Friday 24 October 2014

Autumn 2013: Gunma Kodomo No Kuni

Ok, ini last entry untuk autumn 2013 punya cerita. Kalau hari sabtu sebelum tu kitorang beriadah di Shinrin Koen, hari ahad esoknya pulak kitorang beriadah di Gunma Kodomo No Kuni yang terletak di Ota-shi, di dalam Gunma Prefecture. Koen ni cuma 20 minit je dari rumah kitorang.


Koyo kat sini pun boleh tahan cantiknya. Daun-daun kuning dah mula luruh.


Koen ni memang khas untuk kanak-kanak. Sebab tu namanya Kodomo No Kuni yang bermaksud 'negara kanak-kanak'. Kat sini ada padang yang luas untuk beriadah, ada theme park, ada taman permainan, ada swimming pool dan ada jugak aktiviti untuk indoor games. Memang best untuk bawak anak-anak beriadah. Lagi best sebab free parking dan masuk adalah percuma :p


Daddy tiupkan belon untuk Emil.


Lepas dah tiup, lepaskan belon tu kat udara. Semangat je Emil nak tangkap belon :p


Lepas tu, main tiup-tiup bubble pulak. 


Emil kejar bubble. Suka sangat lah dia dapat lari-lari dekat tempat luas macam ni.


Duduk berehat sekejap. Emil penat ye! :p


Terpaksa pakaikan Emil sarung tangan sebab dah sejuk time ni. Tangan Emil dah mula sejuk. Hidung pun dah merah. Bila dah nak gelap tu, kitorang pun bergerak pulang.

Ini sajelah kenangan autumn 2013 kitorang. Minggu depannya, kitorang sekeluarga dah balik Malaysia bercuti. Bila balik Jepun semula, semua pokok dah togel tak berdaun. Lol :p

Ok, jumpa lagi untuk cerita tahun 2014! ;)










No comments: