosi band sendiri. Lepas menyanyi, diorang akan edarkan CD demo diorang secara percuma dekat semua orang yang berkerumun tengok diorang nyanyi tadi. Berbanding street band kat Malaysia, mereka menyanyi di tempat awam lebih untuk menghiburkan orang ramai (terhiburkah anda?) dan berharap kita 'bayar' untuk hiburan yang diorang dah berikan tu. Nampak tak?

Kesimpulannya, Shibuya adalah tempat muda mudi yang sangat happening.

Ok, next! Kami bergerak ke Roppongi sebab...


abang nak pergi Hard Rock Cafe Tokyo. Buat apa lagi pergi Hard Rock Cafe kalau bukan nak beli t-shirt Hard Rock Tokyo berbundle bundle yang member membernya kirim itu.


Ini masih di sekitar Roppongi. Sempat amek gambar berbackgroundkan Tokyo Tower. Untuk makluman bakal bakal pelancong ke Jepun, kalau nak amek gambar Tokyo Tower, silalah amek gambar pada waktu malam sahaja kerana Tokyo Tower kelihatan sangat cantik menyerlah pada waktu malam. Manakala pada waktu siang, Tokyo Tower hanyalah menara putih tinggi yang membosankan. Seriously.


Kami pemalas. Amek gambar dari jauh je. Malas nak menapak ke Tokyo Tower dalam suhu dingin macam tu. Malam semakin larut, suhu semakin sejuk, kami bergerak pulang ke Yokohama. Aku dan abam J selaku tuan rumah yang berhemah, menumpang tidur di hotel tetamu kami. Hahaha. Ya, esok nak bawak abang jalan jalan lagi. Leceh la kalau nak balik Kumagaya yang nun jauh di sana. Jadi, ayuh kita menyemak di hotel abang.

Ok, jalan-jalan untuk esok harinya akan bersambung di entry lain di kemudian hari. Zzzzz~

Friday, 20 January 2012

My First Snow

Hi, i'm back!

Dah seminggu sampai Nihon, tapi baru harini terhegeh hegeh nak update blog. Dari cuaca yang panas panas sedap kat Malaysia, sampai sini terus terdedah dengan suhu yang mencecah negative degree celcius. Jadi, aku ambil masa seminggu berhibernasi untuk menyesuaikan diri dengan cuaca. Ececehhh :p

Harini, 20hb Januari 2012, hari yang bersejarah untuk aku.

As I woke up this morning,

I looked out the window,

And it was snowing out there...

This is my first snow. FIRST TIME in my life. Jadi, sila jangan hairan kalau aku begitu teruja ya =)

Subhanallah...sangat cantik.

Those pictures never enough to replace what my eyes had seen in real.

Terasa diri sangat bertuah kerana berpeluang melihat this God's beautiful creature. Syukur Alhamdulillah.


p/s: Sempena dengan turunnya snow harini, aku tuka lagu 'Fuyu No Uta' untuk jadi background song. Fuyu No Uta bermaksud Winter Song. Eh, tapi kat blog ni hari hari pun turun snow kan?! Hahaha