Monday 10 November 2014

Autumn 2014: Konaka Waterfall

Ini cerita minggu lepas. Disebabkan hari isnin minggu lepas cuti dan tenki pun okay, kami decide untuk jalan-jalan tengok koyo di Konaka Waterfall (Konaka Otaki). Konaka waterfall terletak di Midori-shi, di dalam Gunma Prefecture. Lebih kurang satu jam 20 minit perjalanan dari Kumagaya.

Konaka Waterfall terletak di atas bukit di kawasan pergunungan. Jadi, kami dapat menikmati view yang sangat cantik di sepanjang perjalanan menyusuri gunung-gunung tersebut.


Saujana mata memandang.


Gunung-gunung yang dipenuhi dengan pokok pine. Pokok-pokok lain juga sudah mula bertukar warna.


Perjalanan kami menyusuri kaki bukit. Terdapat anak sungai yang mengalir jernih di kaki bukit ini. Subhanallah, what a beautiful nature!

Selepas mendaki bukit dengan melalui jalan sempit yang agak thrill, akhirnya kami sampai ke destinasi.


Anak sungai yang mengalir dari Konaka Waterfall.


Emil dah mula excited nampak air. Nampak macam panas, tapi sebenarnya suhu kat atas bukit ni sangat sejuk.


Small stream yang mengalir indah di atas bukit.


Menyeberangi jambatan untuk menuju ke Konaka Waterfall.


Stop kejap. Emil tak puas lagi tengok sungai yang mengalir tu. Hihi.

 
Selepas menyeberangi anak sungai tu, kena hiking pulak dalam lima minit mengikut hiking trails yang disediakan.


Di penghujung hiking trails tu, akan jumpa tunnel ni.

Lepas tu, yang paling mencabar adalah...


kena melalui suspension bridge yang sangat curam ni! Ini adalah Kasakake Bridge, a suspension bridge of 44 percent maximum slopes. Fuhhhh..memang thrill perjalanan nak sampai ke Konaka Waterfall ni.


Dari suspension bridge ni dah boleh nampak Konaka Waterfall sikit-sikit. Selepas melalui suspension bridge tu, jalan sikit lagi dan akan jumpa observation deck untuk tengok view Konaka Waterfall ni.


FINALLY! Ini lah view Konaka Waterfall dari observation deck tu. Subhanallah, view waterfall yang sangat cantik dengan pokok-pokok berdaun kuning, merah dan orange. Serius macam dalam lukisan dekat kalendar yang aku selalu tengok kecik-kecik dulu. Sobs! Cantik sangat. Segala susah payah dan kegigihan along the journey akhirnya paid off :p


Nak balik dah ni. Amboi, mendiva sangat kau kan hiking pun nak pakai high heels :p

Untuk nature lover, boleh lah datang sini kalau nak tengok view waterfall yang cantik waktu autumn. Tapi pastikan pakai tebal-tebal sikit dan proper shoes :p

Kalau berkesempatan datang ke Jepun waktu autumn, selain tengok koyo dekat koen, cubalah pergi tengok koyo dekat kawasan-kawasan bukit atau tanah tinggi. Viewnya pasti lebih superb! Pasti kagum dengan keindahan ciptaanNya ;)

No comments: